Apabila Asyik Berpolitik…

Uncategorized 7 Comments »

Salam kepada semua. Sudah sebulan saya tak berupaya update blog ini. Bagi yang tidak mengetahui, saya bukanlah IM sepenuh masa. Ada perniagaan teras yang memerlukan komitmen sepenuh masa. Sukar saya nak tumpukan kepada blog ini, lebih-lebih lagi  apabila salah satu divisyen perniagaan saya menghadapi kesukaran.

Krisis politik di Thailand terutamanya di kota Bangkok benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mental saya. Apa tidaknya… rusuhan, pergaduhan, kekacauan dan pengisytiharan darurat telah mengganggu kelancaran perniagaan saya. Rugi jangan cakaplah!

Bagi saya, Thailand telah hilang kredibiliti sebagai tempat pelaburan yang baik. Tindakan melampau perusuh sehingga gagalnya sidang pemimpin Asean baru-baru ini telah meletakkan Thailand dalam senarai negara yang patut dijauhi. Saya sendiri sedang berusaha memindahkan semula divisyen perniagaan saya di Bangkok kembali ke Malaysia

Inilah akibatnya apabila pemimpin dan rakyat asyik taksub berpolitik sehingga pembangunan ekonomi terabai. Parti pemerintah tidak mampu mentadbir memperbaiki kehidupan rakyat apabila asyik menangani kerenah parti lawan. Asyik berpolitik, bila masanya nak bangunkan negara? Akhirnya… semua orang susah, semua rugi.

Rakyat dan pemimpin Malaysia mesti mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Thailand. Cukup-cukuplah tu berpolitik!

Perspektif Baru!

Perniagaan, Masyarakat, Keusahawanan, Inspirasi, Idea Bisnes, Motivasi, Uncategorized 8 Comments »

Salam sejahtera!

Jika anda pernah melawat blog ini, tentu anda akan dapati bahawa ianya sudah berubah wajah. Bukan setakat wajah, tetapi penulis telah meletakkan azam untuk memberikan penyampaian dan isi maklumat yang tersendiri dan  lain daripada yang lain!

Blog ini dimulakan tanpa sebarang pembawaan sebarang database daripada blog terdahulu memandangkan blog yg sebelum ini merupakan blog percubaan yang pertama dan banyak setting serta konfigurasi yang lemah dan tidak menepati kehendak pembaca ketika ini. Lagipun, ianya merupakan versi yang lama (2.0.4) sedangkan kini saya baru sahaja mengunakan versi terkini (2.2.1).

Penulis juga telah melihat satu perspektif baru yang telah diabaikan selama ini iaitu koresponden dan berazam untuk memperbaiki tahap komunikasi dengan para pembaca dan pelanggan sekelian.

Blog ini masih dalam pembinaan. Semoga anda akan terus memberikan sokongan kepada saya; dan untuk itu saya ucapkan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Tazilan Ibrahim 

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login