Salam Aidilfitri…

Umum 17 Comments »

Pantas sungguh masa berlalu. Tup! Tup! Dah nak raya… Yang seronok tentulah anak-anak. Bagi saya yang umur dah hampir 40 ni takdelah ghairah sangat rasanya.

Seiring dengan perjalanan masa, sememangnya kemeriahan beraya itu semakin luntur jika dibandingkan ketika saya muda belia dulu. Ya lah… dulu ramai pak dan mak saudara yang masih sihat dan cergas. Kini ramai yang dah tiada. Yang masih hidup pula amat uzur keadaan mereka.

Dulu seronok balik beraya ke kampung… maklumlah rumah kampung dan suasana kampung. Terasa sungguh suasana beraya pada masa tu. Tapi kini bila ramai bapa dan ibu saudara yang telah tiada, rumah2 kampung tersebut dibiarkan kosong tak berpenghuni lagi, malah ada yang telah rebah ke bumi! Yang tinggal hanyalah kenangan…

Bak kata orang, masa kita dah berlalu… kini masa untuk anak2 kita pula enjoy beraya dengan cara dan trend masakini pula.

Saya sekeluarga akan beraya di rumah mertua di Keramat AU4 dan seterusnya pula ke Rasah, Seremban untuk beraya bersama kedua orang tua dan adik-beradik saya. Pada raya ketiga, insyaallah kami akan ke Langkawi selama 4 hari… ubah anginlah pulak pada hari raya kali ini… sambil beraya sambil menghilangkan stress yang sering menyelubungi diri ini.

Dengan ini saya ambil kesempatan ini menyusun jari memohon ampun dan maaf atas sebarang keterlanjuran dan salah-silap saya kepada anda selama saya beronline ini. Saya juga mendoakan agar anda semua tiba ke destinasi dengan selamat dan bergembira berkumpul semula dengan sanak-saudara di kampung halaman masing-masing.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin….

Saya Diberhentikan….

Umum 13 Comments »

Saya diberhentikan kerja? Taklah… syukurlah saya adalah majikan kepada diri sendiri. Selagi ada kudrat dan akal fikiran, insyaallah saya akan terus mencari rezeki atas usaha sendiri.

Cuma saya agak terpempan apabila membaca laporan akhbar melaporkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengatakan seramai 200,000 orang pekerja bakal kehilangan pekerjaan mereka berikutan merudumnya ekonomi dunia.

Turut dilaporkan, sebahagian besar daripada para pekerja terlibat adalah dari sektor yang paling teruk terjejas iaitu industri komponen elektronik dan elektrikal. Maknanya ramai rakan-rakan kita yang selama ini mencari rezeki bekerja di kilang-kilang berasaskan elektikal dan elektronik akan kehilangan sumber mata pencarian.

Read the rest of this entry »

Pesanan Tahun Baru!

Umum, Renungan 7 Comments »

Tahun 2008 telah sampai ke penghujungnya. Bagi saya, 2008 bukanlah tahun cemerlang saya, tetapi tidaklah boleh dikatakan gagal sama sekali. Sejak awal tahun, saya telah memulakan beberapa perniagaan baru. Namanya pun perniagaan baru, tentu ambil masa untuk stabil dan matang. Banyak halangan ditempuh terutamanya krisis politik di Thailand menjejaskan salah satu perniagaan saya, namun bau dan cahaya kejayaan bagi usaha saya yang lain sudah jelas kelihatan bagi 2009  ini, insyaallah!

Menjelang tahun baru, biasanya orang bercakap mengenai azam. Tetapi izinkan saya berkongsi pandangan mengenai bagaimana memulakan tahun baru… Read the rest of this entry »

Mampukah Obama Bawa Perubahan?

Umum, Renungan 6 Comments »

Dunia meraikan perlantikan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat. Besar harapan masyarakat dunia agar Presiden baru ini berupaya membawa perubahan, keamanan dan kedamaian kepada seluruh pelusuk dunia. Ramai berharap semua peperangan dihentikan, ekonomi dipulihkan dan alam sekitar lebih terpelihara.

Namun mampukah Obama melakukannya, apatah lagi beliau bakal mewarisi kemelesetan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Amerika sejak 1934? Yang paling penting, mampukah Obama melenyapkan pengaruh golongan ‘Hawkish’ dalam pentadbirannya yakni cenderung kepada keganasan dan penindasan demi memenuhi agenda mereka sendiri?

Saya tidak menaruh harapan tinggi terhadap Presiden Amerika yang baru ini kerana Amerika telah sekian lama dikuasai oleh yahudi yang tentunya pro Israel. Telahan saya tepat apabila diumumkan perlantikan Rahm Emanual, perwakilan dari Illinois sebagai Ketua Staf di Rumah Putih. Read the rest of this entry »

Anugerah Dato’ Tak Bernilai Lagi?

Umum, Renungan 9 Comments »

Anugerah darjah kebesaran negeri atau persekutuan yang membawa gelaran Dato’ pastinya menjadi idaman ramai individu terutamanya mereka yang ghairahkan pangkat dan nama.

Kami adik-beradikpun sering bergurau tentang panggilan sebegini. Setiap kali bertemu atau berbual dalam telefon, abang-abang panggil saya “Hello Dato’!”. Sebagai balasan saya akan panggil pula mereka “Assalamualaikum Tan Sri!” Begitulah lebih kurang…

Sayang sekali akhir-akhir ini penganugerahan darjah kebesaran ini kelihatan sudah hilang keeksklusifannya apabila ianya seolah-olah diberikan kepada sesiapa sahaja sewenang-wenangnya.

Sebagai permulaan, 2 orang bekas rakan sekerja saya ketika muda-muda dulu yang kini aktif berpolitik telahpun bergelar Dato’. Itu dah rezeki mereka… tetapi bila mengenangkan latarbelakang mereka dulu, saya geleng kepala juga. Read the rest of this entry »

Terima kasih PDRM!

Umum 4 Comments »

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali ke kediaman kami setelah seminggu meninggalkan rumah kerana berhari raya di kampung. Memang seronok dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga dan sanak saudara. Selepas ini tiba pula giliran untuk berhari raya dengan jiran dan rakan-rakan di Kuala Lumpur pula.

Saya menghargai jasa baik jiran-jiran India dan Cina yang membantu menjenguk rumah saya sepanjang ketiadaan kami. Inilah manisnya jika berbaik-baik dengan jiran. Saya bersyukur mendapat jiran-jiran yang baik hati dan prihatin seperti keluarga Mr. Nathan dan Mr. Chia. Walaupun berlainan agama dan bangsa, kami hidup aman dan harmoni di sini.

Perhargaan yang tidak terhingga juga ingin saya sampaikan kepada pasukan kereta peronda Polis dari Balai Polis Bandar Bukit Puchong yang telah melawat dan memastikan keselamatan kediaman kami sepanjang ketiadaan kami sempena cuti Aidilfitri kali ini. Tidak sia-sia saya mendaftar melalui SMS tempohari. Peti surat saya penuh dengan slip pemeriksaan keselamatan yang dijalankan oleh anggota-anggota polis dari pasukan kereta peronda ini.

Ini membuktikan pasukan polis amat komited dan berhemah dalam menjalankan tugas memelihara keselamatan rakyat. Malah jiran-jiran saya amat terkejut dan kagum melihat anggota polis memeriksa dengan teliti sekeliling kawasan rumah saya setiap kali datang melakukan pemeriksaan.

Kepada PDRM khususnya anggota unit kereta peronda Balai Polis Bandar Bukit Puchong, terima kasih dan tahniah atas kecemerlangan tugas anda!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login