Aksesori - Konsep Bisnes Yang Menguntungkan?

Tips Bisnes, Inovasi, Idea Bisnes 3 Comments »

Bila saya sebutkan bisnes aksesori, saya tak menghadkan skopnya hanya kepada aksesori wanita sahaja. Aksesori bermaksud barangan perhiasan atau peralatan tambahan yang akan menambahbaik atau memberi nilaitambah kepada sesuatu produk asal.

Baiklah, selain aksesori wanita… kita juga sudah sinonim dengan bisnes aksesori untuk kenderaan, tak kiralah kenderaan itu berupa kereta, motosikal, basikal dan sebagainya. Boleh dikatakan, pemilik kenderaan mana yang tak pernah membeli dan memasang aksesori tambahan kepada kereta atau motosikalnya?

Tak dapat dinafikan lagi, bisnes aksesori khususnya untuk kenderaan bermotor sememangnya telah menjadi industri yang besar! Lebih hebat lagi apabila pengeluar aksesori itu sendiri telah menjadi jenama yang setanding dengan jenama asal kenderaan. Sekadar contoh; Kleeman, Brabus, Wald dan banyak lagi…

Tetapi post kali ini bukannya nak bincangkan mengenai industri aksesori kenderaan, tetapi aksesori kasut! Saya dapat tahu mengenai bisnes ini apabila menonton Oprah di TV!

Read the rest of this entry »

Potensi Perniagaan SMS

Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan, Idea Bisnes 11 Comments »

Sabtu lepas, 18 Ogos 2007 saya berkesempatan menyertai Seminar Perniagaan SMS yang dikendalikan oleh Irwan Dahnil yang bertempat di Hotel Vistana, KL.

Sesungguhnya saya menyertai seminar ini atas suatu sebab yang jelas… iaitu saya amat menyedari akan kepentingan, keberkesanan dan kuasa yang dimiliki oleh sistem SMS ini dalam konteks pemasaran dan perniagaan pada hari ini.

Walaupun selama ini saya menggunakan email sebagai saluran penyampaian maklumat dan pemasaran, kini saya menyedari kaedah SMS mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Paling menarik perhatian saya ialah fakta mesej SMS selalunya akan dibaca dengan kadar segera berbanding email yang ada kalanya lambat dibaca ataupun terus dipadamkan oleh penerima.

Tambahan pula, hampir semua orang memiliki telefon bimbit yang mempunyai aplikasi SMS yang dibawa kemana sahaja menjadikan SMS lebih praktikal berbanding email yang memerlukan talian internet dan juga komputer!

Dalam hal ini, SMS mencatatkan peratusan penyampaian yang lebih tinggi dan berkesan berbanding email!

Read the rest of this entry »

Bisnes orang Melayu tak berkembang. Mengapa?

Tips Bisnes, Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan 5 Comments »

Topik dan skop artikel ini telah lama saya fikirkan, tetapi saya pendamkan sahaja kerana bimbang diri saya ini dianggap suka menulis perkara negatif mengenai peniaga atau usahawan Melayu.

Sememangnya bukanlah niat saya mencari salah atau kekurangan orang kita tetapi saya menganggapnya sebagai suatu pendekatan untuk melihat kelemahan sebagai titik permulaan untuk mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini.

Pada hari ini, boleh dikatakan memang ramai orang kita dah berani melibatkan diri dalam bisnes. Jika dulu, orang Melayu lebih dikenali sebagai petani, nelayan atau kakitangan kerajaan. Amat jarang sekali kita dengar orang kita bergelar bisnesman. Kalau adapun, reaksi orang pada waktu itu samada kagum ataupun pelik… Kagum jika orang itu kaya atau berjaya dalam bisnes, pelik jika sebaliknya. Sendiri cari susah, fikir mereka.

Tapi hari ini dah lain. Mana-mana kita pergi, kita boleh lihat orang kita berniaga di mana-mana. Baik di tepi jalan, di pasar malam, pasar tani, pasar basah, kedai runcit, kedai makan, syarikat pembinaan, katering, andaman dan macam-macam lagilah! Memang seronok dan bangga!

Tapi topik kali ini saya ingin bawa anda berbincang mengenai  peratus perkembangan bisnes yang dimiliki oleh orang Melayu. Tiada sebarang statistik boleh saya berikan, cuma hasil pemerhatian peribadi, perbualan dengan para peniaga dan juga feedback daripada orang dalam di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Saya terkejut apabila mendapati walaupun peratusan orang Melayu melibatkan diri dalam bisnes semakin meningkat saban tahun, namun sebenarnya penguasaan ekonomi para peniaga Melayu sebenarnya tak meningkat dengan seimbang. Dalam erti kata lainnya,  bisnes orang Melayu tak berkembang seperti yang sepatutnya!

Mengapa? Read the rest of this entry »

Perniagaan internet, e-commerce… bersediakah kita?

Perniagaan internet, Tips Bisnes, Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan 8 Comments »

Dalam sebulan dua ini, saya amat kerap menerima panggilan telefon dan pertanyaan dari banyak pihak samada mengenai ebook-ebook saya ataupun mengenai perniagaan internet secara umum. Sesungguhnya ia bukanlah perkara baru bagi saya, namun saya perasan ada sedikit keganjilan dan kelainan berbanding sebelumnya.

Keganjilan dan kelainan yang bagaimana? Saya boleh kategorikan kepada 2 situasi.. Read the rest of this entry »

EXCARD - Bisnes Cetakan Secara Online

Tips Bisnes, Inovasi, Perniagaan, Keusahawanan, Idea Bisnes 3 Comments »

Nampaknya perniagaan berasaskan perkhidmatan (service based) yang dijalankan secara online semakin berkembang di Malaysia. Semakin banyak syarikat perniagaan yang telah mula menawarkan perkhidmatan mereka yang secara tradisinya dijalankan secara konvensional, tetapi kini turut mengaplikasikan operasi online sepenuhnya!

Bila saya katakan online operation sepenuhnya, ia  bermaksud promosi, pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan secara online! Dalam kata lain, proses perniagaan yang disebutkan tadi dapat dijalankan dengan lebih pantas dan cekap… dan mengurangkan karenah atau birokrasi yang disebabkan oleh manusia atau faktor masa/tempat. Dalam bahasa mudahnya, proses jualbeli semakin mudah dan pantas!

Tujuan post kali ini sebenarnya ingin memperkenalkan anda kepada EXCARD. Saya terjumpa iklan mengenai syarikat ini dalam akhbar beberapa minggu lalu dan setelah memahami jenis perkhidmatan yang mereka tawarkan, saya berminat berkongsi dengan anda info mengenai pendekatan dan strategi syarikat ini yang saya kira kreatif dan inovatif.

Sebenarnya syarikat ini merupakan sebuah kilang percetakan yang beroperasi di Sg. Petani, Kedah. Secara dasarnya, ia sama sahaja dengan kilang percetakan lainnya yang dilengkapi peralatan mesin cetak dan barisan pekerja yang mengendalikan mesin-mesin tersebut.

Bezanya, syarikat ini menerima tempahan dan jualan secara online dari pelanggan!

Read the rest of this entry »

Potensi industri kitar semula…

Tips Bisnes, Masyarakat, Perniagaan, Idea Bisnes 1 Comment »

Saya yakin ramai daripada kita sudahpun maklum bahawa industri kitar semula berpotensi memberikan hasil yang lumayan jika diusahakan dengan serius. Tetapi mengapa ramai orang kita seolah-olah menutup mata terhadap industri ini? Rata-rata bisnes recycle ini dimonopoli oleh orang Cina, diikuti oleh orang India dan seterusnya orang Indon. Bahkan saya pernah terserempak 2 warga Bangladesh gigih mengasing-asingkan barangan terbuang yang masih ada nilai dari longgokan sampah…

Mungkinkah kita masih malu kerana menganggap bisnes recycle ini bisnes picisan? Atau kerana menganggap ia kerja hina kerana terpaksa kutip bahan terbuang? Ataupun malu dianggap ’sengkek’ dah takde duit sehingga terpaksa bisnes recycle secara sambilan?

Sebenarnya ramai yang masih salah anggap tentang bisnes recycle ini. Bisnes barangan kitar semula ini tidak semestinya bermaksud barangan terbuang sahaja, malah ia juga meliputi barangan terpakai! Jika anda kaji betul-betul tentang industri kitar semula ini, pasti anda akan mempunyai pandangan berbeza!

Tahukah anda ada seorang wanita di negara China menjadi jutawan dengan bisnes kitar semula ini? Aset dan hartanya bernilai RM11.7 bilion dan dipercayai lebih kaya dari Oprah Winfrey dan J.K. Rowlings (penulis asal buku Harry Porter). Untuk cerita lanjut, klik pada link di bawah ini:

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Keluarga/20070720083822/Article/

p/s: Bekas jiran saya berbangsa India sebelum saya pindah ke Puchong dahulu memiliki bisnes kitar semula. Pakai Mercedez Benz E240 tu…!

Anda ingin berikan sebarang pendapat? Sila klik pada butang Comments.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login