Teka-teki - Uji Minda Anda!
Teka-teki 34 Comments »Hari ni dah Jumaat… pantas sungguh masa berlari. Rasanya seperti baru semalam saya kerjakan solat Jumaat. Hari inipun saya kena bersiap untuk ‘outstation’ atas urusan bisnes untuk beberapa hari. Cari makan…
Sebenarnya saya nak tulis sesuatu tetapi topik yang ingin saya tuliskan hari ini belum lengkap bahannya. Tetapi saya tetap ingin menulis pada hari ini. Oleh yang demikian, sempena mengisi hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin menyampaikan satu teka-teki!
Begini teka-tekinya:
Bapa Ali ada 3 orang anak. Anak sulungnya bernama ‘Mata Besar’ manakala anak bongsunya diberi nama ‘Mata Kechil’. Pelik sungguh nama anak-anaknya itu, tetapi bukan itu yang perlu kita hairankan. Persoalannya ialah… apakah nama anaknya yang tengah?
Teka-teki ini mudah sahaja tetapi ia amat menguji minda. Teka-teki ini sering saya ajukan dalam kursus atau seminar yang saya kendalikan dan saya pernah berikan teka-teki ini kepada ramai orang dari pelbagai latarbelakang. Antaranya profesor, peguam, doktor, guru, pensyarah, polis, jemaah surau, surirumah, bebudak sekolah…. ringkasnya, ramai yang dah saya tanya. Amat sedikit yang berjaya, malah kami sering ketawa mendengarkan pelbagai jawapan yang lucu dan tidak masuk akal dari mereka.
Dan yang lebih menakjubkan saya, kebanyakan yang berjaya menjawab teka-teki ini dengan tepat adalah kanak-kanak bawah umur 12 tahun! Mungkin kerana budak sekolah ni otak mereka lebih cepat ‘tangkap’!
Jadi apakah jawapannya? Tiada sebarang hadiah bagi jawapan yang betul melainkan ia membuktikan anda memiliki pemikiran yang tajam!
p/s: kalau anda pernah mendengar teka teki ini dan sudah tahu jawapannya, diam-diam dulu, ok! Biarlah kawan2 kita yang lain mencuba kecekapan minda masing-masing.


































Recent Comments