Cerita Ah Long…

Ah Long, Renungan 12 Comments »

Pecah rekod! Dah lebih sebulan saya tak berdaya nak update blog ni. Sibuk memanglah sibuk tapi sebab utamanya ialah… saya benar-benar tiada cerita menarik untuk dikongsikan bersama anda. Saya fikir lebih baik diam daripada merapu.

Ikutkan hati, nak sahaja saya penuhkan blog ni dengan artikel berdasarkan senario politik negara kerana politik juga adalah minat saya. Namun saya pendamkannya kerana berpendapat masih ramai di kalangan kita sukar bersikap terbuka menerima pandangan orang lain terutamanya bila berkait dengan politik.

Berbalik kepada tajuk di atas… sebenarnya selama ini saya kurang faham bagaimana sindiket Ah Long berupaya meraih untung berjuta setiap bulan daripada bisnes pinjaman wang tak berlesen mereka itu.

Yang saya tahu, kebanyakan peminjam terdiri daripada peniaga kecil dan juga kaki judi . Setiap pinjaman dkenakan bunga yang tinggi dan peminjam pula dikehendaki membayar semula secara harian ataupun dalam tempoh tertentu. Kalau tersangkut, maka semakin tinggi bunga pinjaman itu.

Daripada keuntungan bisnes pinjaman wang inilah para Ah Long akan mempelbagaikan rangkaian bisnes haram mereka. Perjudian, pelacuran, vcd cetak rompak, nombor ekor dan entah apa lagi. Begitulah cara mereka berkembang. Dari kecil-kecilan, mereka mampu menjadi organisasi yang besar!

Namun saya masih musykil… takkanlah para Ah Long ini mampu meluaskan rangkaian bisnes mereka dengan hanya hasil keuntungan memberikan pinjaman kepada peniaga kecil dan kaki judi semata-mata? Read the rest of this entry »

Lembu Vs Katak

Renungan, Masyarakat 5 Comments »

Perayaan Tahun Baru Cina masih lagi berlangsung dan mengikut perkiraan masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun lembu.

Haiwan lembu ini memang istimewa dalam masyarakat Cina di mana ia dilihat mempunyai sifat-sifat mulia seperti sabar menghadapi cabaran, setia kepada keluarga/majikan/tuannya, gigih menjalankan tanggungjawabnya, kuat bekerja dan sebagainya.

Kebetulan dunia ketika ini sedang mengalami krisis ekonomi yang amat membimbangkan. Maka kedatangan tahun lembu diharap memberi inspirasi kepada semua orang agar bersabar, berjimat-cermat dan meningkatkan usaha demi kesejahteraan keluarga dalam mengharungi kemelut ekonomi ini. Itulah yang diberitahu kepada saya mengenai tahun lembu oleh seorang rakan berbangsa Cina.

Namun nampaknya permulaan tahun 2009 ini ikon lembu ini lebih dibayangi oleh katak… sejenis haiwan amfibia (dua alam) yang salah satu sifat eksklusifnya ialah melompat!

Apa tidaknya… senario politik tempatan kini dicemari fenomena lompat-melompat parti. Read the rest of this entry »

Palestin

Renungan 16 Comments »

Saya sebenarnya mengelak nak tulis mengenai konflik serangan Israel ke atas Palestin. Perasaan emosi, benci, marah dan kesal tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sukar diterima akal bagaimana dunia boleh membiarkan Israel menganiayai rakyat Palestin yang lemah dan tidak berdaya.

Walaupun menerima banyak kecaman dari seluruh dunia, Israel tetap tak peduli. Israel yang merupakan sebuah negara kecil, terus bermaharajalela walaupun dikelilingi negara-negara Arab Islam.

Rata-rata semua pihak menyalahkan AS kerana menyokong dan melindungi tindakan  Israel.  Kononnya, Israel takkan  berani bertindak zalim sedemikian tanpa sokongan AS. Namun saya punya pandangan tersendiri… Read the rest of this entry »

Pesanan Tahun Baru!

Umum, Renungan 7 Comments »

Tahun 2008 telah sampai ke penghujungnya. Bagi saya, 2008 bukanlah tahun cemerlang saya, tetapi tidaklah boleh dikatakan gagal sama sekali. Sejak awal tahun, saya telah memulakan beberapa perniagaan baru. Namanya pun perniagaan baru, tentu ambil masa untuk stabil dan matang. Banyak halangan ditempuh terutamanya krisis politik di Thailand menjejaskan salah satu perniagaan saya, namun bau dan cahaya kejayaan bagi usaha saya yang lain sudah jelas kelihatan bagi 2009  ini, insyaallah!

Menjelang tahun baru, biasanya orang bercakap mengenai azam. Tetapi izinkan saya berkongsi pandangan mengenai bagaimana memulakan tahun baru… Read the rest of this entry »

Kaduk Naik Junjung…

Renungan 7 Comments »

Akhir-akhir ini selalu sangat kita dengar polemik hak dan kepentingan orang Melayu nak diganggu-gugat. Isu DEB, ketuanan Melayu dan entah apa lagi hak Melayu nak dipertikaikan. Walaupun yang menyalak itu sebenarnya ahli-ahli politik yang mencari populariti murahan demi mendapat sokongan bangsa mereka, sudah pasti ia sedikit-sebanyak mendatangkan risiko perpaduan kaum. Read the rest of this entry »

Mampukah Obama Bawa Perubahan?

Umum, Renungan 6 Comments »

Dunia meraikan perlantikan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat. Besar harapan masyarakat dunia agar Presiden baru ini berupaya membawa perubahan, keamanan dan kedamaian kepada seluruh pelusuk dunia. Ramai berharap semua peperangan dihentikan, ekonomi dipulihkan dan alam sekitar lebih terpelihara.

Namun mampukah Obama melakukannya, apatah lagi beliau bakal mewarisi kemelesetan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Amerika sejak 1934? Yang paling penting, mampukah Obama melenyapkan pengaruh golongan ‘Hawkish’ dalam pentadbirannya yakni cenderung kepada keganasan dan penindasan demi memenuhi agenda mereka sendiri?

Saya tidak menaruh harapan tinggi terhadap Presiden Amerika yang baru ini kerana Amerika telah sekian lama dikuasai oleh yahudi yang tentunya pro Israel. Telahan saya tepat apabila diumumkan perlantikan Rahm Emanual, perwakilan dari Illinois sebagai Ketua Staf di Rumah Putih. Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login