Beli Kat Kedai Orang Islam Je!

Politik, Renungan 6 Comments »

Sekarang ni dah timbul balik kisah perkauman. Bila orang Melayu cuba pertahankan hak Melayu dikatakan rasis. Apakah kita semakin lemah apabila nampaknya kita dihimpit kiri dan kanan? Perpecahan di kalangan Melayu hanya melemahkan dan dan yang untung tentulah bukan Melayu.

Saya sendiri rasa terkilan dan kecil hati apabila rakan-rakan Cina yang telah dikenali bertahun-tahun lamanya telah mula berani mengutuk bangsa saya. Saya berasa amat tersinggung apabila dikatakan Melayu tak boleh hidup di Tanah Melayu ini jika tiada orang Cina.

Puas saya berfikir… macam mana nak ajar mereka ni agar hidup hormat-menghormati. Kesimpulan saya, mereka berasa sekarang ni mereka kuat. Memang benar… mereka kuasai ekonomi dan cemerlang pula dalam pendidikan. Kini mereka dapat kuasa baru iaitu kuasa politik…. dan mereka mahu lebih banyak lagi sehingga Perlembagaan Negara pun nak dilanggarnya.

Mereka fikir mereka dah kuasai negara Tanah Melayu ni. Nak beli apapun kebanyakannya orang Cina yang jual. Sebab tu berani kata orang Melayu tak boleh hidup tanpa orang Cina.

Tapi mereka lupa…. orang Melayu adalah pelanggan mereka yang terbesar! Disebabkan duit orang Melayulah mereka boleh jadi kaya! Apa akan jadi jika orang Melayu pakat-pakat tak beli dari mereka lagi? Tak mustahil, melingkuplah mereka.

Saya dah mula disiplinkan diri dan keluarga saya agar hanya berbelanja di kedai milik Melayu atau orang Islam sahaja. Servis kereta di bengkel Melayu, tukar tayar di bengkel tayar milik Melayu. Kalau dulu shopping di Tesco atau Giant, sekarang ni hanya di Mydin atau mini market orang Melayu. Nak beli papan saya cari kedai hardware Melayu. Beli surat khabarpun di kedai Melayu.

Saya mahu setiap sen duit saya hanya akan dinikmati oleh peniaga yang sebangsa dan seagama dengan saya. Ini tekad dan janji saya demi melihat kemajuan bangsa Melayu. Biar peniaga Cina kempunan duit saya.

Bayangkan apa akan jadi kalau 15 juta orang Melayu boikot kedai milik Cina? Pasti lingkup punya… Pastu barulah terhegeh-hegeh dan tersedar betapa sebenarnya mereka juga tak boleh HIDUP di Tanah Melayu ini tanpa DUIT milik orang Melayu!

Anda pula bagaimana? Kuasa di tangan kita!!

p/s: terkilan lihat Melayu sanggup jadi balaci kafirun demi politik!

Fikir-fikirkan…

Renungan 2 Comments »

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan. “Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?” Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.”Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya…    Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.”

“Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Inilah yang sedang dijalankan oleh musuh-musuh Islam.

*artikel ini saya terima dalam inbox email saya.

Bersaing Dengan Pendatang?

Renungan, Perniagaan, Keusahawanan 11 Comments »

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu hidup dalam keadaan berdebu, berhabuk dan bunyi bising, akhirnya kerja-kerja ubahsuai kediaman kami siap juga. Tapi post kali ini bukanlah berkenaan rumah saya tetapi subjeknya adalah kontraktor yang saya lantik…

Memang dilema besar juga nak lantik kontraktor pembinaan yang betul, maklumlah tak kena gaya kontraktor lari, rumah pula tak siap! Fikir punya fikir nak lantik kontraktor berbangsa Cina sahaja. Memang terbukti mereka ni cekap dan pantas buat kerja tetapi… sentimen bangsa tetap kuat seolah-olah ada bisikan menyuruh saya mengupah kontraktor Melayu. Iyalah… kalau kita Melayu tak tolong Melayu lain, siapa lagi, betul tak?

Maka ramailah kontraktor yang dipanggil dan diinterview. Habis saya mintak portfolio kerja-kerja mereka yang lepas-lepas agar mudah saya nilaikan mutu kerja mereka. Sedihnya ramai yang terpinga-pinga. Langsung takde portfolio… setakat cakap je boleh buat itu, boleh buat ini, pernah buat rumah lawyer tu, VIP ini… setidak-tidaknya sediakanlah satu album gambar projek-projek yang pernah mereka jalankan, barulah pelanggan yakin.

Pendek cerita, ada dua kontraktor ni ada bawa portfolio, kira okaylah juga dua orang Melayu nih. Tetapi saya pilih kontraktor bernama Mat ini kerana berani pelawa saya ke bengkelnya dan sudi bawa saya melawat ke rumah-rumah pelanggan yang pernah mengupahnya.

Sampai masanya, datanglah sekumpulan pekerja Indonesia berketurunan Acheh yang dikepalai oleh Man yang berstatus penduduk tetap di sini. Biasalah, saya memang suka interview orang dan tanya macam-macam… dan hasil interview itu sungguh mengejutkan! Read the rest of this entry »

Dasar Terbuka?

Politik, Renungan 9 Comments »

Suasana negara kita hari ini memang dah tak sama seperti dulu. Sana-sini heboh orang bercakap pasal politik, perkauman, gaduh sana-sini dan tuduh orang lain itu dan ini. Bahkan semakin ramai yang menyorok di belakang komputer berani membuat pelbagai komen yang tak peka kepada sensitiviti masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Terkini kita diuji sekali lagi dengan isu kalimah Allah. Sekali lagi keharmonian kita tergugat. Apabila ramai pemimpin bercakap ikut kepentingan politik masing-masing, rakyat lagilah semakin kelam-kabut. Adakah ini harga yang terpaksa kita bayar kononnya atas nama kebebasan dan keterbukaan?

Kalau kita baca suratkhabar Cina, banyak isu dan berita yang memburuk-burukkan kaum Melayu dan Islam. Mereka berani sekarang ini kerana dasar terbuka media. Orang kita tak bising sebab tak tahu baca mandarin atau kantonis.

Dasar kebebasan dan keterbukaan ini bermula pada era Pak Lah jadi Perdana Menteri. Cakaplah apa sahaja, bincanglah isu apa sahaja asalkan tahu batasan…. tapi apakah semua pihak berusaha secukupnya untuk menjaga batasan itu?

Bahkan wujudnya Majlis Kesefahaman Agama atau IFC (Inter Faith Council) juga wujud berikutan dasar kebebasan dan keterbukaan Pak Lah itu lah. Sejak itu macam2 tuntutan yang dilihat mengancam kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Pada zaman Dr Mahathir, beliau dikatakan zalim dan diktator kerana mengawal media. Sebarang isu atau perkara yang menyentuh sensitiviti perkauman atau keagamaan akan ditapis agar tidak menimbulkan sebarang keresahan di  kalangan rakyat. Sebab itu tidak pernah timbul perkara sebegini di zaman beliau. Read the rest of this entry »

Kita Orang Melayu…

Politik, Renungan 18 Comments »

Salam, harapnya anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sebenarnya akhir-akhir ini saya berasa agak sesak dada melihatkan perkembangan politik negara terutama sekali apabila ia melibatkan Perlembagaan Negara dan kepentingan orang Melayu. Namun saya tak berminat nak membincangkan tuntutan kaum bukan Melayu terutamanya yang dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP.

Saya boleh faham dan terima tindakan mereka itu kerana ia menunjukkan mereka memiliki keazaman dan kesungguhan untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Dah namanya wakil rakyat, maka apa yang mereka suarakan itu juga adalah tugas mereka. Kalaulah kita dilahirkan sebagai bukan Melayu, nescaya kita juga mahukan kesaksamaan dari segala segi.

Soalnya mengapa hanya sekarang begitu berani dan lantang? Dah lama kita dengar slogan menuntut kesamarataan ini iaitu ‘Malaysian Malaysia’ yang dicipta oleh Lim Kit Siang tetapi impaknya tak menggegarkan. Mengapa pula desakan kali ini dirasakan begitu ampuh sekali?

Sebabnya orang Melayu berpecah dan tak mahu bersatu. Hanya disebabkan dendam, gila kuasa dan politiking yang keterlaluan, bangsa Melayu semakin lemah dan relai…. mudah sekali digoyang dan diancam.

Dahlah ketinggalan dari segi ekonomi dan akademik, kekuatan politik yang menjadi tunjang bangsa Melayu di tanah Melayu selama ini juga kian terhakis. Lepas ni apa yang tinggal?

Saya lihat bukan Melayu terutamanya orang Cina tetap teguh bersatu walaupun berlainan ideologi politik. Biarpun mereka terdiri daripada MCA, DAP, ataupun Gerakan… bahkan ramai antara mereka berlainan pegangan agama (Buddha, Hindu atau Kristian), namun perihal kepentingan bangsa mereka tidak sesekali dikompromikan. Mereka sekata dan sehati! Read the rest of this entry »

Kita Ibarat Pinggan…

Renungan 18 Comments »

Saya terbaca kisah ini melalui email yang dikirimkan oleh isteri saya. Kandungannya menarik dan saya kongsikannya di sini bersama anda…

Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa,  individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus  meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain  menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.. Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login