Usahawan…siapakah mereka ini?
Masyarakat, Tips Bisnes, Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi 2 Comments »Seringkali kita disogokkan dengan kisah kejayaan usahawan dalam perniagaan mereka. Dalam membaca kisah kejayaan mereka itu, sesekali terselit juga hasrat di sudut hati kita ini untuk turut berjaya seperti mereka suatu hari nanti.
Wah! Tentu seronok dan betapa manisnya mengecap kejayaan dalam bisnes. Namun tak ramai yang sedar akan kisah bagaimana usahawan tersebut bermula dari bawah dan terpaksa bersusah-susah serta melalui pelbagai liku sebelum menikmati kesenangan dan kejayaan dalam bisnes seperti yang dikecapi hari ini.

Kita ambil beberapa tokoh bisnes yang telah berjaya dengan bermula dari bawah… Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Dato Tony Fernandez, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Lim Goh Tong, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri FD Mansor. Mereka ini merupakan self-made multi-millionaires…. yang telah melalui pelbagai kegagalan dan kesukaran sebelum mereka berjaya ke tahap hari ini. Mereka diketahui bermula dari kosong dan masing-masing pernah tersungkur dalam bisnes sebelum ini. Kekuatan mental dan azam luarbiasa yang mereka miliki telah menghasilkan kejayaan yang mengkagumkan sepertimana yang kita lihat hari ini!
Namun, kejayaan atas kegigihan dan dayausaha ini tidak terbatas kepada golongan elit atau korporat sahaja. Ramai lagi usahawan ’senyap’ yang terdiri daripada pelbagai lapisan seperti peniaga pasar malam, pekedai runcit, kontraktor, usahawan katering, kedai makan, perniagaan retail dan sebagainya… setiap mereka ini juga melalui saat-saat kesukaran mereka yang tersendiri. Setiap usahawan pasti akan mendapat ‘bahagian’ mereka masing-masing!
Maka jelaslah bahawa sesungguhnya kejayaan hakiki dalam bisnes menuntut usaha yang berterusan, semangat yang cekal, tekad yang kental dan kepintaran serta ketahanan mental yang luar biasa! Read the rest of this entry »


Seringkali kita terdengar sebahagian masyarakat seakan memandang rendah terhadap kerjaya usahawan sepenuh masa. Entah di mana silapnya, ada golongan berpendapat kerjaya usahawan (melainkan bisnes dah besar dan establish) tidak memberi jaminan.





Recent Comments