Perlukah pembantu rumah?

Masyarakat 9 Comments »

Heboh dalam media melaporkan mulai hari ini, kerajaan Indonesia mengarahkan pemberhentian penghantaran rakyatnya sebagai pembantu rumah ke Malaysia. Ini ekoran kononnya ramai warga mereka yang bekerja di sini menerima layanan buruk.

Kerajaan dan rakyat Indonesia ni memang emosional. Dia fikir kesan negatif ke atas rakyatnya sahaja. Bagaimana pula dengan kesusahan dan ketidakselesaan kita rakyat Malaysia akibat perlakuan negatif rakyat mereka?

Saya tak tahulah bagaimana reaksi anda… tetapi saya menerima berita ini dengan penuh syukur! Eloklah tu…jangan hantar lagi warga kamu ke sini. Sekarang ni pun dah terlalu ramai! Angka rasmi rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia ialah sekitar 1.5 juta orang. Itu yang sah dengan permit kerjanya. Yang haram?

Rasanya rakyat Indonesia yang ada di negara kita berjumlah lebih daripada 5 juta orang. Apa tidaknya, pergilah ke merata ceruk negara kita ni… pasti berjumpa dengan mereka. Saya mengembara ke hampir seluruh semenanjung sejak beberapa minggu lepas atas urusan bisnes, tak dinafikan kelibat warga Indonesia ada sahaja melintas di depan mata saya. Warga negara lain jangan cakaplah… Bangladesh, Myanmar, Vietnam, etc. Kat Sungai Petani pun saya terjumpa mamat Afrika!

Apapun saya tak salahkan mereka 100% kerana datang ke sini untuk cari rezeki. Kalau tiada permintaan, masakan mereka datang ke sini? Silapnya orang kita juga yang terlalu bergantung kepada warga Indon ini terutamanya sebagai pembantu rumah. Soalnya,perlu sangatkah ada pembantu rumah ni?

Saya sejak dahulu menentang idea mempunyai pembantu rumah. Maksud saya… saya tidak selesa jika ada orang lain yg tiada ikatan dan tali persaudaraan tinggal sebumbung dengan keluarga saya. Rasa tak selamat, was-was dan bimbang keselamatan tak dapat dibayangkan.

Cukuplah pengalaman buruk yang pernah dihadapi oleh saudara dan jiran-jiran saya sendiri. Tak perlulah saya ceritakan di sini… anda pun tentu maklum. Macam-macam hal dan cerita berkenaan pembantu rumah warga Indonesia ini. Yang hairannya, tak serik-serik pula mereka cari pembantu rumah yang baru!

Anak saya 4 orang… lasak-lasak semuanya. Kami suami isteri juga sibuk dengan tugas. Namun alhamdulillah semua kerja-kerja dan urusan rumahtangga kami uruskan sendiri. Okey je?

Nak bermain dengan anak-anak taklah segan. Nak ‘bergurau senda’ dengan isteri tak perlu sembunyi-sembunyi sebab tiada orang’asing’ dalam rumah kami. Nak pergi bercuti, tak perlu bawa pembantu… tak perlu sewa bilik tambahan. Nak ditinggalkan di rumah, hati tak senang… ntah apalah dia buat kat rumah kita tu. Akhirnya, nak bercuti pun tak senang hati!

Ada jiran saya ni… dia MC kerana tak sihat. Doktor suruh balik rumah dan tidur. Disebabkan rasa tak selesa tinggal berdua aje dgn pembantunya… dia minta tumpang berehat di rumah saya, takut fitnah katanya. Padahal bukan saya tak tahu isterinya cemburu, haha! Kan susah tu!

Rasanya dah sampai masa kita kena berubah dengan gunakan khidmat pembantu rumah tempatan. Tapi kenalah bersedia dengan kadar upah yang bersesuaian dengan kadar upah rakyat Malaysia. Inipun peluang bisnes juga ni!

Apa pandangan anda?

Lembu Vs Katak

Renungan, Masyarakat 5 Comments »

Perayaan Tahun Baru Cina masih lagi berlangsung dan mengikut perkiraan masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun lembu.

Haiwan lembu ini memang istimewa dalam masyarakat Cina di mana ia dilihat mempunyai sifat-sifat mulia seperti sabar menghadapi cabaran, setia kepada keluarga/majikan/tuannya, gigih menjalankan tanggungjawabnya, kuat bekerja dan sebagainya.

Kebetulan dunia ketika ini sedang mengalami krisis ekonomi yang amat membimbangkan. Maka kedatangan tahun lembu diharap memberi inspirasi kepada semua orang agar bersabar, berjimat-cermat dan meningkatkan usaha demi kesejahteraan keluarga dalam mengharungi kemelut ekonomi ini. Itulah yang diberitahu kepada saya mengenai tahun lembu oleh seorang rakan berbangsa Cina.

Namun nampaknya permulaan tahun 2009 ini ikon lembu ini lebih dibayangi oleh katak… sejenis haiwan amfibia (dua alam) yang salah satu sifat eksklusifnya ialah melompat!

Apa tidaknya… senario politik tempatan kini dicemari fenomena lompat-melompat parti. Read the rest of this entry »

Ramainya Pekerja Warga Asing!

Masyarakat 3 Comments »

Semua maklum negara kita buat sekian lama telah menjadi tumpuan dan dibanjiri kedatangan pekerja warga asing. kalau dulu kita hanya lihat kebanyakannya dari negara jiran kita, Indonesia… sekarang ni dah pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Saya sendiripun dah tak kenal yang mana satu warga Nepal, Vietnam ataupun antara Bangladesh dan India.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini mengesahkan setiap 5 orang pekerja di negara ini, seorang daripadanya adalah pekerja warga asing. Dari 11.3 juta jumlah keseluruhan tenaga kerja di Malaysia ini, 2.2 juta merupakan pekerja asing. Betul ke ni? Macam sikit je?

Ohh… saya percaya itu yang berdaftar. Jika diambilkira yang masuk secara haram, saya rasa mahu mencecah 5-6 juta orang pekerja warga asing di negara ini.

Di mana silapnya? Silapnya orang kita sendiri. Majikan di Malaysia kebanyakannya suka ambil pekerja asing kerana gaji yang murah. Bagi saya mereka ini langsung tiada semangat patriotik dan cintakan negara. Yang penting bagi dia… untung! Untung!Untung!

Orang Malaysia pula bersikap terlalu memilih kerja, kononnya takut jatuh standard. Tradisi dalam keluarga saya, lepas SPM terus kerja sambilan di tapak pembinaan. Selain cari wang poket, ia juga satu bentuk latihan fizikal dan mental yang berkesan. Sekarang ni bila saya tanya kat anak-anak buah saya kenapa tak nak timba pengalaman kerja di tapak pembinaan, mereka berkata kepada saya sambil ketawa, “Haha! Aiseh uncle Lan… ingat kitorang ni Mat Indon ke nak keje kat construction site?”

Hmm.. sikap sebeginilah yang memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga asing ini. Yang ruginya, rakyat Malaysia sendiri. Cuba kita fikir… setiap tahun pekerja asing ini menghantar pulang wang sebanyak RM3.43 bilion! Sebanyak itulah juga hak dan rezeki yang sepatutnya dinikmati  rakyat Malaysia telah dibolot oleh rakyat warga asing. Renung-renungkanlah…

Pendatang Asing, Hindraf & Perihal Rezeki

Inovasi, Masyarakat, Keusahawanan, Inspirasi, Idea Bisnes 20 Comments »

Ini kisah yang saya janjikan dalam post yang lalu. Maaf kerana tak berkesempatan siarkan post ini lebih awal kerana sibuk dengan urusan perniagaan. Banyak yang perlu diselesaikan sebelum finalise akaun perniagaan bagi tahun 2007 selain sibuk juga dengan strategi serta perancangan bisnes 2008.

Ketika pulang mengunjungi orang tua saya di Seremban beberapa minggu lalu, tiba-tiba kami dikunjungi oleh seorang lelaki yang tidak saya kenali namun nampaknya dikenali mesra oleh kedua orang tua saya.

Lelaki ini berbangsa Indonesia berketurunan Minang berpakaian kemas dengan beg sandang yang agak besar di bahunya. Setelah bertanya khabar lebih kurang, ibu saya mengeluarkan beberapa pasang kasut dari almari lantas menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Setelah membelek-belek kasut-kasut yang diserahkan kepadanya, beliau mengeluarkan beberapa barangan yang berupa peralatan membaiki kasut. Oohhh! Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah seorang tukang kasut!

Read the rest of this entry »

Susahnya Nak Cari Duit!

Masyarakat, Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi 9 Comments »

‘Susahnya nak cari duit! Tolonglah En. Tazilan, tunjukkan saya cara paling mudah nak cari duit. Bla bla bla…’

Itulah dialognya yang sering singgah di corong telefon atau email saya. Mula-mula dulu rajin juga saya cuba membantu mereka mencungkil kebolehan, pengetahuan dan kemahiran yang boleh menghasilkan pendapatan buat diri mereka. Sememangnya saya percaya setiap orang ada kualiti dan kelebihan masing-masing yang boleh dijadikan sandaran untuk menghasilkan pendapatan tambahan, cuma kebanyakan kita tidak menyedarinya.

Tetapi kini saya dah naik muak pula melayani pertanyaan sebegini. Ini kerana saya dah dapat lihat pola atau trendnya iaitu kecenderungan mendapat wang mudah tanpa perlu berusaha banyak. Kalau boleh dapat secara automatik, lagi bagus. Huh!

Ada juga yang mengadu segala usahanya tidak menjadi. Kesimpulan yang dapat dari pengadu sebegini, mereka ini mengusahakan sesuatu yang bukannya kemahiran atau minat mereka. Maknanya mereka melakukannya ‘out of passion’, mengharapkan pulangan dan laba yang besar semata-mata atau ikut-ikutan belaka. Tengok orang lain buat bisnes tu dapat untung besar, dia pun nak buat. Akhirnya, flop! Read the rest of this entry »

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Video, Masyarakat 5 Comments »

Setelah sebulan berpuasa, maka kini tibalah Aidilfitri… Sabtu ini (13/10/07) umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan perniagaan dan pengunjung blog ini. Jika ada salah dan silap, tutur kata atau tulisan yang kurang menyenangkan, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf daripada anda semua. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. manakala yang kurang itu tentunya berpunca dari kelemahan diri saya sendiri.

Sukacita juga saya war-warkan, selepas Aidilfitri ini saya akan menumpukan tenaga untuk projek-projek terbaru saya untuk tahun 2008. Untuk itu, saya pasti mengharapkan sokongan anda. Tanpa anda semua, saya takkan mengecapi kejayaan yang saya nikmati pada hari ini.

Saya dan keluarga akan bercuti selama seminggu. Insyaallah balik ke kampung, tak jauh… keluarga belah isteri duduk di Ulu Klang manakala keluarga saya pula tinggal di Rasah, Seremban. Jadi, takdelah masalah sangat…

Semoga anda semua bergembira bersama keluarga sempena lebaran ini, namun jangan lupa berhati-hati di jalanraya.

Salam Aidilfitri…

p/s: saya sertakan video iklan raya beberapa tahun lalu…

 

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login