Alamak!!

Jenaka & komedi, Perniagaan 16 Comments »

Baru-baru ini saya hantar kereta saya untuk diservis di bengkel seorang kawan. Kawan saya ini pakar kereta BMW dan Mercedez. Jadi banyaklah kereta jenis tersebut di bengkelnya.

Sementara menanti kereta saya siap, rakan saya ajak minum-minum dulu. Saya ambil kesempatan itu bertanya kemajuan bisnesnya. Tentu bagus, teka saya memandangkan pelanggannya terdiri daripada pemilik kenderaan mewah tentulah berduit dan takde masalah walaupun ekonomi sedang meleset ketika ini.

Nak tahu apa katanya? “Haa… kalau kau nak tahu kat bengkel aku ni ada dua jenis pelanggan. Yang pertama memang best! Mereka memang berduit, tak banyak kisah. Mereka percaya kat aku jaga kereta mereka, bahkan semua kereta yang mereka ada semuanya dihantar kat bengkel aku nih… tak kiralah kancil atau proton, semua kereta hantar bagi aku servis atau repair. Pelanggan macam ni memang aku sayang dan aku jaga baik-baik.”

Habis, pelanggan jenis lagi satu macamana pulak, tanya saya…

“Haa, yang ini aku panggil pelanggan ‘ALAMAK!’ Nak tahu kenapa? Sebabnya jenis ini bukanlah berkemampuan sangat tapi ingin bergaya dengan kereta jenis mahal ini. Bila kereta rosak dan aku bagi anggaran harga repair atau alatganti, selalunya mereka akan terkejut dan yang pertama keluar dari mulut mereka ialah… Alamak! Takde yang murah lagi ke? Takde ke yang secondhand punya?… Pelanggan macam nih yang bikin pening kepala aku!”

Hahaa… macam-macam kerenah pelanggan ni ya? Itulah akibatnya jika tak ukur baju di badan sendiri…

Kisah Peniaga Yang Licik!

Jenaka & komedi, Keusahawanan, Inspirasi 10 Comments »

Kali ini saya ingin kongsikan satu cerita. Bacalah!

Tong seorang penyelia di sebuah kilang. Suatu hari, Tong diminta oleh taukenya supaya mencari kontraktor untuk membina pagar di sekililing kilang mereka. Esoknya, tiga kontraktor iaitu Lim, Tony dan Ronnie datang. Setelah diberi taklimat oleh Tong tentang apa yang dikehendaki oleh taukenya lantas Lim dan Tony mengukur kawasan pagar yang ingin dibina dan mengira dengan kalkulator. Tapi Ronnie cuma duduk dibawah pokok sambil menghisap rokok. Setengah jam kemudian, ketiga-tiga mereka datang menemui Tong.

Lim: Encik Tong, kosnya murah, RM900 sahaja. RM400 untuk beli barang, RM400 untuk bayar gaji pekerja dan RM100 untuk saya.

Tony: Mahal tu! Saya boleh buat dengan kos RM700 sahaja. Rm300 untuk beli barang, Rm300 untuk pekerja dan RM100 untuk saya.

Ronnie: Kalau saya, RM2,700.

Tong: Hui! Mahalnya! Saya lihat kamu tak ukur langsung kawasan kilang ni tapi senang-senang saja nak kenakan kos mahal!

Ronnie menarik Tong ke tepi dan berbisik, “RM1000 untuk saya, RM1000 untuk awak dan lepas tu kita bayar Tony untuk buat pagar. Amacam?”

Tong: Setuju!!

Apa moral cerita ini? Dalam bisnes kenalah bijak… siapa yang bijak, dialah yang akan mendahului. Ronnie mempunyai kebijaksanaan dan licik sebagai usahawan tetapi apakah ia bermoral? Bagaimana pula pakatannya dengan Tong, penyelia kilang tersebut. Adakah ianya dikira rasuah?

Apa pula pendapat anda?

p/s: Jauhilah rasuah… ia memusnahkan ummah!

Gurauan Terlampau Orang Jepun!

Jenaka & komedi 12 Comments »

Kempen Keselamatan Jalanraya

Jenaka & komedi, Video, Masyarakat 3 Comments »

Tiba sahaja musim perayaan, maka mulalah kadar kemalangan jalanraya meningkat dengan mendadak. Sudah banyak usaha dan peringatan diberikan agar pengguna jalanraya lebih berhati-hati, namun nampaknya jumlah kemalangan tetap meningkat saban tahun. Tahun ini nampaknya kita banyak kes kemalangan yang melibatkan bas. Di mana silapnya, ya?

Saya baru sahaja pulang dari Bangalore, India. Masyaallah, jika selama ini saya rasa ‘fedup’ dengan keadaan trafik dan sikap pemandu di KL, JB dan Georgetown, Penang…. rupa-rupanya keadaan trafik dan gelagat pemandu kenderaan di Bangalore 10 kali ganda lebih teruk!

Saya berkesempatan mengembara ke banyak negara dan kesimpulannya, ketamadunan dan kualiti sesuatu masyarakat boleh juga dinilaikan dari sikap pemandu kenderaannya. Pemandu di Malaysia dan Bangalore saya kira masih tebal dengan mentaliti dunia atau kelas ketiga walaupun kemudahan yang disediakan bertaraf kelas pertama dunia! Semuanya nak cepat. Asyik-asyik dia aje nak jalan dulu.

Namun berbeza dengan pengalaman memandu di York, England dahulu. Pernah saya melalui sebuah simpang empat yang mana lampu isyaratnya rosak ketika waktu puncak. Saya terkejut kerana setiap pemandu dari setiap simpang dengan penuh berhemah mengambil giliran masing-masing tanpa perlu sesiapapun menjaga trafik!

Kalau kat sini, mau bergaduh dibuatnya kerana masing-masing nak jalan dulu!

Di sini saya sediakan video iklan khidmat komuniti yang dihasilkan oleh Proton berkaitan dengan kempen keselamatn jalanraya. Nampaknya Proton dah mulakan langkah untuk kembali mendominasi pasaran automotif nasional. Dari perancangan yang saya tahu, hebat!

Jangan sekadar menonton video ini… ambillah iktibarnya!

 

Rehatkan Minda Sekejap…

Jenaka & komedi, Video 2 Comments »

Fuhh!… Saya tersangat-sangatlah sibuk sejak beberapa hari lalu. Rasanya saya telah bekerja lebih 18 jam sehari akhir-akhir ini! Penat sungguh rasanya… lesu dan letih, tetapi bersemangat!

Banyak perkara perlu diuruskan dan tak menang tangan rasanya, namun ianya ialah cabaran dan saya berasa tercabar menyelesaikan segalanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, setakat ini segalanya masih dalam schedule!

Isteri pula asyik membebel. Orang perempuan ni tak tahu ke orang lelaki ni yang paling dia tak suka ialah dengar leteran dan bebelan. Bukannya dia tak tahu kalau saya dah berikan tumpuan kepada sesuatu projek, janganlah ganggu saya dengan perkara yang saya tak gemar. Saya ada kerja, bukannya pergi dangdut atau berpeleseran! So, give me some space, okay? Poning la den nak dongar bising-bising nih…

Tapi dalam sibuk-sibuk tu, tiba-tiba webmail notifier dalam laptop saya ini berkelip menandakan ada satu email yang baru sahaja masuk ke inbox saya. Biasanya saya jeling aje notifier tu, maklumlah saya terima berpuluh malah ratusan email setiap hari. Tetapi melihatkan tajuk email itu, tergerak pula saya melihat kandungan email itu segera.

Saya ketawa dan zass! Hilang segala stress dan kelesuan yang melanda tadi. Rupa-rupanya seseorang telah menghantar sebuah klip video yang lucu! Saya terus buat keputusan untuk upload video tersebut ke dalam blog ini untuk berkongsi kelucuan tersebut dengan anda.

Haha! Kelakar tengok baby tu tersedak! Nak tahu mengapa baby tu tersedak? Jom tengok!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login