Kisah Peniaga Yang Licik!

Jenaka & komedi, Keusahawanan, Inspirasi 10 Comments »

Kali ini saya ingin kongsikan satu cerita. Bacalah!

Tong seorang penyelia di sebuah kilang. Suatu hari, Tong diminta oleh taukenya supaya mencari kontraktor untuk membina pagar di sekililing kilang mereka. Esoknya, tiga kontraktor iaitu Lim, Tony dan Ronnie datang. Setelah diberi taklimat oleh Tong tentang apa yang dikehendaki oleh taukenya lantas Lim dan Tony mengukur kawasan pagar yang ingin dibina dan mengira dengan kalkulator. Tapi Ronnie cuma duduk dibawah pokok sambil menghisap rokok. Setengah jam kemudian, ketiga-tiga mereka datang menemui Tong.

Lim: Encik Tong, kosnya murah, RM900 sahaja. RM400 untuk beli barang, RM400 untuk bayar gaji pekerja dan RM100 untuk saya.

Tony: Mahal tu! Saya boleh buat dengan kos RM700 sahaja. Rm300 untuk beli barang, Rm300 untuk pekerja dan RM100 untuk saya.

Ronnie: Kalau saya, RM2,700.

Tong: Hui! Mahalnya! Saya lihat kamu tak ukur langsung kawasan kilang ni tapi senang-senang saja nak kenakan kos mahal!

Ronnie menarik Tong ke tepi dan berbisik, “RM1000 untuk saya, RM1000 untuk awak dan lepas tu kita bayar Tony untuk buat pagar. Amacam?”

Tong: Setuju!!

Apa moral cerita ini? Dalam bisnes kenalah bijak… siapa yang bijak, dialah yang akan mendahului. Ronnie mempunyai kebijaksanaan dan licik sebagai usahawan tetapi apakah ia bermoral? Bagaimana pula pakatannya dengan Tong, penyelia kilang tersebut. Adakah ianya dikira rasuah?

Apa pula pendapat anda?

p/s: Jauhilah rasuah… ia memusnahkan ummah!

Orang Cina & Bisnes : Pt. 3

Perniagaan, Keusahawanan, Inspirasi 13 Comments »

Kita tengok orang Cina nak buat bisnes macam petik jari aje kan? Agak-agak berpuashati dengan perancangan, kajian, risiko dan hitung jangkaan untungrugi; maka bisnes tersebut dilancarkan.

Sering juga kita lihat anak-anak muda dan remaja Cina yang dah tak minat belajar memulakan bisnes mereka secara kecil-kecilan. Tak kiralah… jual VCD ke, buka kedai handphone ke, buka kedai videogame ke… pokoknya mereka ada duit nak mulakan bisnes mereka sendiri!

Saya tahu rahsia mereka… dari mana mereka dapat duit untuk dijadikan modal bisnes.  Suntikan modal dari keluarga anda dah tahu, tapi ada satu lagi sumber. Berminat nak tahu? Read the rest of this entry »

Orang Cina & Bisnes : Pt. 2

Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi 13 Comments »

Kita sambung maklumat hasil sembang-sembang dengan rakan niaga Cina saya tempohari…

Saya tanya lagi kepada mereka… “Baguslah bisnesman Cina, selalu kerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri. Ada persatuan, ada ‘Bamboo Network’, mudah buat pinjaman mulakan bisnes dan dapatkan supply pada harga yang amat kompetitif…”.

Betullah tu… kata mereka. Ini satu kekuatan yang ada pada peniaga bangsa Cina. Konsep Bamboo Network atau rangkaian buluh cukup jelas menggambarkan kekuatan ini. Tetapi menurut kawan saya ini, konsep rangkaian ini dilihat telah mula diamalkan oleh peniaga India terutamanya melibatkan bisnes restoran, kedai buku, kedai gunting dan tekstil. Orang Melayu? Takde lagi… Read the rest of this entry »

Orang Cina & Bisnes : Pt. 1

Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi 10 Comments »

Kelmarin saya sembang-sembang dengan sekutu-sekutu perniagaan saya yang berbangsa Cina. Banyak yang kami bualkan termasuklah tentang pengagihan kekayaan ekonomi, DEB, dan suasana bisnes masa kini. Banyak yang kami bualkan dan banyak juga yang ingin saya kongsikan di sini sehingga saya memutuskan untuk menulisnya dalam beberapa siri artikel. Harapan saya mana yang baik kita ambil iktibar manakala yang buruk kita jadikan sempadan.

Soalan cepumas yang saya lemparkan kepada rakan-rakan saya itu ialah, “Mengapa orang Cina pandai berniaga? Apakah yang menjadi faktor pendorong mereka agar berjaya dalam bisnes?”

Jawapan yang saya terima agak mengejutkan. Mereka sepakat mengatakan, “Cheh! Mana ada? Siapa kata? Itu tak betul maaa!” Read the rest of this entry »

Najis Lembu Hasilkan Duit!

Inspirasi, Idea Bisnes 11 Comments »

Duit Najis Lembu

Teringat ketika pulang ke kampung saya di Rantau, Negeri Sembilan ketika kecil-kecil dahulu. Bapa saya memandu kereta ke kiri dan ke kanan kerana mahu mengelakkan najis lembu yang banyak bertaburan di sepanjang jalan kecil di kampung tersebut. Begitu jugalah halnya jika mengunjungi saudara-mara di Rembau dan Kuala Pilah. Memang bersepah-sepah najis lembu di merata tempat!

Bila dah dewasa dan pandu kereta sendiri, barulah tahu… mengapa orang tua saya seboleh-bolehnya mengelakkan daripada najis lembu. Rupanya-rupanya najis lembu ini mengandungi bahan kimia yang mampu mendatangkan karat kepada badan kereta. Dan baru juga saya tahu, memandu kereta sambil mengelakkan najis lembu ini juga merupakan satu cabaran! Haha!

Namun kini dengan pendedahan berita seperti dalam keratan akhbar di atas, rasanya fenomena ‘booby trap’ di jalanan kampung saya tidak akan kelihatan lagi memandangkan najis lembu kini mempunyai nilai tinggi berikutan kenaikan harga dan permintaan bagi baja kimia.

Maka ramailah selepas ini yang bertukar profesyen sebagai pengutip najis lembu. Silap-silap belum sempat najis lembu tu mengering, dah disodok ke dalam guni! Haha..

p/s: buat duit jang! Jgn tak buat duit…  

Jual Jet Pejuang Di eBay!

Inspirasi, Idea Bisnes 6 Comments »

Cerita ini saya petik dari akhbar Harian Metro edisi Isnin 23 Jun 2008.

Lelong jet di ebay!

Ini lagi bukti apa sahaja boleh diniagakan di laman lelong eBay asalkan kita tahu apa yang akan menarik minat bakal pembeli. Selain buku, cakera padat, peralatan komputer dan pakaian murah, pernahkah terlintas di fikiran anda ada orang berjualbeli jet pejuang tentera di laman lelongan eBay? Ehh… ada!

Baru-baru ini seorang rakyat Britain, Chris Wilson (gambar atas) telah menawarkan sebuah jet tempur jenis Sea Harrier milik Tentera Udara DiRaja Britain yang tidak digunakan lagi di eBay.com. Bidaan yang diterima telah mencecah RM68,000 dan Chris berharap ia akan mencecah sasarannya iaitu RM167,000 tidak lama lagi.

Chris yang merupakan bekas anggota tentera udara Britain memang mengumpul, memulihara dan menyimpan pesawat lama tentera sebagai mata pencariannya. Yang menariknya, pelanggan utamanya terdiri daripada para pemain bolasepak berstatus jutawan, syarikat korporat dan juga muzium!

Yang pasti, mereka ini membida untuk mendapatkan pesawat pejuang ini bukanlah untuk menerbangkannya. Sebaliknya ia hanya akan dipamerkan di halaman rumah atau perkarangan syarikat mereka sebagai hobi atau simbol kemewahan. Ini kerana pesawat tersebut kini hanya berfungsi sebagai perhiasan kerana ia tidak lagi berenjin!

Okey jugak, kan?

 

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login