Permainan ‘Painstation’?
Video, Inovasi, Inspirasi, Idea Bisnes 4 Comments »Semalam saya tonton channel Discovery dan salah satu bahan cerita yang disampaikan ialah mengenai inovasi dan kreativiti sejenis permainan video yang saya kira amat unik.
Bukan! Bukan Playstation! Ianya ialah ‘Painstation’!
Ianya merupakan kombinasi permainan video dan juga permainan ‘arcade-box’ yang popular pada tahun 80an dahulu.
Yang uniknya, permainan yang memerlukan 2 peserta ini dinamakan Painstation kerana peserta akan merasa kesakitan apabila pihak lawan berjaya mengutip mata. Jika anda tonton video ini, anda akan dapat lihat tangan kiri setiap peserta diikat dan akan disebat dengan rod getah sebagai penalti.
Dalam rancangan Discovery yang saya tonton semalam itu, saya dapat lihat tangan pemain berbirat dan lebam-lebam setelah bermain permainan ini. Walaupun sakit, mereka nampaknya gembira dan terhibur dengan konsep permainan ini.
p/s: ini cubaan pertama saya letakkan video dalam blog. Taklah susah sebenarnya!
Amacam? Ok tak idea game ni? Bagilah komen sikit!
Namun kini dengan teknologi dan inovasi kejuruteraan, impian anda untuk memiliki kolam renang dan melihat keluarga anda bergembira menggunakannya mungkin boleh menjadi kenyataan!







Recent Comments