Bisnes Nasi Lemak Lagi!

Keusahawanan, Inspirasi, Idea Bisnes 14 Comments »

Dalam post terdahulu, saya telah bercerita sedikit mengenai betapa ‘masyuknya’ bisnes gerai nasi lemak berdasarkan pengalaman beberapa hari bantu mertua dengan bisnesnya. Apa tidaknya, saya jadi tukang bungkus dan juruwang… lenguh tangan ini membungkus nasi lemak dan lenguh juga kira duit!

Itu cerita mertua saya yang telah berkecimpung dalam bisnes nasi lemak sejak 20 tahun yang lalu. Orang lama, banyak pengalaman! Kini, saya sambung kisah kejayaan buat duit hasil bisnes nasi lemak juga, tetapi lain sedikit cara dan kaedahnya!

Nasi Lemak Bungkus

Dalam sibuk-sibuk bantu mertua, saya berpeluang bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan mertua yang rata-ratanya warga emas yang datang berkumpul (melepak?) berhampiran gerai mertua saya. Biasalah… berkongsi cerita pasal agama, politik, harga minyak naik, anak cucu dan sebagainya. Dah pencen, nak cerita apa lagi… ye tak?

Salah seorangnya adalah Pak Din yang menurut mertua saya adalah tokey besar! Mertua saya sempat menunjukkan rumah Pak Din yang terletak tidak jauh dari situ. Wah! Hebat! Tak tahulah bagaimana rupa dalamannya tetapi dari luar ia kelihatan mewah!

Risik punya risik, rupa-rupanya Pak Din sekeluarga juga bisnes nasi lemak tetapi bukanlah seperti mertua saya yang membuka gerai. Sebaliknya Pak Din sekeluarga hanya mengusahakan bisnes nasi lemak bungkus sahaja. Macam mana tu?

Begini… setiap hari Pak Din dan ahli keluarganya akan memasak dan menyediakan 2000 bungkus nasi lemak. Semua kerja-kerja memasak dan membungkus ini dilakukan di ruang khas di rumahnya sendiri dengan dibantu oleh krew seramai 7 orang yang terdiri daripada anak-anak dan jirannya.

Istimewanya, mereka tak perlu keluar untuk menjual nasi lemak tersebut. Kesemua nasi lemak yang telah siap dibungkus itu akan diambil sendiri oleh para pelanggannya yang terdiri daripada pengusaha restoran cina dan mamak!

Fakta menarik: Pak Din hanya mempunyai 5 pelanggan sahaja iaitu pengusaha restoran cina dan mamak tadi. Sebelum subuh, mereka akan datang sendiri ke rumah Pak Din untuk mengambil bekalan nasi lemak bungkus dengan van masing-masing.

Khabarnya Pak Din menjual nasi lemak yang siap dibungkus itu pada harga 80 sen dan ia akan dijual semula oleh pengusaha restoran pada harga RM1.30. Jadi kiralah pendapatan kasar harian Pak Din:

2000 bungkus nasi lemak x 80 sen sebungkus = RM1600 sehari!

Katalah kos beras, bahan masakan dan upah pekerja memakan 50% daripada jumlah tersebut, ini bermakna Pak Din dapat income bersih RM800 sehari!

Hmm… macam-macam cara kita boleh cari rezeki di bumi Allah ini. Terpulanglah kepada kita cara mengusahakannya. Bak kato oghang kampung den, si Nabil tuu… “lu pikirlah sendiri… assalamualaikum!”

Kreatif….

Inovasi, Idea Bisnes 5 Comments »

Sepintas lalu, kita tahu gambar di atas merupakan hasil ubahsuai dengan menggunakan perisian seperti Photoshop atau sebagainya.

Namun apa yang tersirat adalah betapa kreatifnya artis yang menghasilkan gambar ini. Bayangkan, sebuah kapal perang pengangkut bertukar menjadi platform permainan golf di tengah lautan!

Jika perkara ini boleh jadi realiti, ia akan menjadi satu lagi kemajuan dalam sektor industri pelancongan. Kalau dulu kita pernah dengar ada kasino di tengah lautan, kini giliran padang golf pula!

Agaknya apa lagi tambahan idea yang menerjah di kepala anda sebaik sahaja melihat gambar ini?

Jangan malu-malu… beritahu saya!

Berani Buat Pembaharuan…

Idea Bisnes 10 Comments »

Masa berlalu dan suasana berubah…

Sesuailah dengan peredaran zaman serta teknologi, kehidupan kita pun turut berubah sedikit demi sedikit berbanding dahulu. Apa tidaknya, dulu mana ada internet, sms, hatta telefon bimbit sekalipun!

Namun, soalnya… setakat mana kita memanfaatkan teknologi telekomunikasi demi kepentingan bisnes kita? Atau kita lebih suka dan selesa ikut cara lama?

Inilah yang saya nak kongsi dengan anda… Read the rest of this entry »

Penemuan Menarik Di Kedai Dobi…

Tips Bisnes, Perniagaan, Idea Bisnes 25 Comments »

Baru-baru ini saya ke kedai dobi berhampiran kediaman saya. Memang jarang saya menjejakkan kaki ke kedai dobi melainkan menghantar pakaian untuk cucian kering (dry cleaning). Lagipun biasanya tiada perkara menarik berlaku di kedai dobi melainkan perkara rutin yang biasa kita lihat di kedai dobi di sana-sini. Biasalah… hantar baju, timbang pakaian, ambil pakaian, buat bayaran dan sebagainya. Namun kunjungan saya ke kedai dobi kali ini sedikit berbeza…

Ketika mendaftar untuk cucian kering bagi blazer (sejenis ‘kot’) saya, saya terpandang seorang wanita yang berdiri di sebelah saya mengambil 2 bungkusan pakaiannya yang telahpun dicuci, tapi salah satu bungkusan plastik kelihatan agak aneh… Sambil tersenyum, dia terus berlalu meninggalkan saya yang masih berteka-teki tentang isi kandungan beg plastik yang aneh itu… Read the rest of this entry »

Strategi & Taktik Lariskan Bisnes

Tips Bisnes, Idea Bisnes 9 Comments »

Jika kita libatkan diri dalam bisnes, pasti kita tak boleh lari daripada memikirkan tentang strategi dan taktik bagi mengekalkan prestasi atau memajukan lagi bisnes kita itu. Tambahan pula suasana bisnes pada zaman ini cepat berubah-ubah, maka kerap jugalah kita kena ubah strategi perniagaan bagi memenuhi kehendak dan tuntutan ekonomi semasa.

Lain jenis bisnes, lain pulalah strategi yang digunapakai. Tetapi apa yang pasti, setiap jenis bisnes atau perniagaan mesti mempunyai perancangan dan strategi masing-masing bagi memastikan pertumbuhan & kesinambungan bisnes mereka.

Read the rest of this entry »

Pendatang Asing, Hindraf & Perihal Rezeki

Inovasi, Masyarakat, Keusahawanan, Inspirasi, Idea Bisnes 20 Comments »

Ini kisah yang saya janjikan dalam post yang lalu. Maaf kerana tak berkesempatan siarkan post ini lebih awal kerana sibuk dengan urusan perniagaan. Banyak yang perlu diselesaikan sebelum finalise akaun perniagaan bagi tahun 2007 selain sibuk juga dengan strategi serta perancangan bisnes 2008.

Ketika pulang mengunjungi orang tua saya di Seremban beberapa minggu lalu, tiba-tiba kami dikunjungi oleh seorang lelaki yang tidak saya kenali namun nampaknya dikenali mesra oleh kedua orang tua saya.

Lelaki ini berbangsa Indonesia berketurunan Minang berpakaian kemas dengan beg sandang yang agak besar di bahunya. Setelah bertanya khabar lebih kurang, ibu saya mengeluarkan beberapa pasang kasut dari almari lantas menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Setelah membelek-belek kasut-kasut yang diserahkan kepadanya, beliau mengeluarkan beberapa barangan yang berupa peralatan membaiki kasut. Oohhh! Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah seorang tukang kasut!

Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login