Strategi Pemasaran Peniaga Roti…

Perniagaan, Idea Bisnes 20 Comments »

roti sedap

Dalam bisnes, strategi pemasaran amat penting. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi persaingan, strategi pemasaran yang betul akan membawa perniagaan kita lebih terkehadapan (betul ke perkataan ni?) berbanding dengan pesaing lain. Apatah lagi dalam suasana ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, strategi pemasaran akan memberi impak samada bisnes kita itu akan kekal kukuh ataupun sebaliknya.

Saya tertarik dengan strategi pemasaran yang dilakukan oleh seorang peniaga roti ini. Saya tak tahu namanya dan nama syarikatnya tetapi beliau dikenali dengan nama timangan ‘abang roti sedap’. Kisah inipun datangnya dari isteri saya yang merupakan pelanggan tetap beliau. Yang pasti beliau menghasilkan rotinya sendiri dan memasarkannya sendiri. Inilah yang saya nak ceritakan… Read the rest of this entry »

Bra Untuk Lelaki?

Idea Bisnes 3 Comments »

Orang Jepun memang terkenal fanatik dengan fesyen. Kegilaan terkini yang melanda Jepun ialah bra untuk lelaki!

Syarikat pengeluarnya, Wishroom menjualnya pada harga USD30 (RM109) sehelai dan 300 unit coli lelaki berkenaan telah terjual secara online dalam masa 2 minggu.

Apalah faedahnya, kan? Dunia… dunia…

Gelagat Peniaga Aiskrim…

Idea Bisnes 4 Comments »

Klip video ini memaparkan telatah peniaga aiskrim berbangsa Turki ketika melayani pelanggannya di negara Taiwan.

Gaya dan telatahnya ini menyebabkan gerai aiskrimnya menjadi tumpuan ramai dan mengikut sumber, pelanggan gerai aiskrimnya ini  sentiasa berbaris panjang semata-mata untuk mendapatkan aiskrimnya. Tak pasti pula… pelanggan nakkan aiskrim ataupun suka tengok gelagatnya. Apapun, ia merupakan satu strategi menarik pelanggan yang bagus.

Hmm… kat Malaysia ni,  apa yang setanding dengan peniaga aiskrim ni?

p/s: Kat sini ada roti canai terbang. Burger terbang pun ada! Lagi?

Najis Lembu Hasilkan Duit!

Inspirasi, Idea Bisnes 11 Comments »

Duit Najis Lembu

Teringat ketika pulang ke kampung saya di Rantau, Negeri Sembilan ketika kecil-kecil dahulu. Bapa saya memandu kereta ke kiri dan ke kanan kerana mahu mengelakkan najis lembu yang banyak bertaburan di sepanjang jalan kecil di kampung tersebut. Begitu jugalah halnya jika mengunjungi saudara-mara di Rembau dan Kuala Pilah. Memang bersepah-sepah najis lembu di merata tempat!

Bila dah dewasa dan pandu kereta sendiri, barulah tahu… mengapa orang tua saya seboleh-bolehnya mengelakkan daripada najis lembu. Rupanya-rupanya najis lembu ini mengandungi bahan kimia yang mampu mendatangkan karat kepada badan kereta. Dan baru juga saya tahu, memandu kereta sambil mengelakkan najis lembu ini juga merupakan satu cabaran! Haha!

Namun kini dengan pendedahan berita seperti dalam keratan akhbar di atas, rasanya fenomena ‘booby trap’ di jalanan kampung saya tidak akan kelihatan lagi memandangkan najis lembu kini mempunyai nilai tinggi berikutan kenaikan harga dan permintaan bagi baja kimia.

Maka ramailah selepas ini yang bertukar profesyen sebagai pengutip najis lembu. Silap-silap belum sempat najis lembu tu mengering, dah disodok ke dalam guni! Haha..

p/s: buat duit jang! Jgn tak buat duit…  

Kalau Dah Gigih…

Idea Bisnes 12 Comments »

Kalau dah gigih, asal ada peluang buat duit… pasti takkan dilepaskan.

Lihatlah paparan video ini yang memaparkan seorang pemuda menjual aiskrim di lautan. Idea atau usaha bisnes seperti yang berlaku di Filipina ini tidak pernah saya terlintas atau terfikir sebelum ini.

Apa pendapat anda?

Jual Jet Pejuang Di eBay!

Inspirasi, Idea Bisnes 6 Comments »

Cerita ini saya petik dari akhbar Harian Metro edisi Isnin 23 Jun 2008.

Lelong jet di ebay!

Ini lagi bukti apa sahaja boleh diniagakan di laman lelong eBay asalkan kita tahu apa yang akan menarik minat bakal pembeli. Selain buku, cakera padat, peralatan komputer dan pakaian murah, pernahkah terlintas di fikiran anda ada orang berjualbeli jet pejuang tentera di laman lelongan eBay? Ehh… ada!

Baru-baru ini seorang rakyat Britain, Chris Wilson (gambar atas) telah menawarkan sebuah jet tempur jenis Sea Harrier milik Tentera Udara DiRaja Britain yang tidak digunakan lagi di eBay.com. Bidaan yang diterima telah mencecah RM68,000 dan Chris berharap ia akan mencecah sasarannya iaitu RM167,000 tidak lama lagi.

Chris yang merupakan bekas anggota tentera udara Britain memang mengumpul, memulihara dan menyimpan pesawat lama tentera sebagai mata pencariannya. Yang menariknya, pelanggan utamanya terdiri daripada para pemain bolasepak berstatus jutawan, syarikat korporat dan juga muzium!

Yang pasti, mereka ini membida untuk mendapatkan pesawat pejuang ini bukanlah untuk menerbangkannya. Sebaliknya ia hanya akan dipamerkan di halaman rumah atau perkarangan syarikat mereka sebagai hobi atau simbol kemewahan. Ini kerana pesawat tersebut kini hanya berfungsi sebagai perhiasan kerana ia tidak lagi berenjin!

Okey jugak, kan?

 

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login