About
Blog ini dibina khusus untuk membolehkan penulis berkongsi pengetahuan, maklumat, pendapat dan apa sahaja bentuk ilmu dengan para pengunjung blog ini.
Di sini penulis akan cuba membincangkan topik-topik yang berkaitan perniagaan, perniagaan internet, keusahawan, motivasi, kemasyarakatan dan sebagainya.
Semoga kita dapat bersama-sama bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan dengan cara yang bijak, berhemah dan dewasa.
Latarbelakang Penulis Blog Ini

Tazilan Ibrahim berusia 36 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini telah berumahtangga dengan 3 cahayamata. Kini menetap di Puchong, Selangor.
Seorang graduan dalam bidang pemasaran, Tazilan pernah bertugas di beberapa buah syarikat multinasional dan konglomerat serta beberapa agensi pengiklanan. Kini Tazilan merupakan seorang konsultan perniagaan dan pengiklanan yang menguruskan perniagaannya sendiri sejak 5 tahun lalu.
Para pelanggannya terdiri daripada syarikat-syarikat korporat, SME’s, SMI dan juga agensi kerajaan. Tugasannya sering membuatkan beliau sering sibuk ‘travelling’ ke merata tempat demi memenuhi keperluan pelanggannya.
Bukan seorang yang pakar dalam selok-belok perniagaaan internet namun sedang giat dan seronok mempelajarinya.


































Recent Comments