Bersaing Dengan Pendatang?
Renungan, Perniagaan, Keusahawanan February 22nd, 2010Alhamdulillah, setelah beberapa minggu hidup dalam keadaan berdebu, berhabuk dan bunyi bising, akhirnya kerja-kerja ubahsuai kediaman kami siap juga. Tapi post kali ini bukanlah berkenaan rumah saya tetapi subjeknya adalah kontraktor yang saya lantik…
Memang dilema besar juga nak lantik kontraktor pembinaan yang betul, maklumlah tak kena gaya kontraktor lari, rumah pula tak siap! Fikir punya fikir nak lantik kontraktor berbangsa Cina sahaja. Memang terbukti mereka ni cekap dan pantas buat kerja tetapi… sentimen bangsa tetap kuat seolah-olah ada bisikan menyuruh saya mengupah kontraktor Melayu. Iyalah… kalau kita Melayu tak tolong Melayu lain, siapa lagi, betul tak?
Maka ramailah kontraktor yang dipanggil dan diinterview. Habis saya mintak portfolio kerja-kerja mereka yang lepas-lepas agar mudah saya nilaikan mutu kerja mereka. Sedihnya ramai yang terpinga-pinga. Langsung takde portfolio… setakat cakap je boleh buat itu, boleh buat ini, pernah buat rumah lawyer tu, VIP ini… setidak-tidaknya sediakanlah satu album gambar projek-projek yang pernah mereka jalankan, barulah pelanggan yakin.
Pendek cerita, ada dua kontraktor ni ada bawa portfolio, kira okaylah juga dua orang Melayu nih. Tetapi saya pilih kontraktor bernama Mat ini kerana berani pelawa saya ke bengkelnya dan sudi bawa saya melawat ke rumah-rumah pelanggan yang pernah mengupahnya.
Sampai masanya, datanglah sekumpulan pekerja Indonesia berketurunan Acheh yang dikepalai oleh Man yang berstatus penduduk tetap di sini. Biasalah, saya memang suka interview orang dan tanya macam-macam… dan hasil interview itu sungguh mengejutkan!
Rupa-rupanya kontraktor Mat yang saya lantik itu telah subkontrak kerja di rumah saya ini kepada Man, si pendatang Acheh! Maknanya, Man ini bukanlah pekerja Mat. Sebaliknya Man si Acheh merupakan seorang kontraktor yang punya syarikat dan barisan pekerja yang berpengalaman!
Bengang juga hati ini, rasa tertipu pun ada. Tetapi melihatkan kerja yang direncanakan berjalan lancar, saya diamkan tetapi terus membuat pemerhatian rapi.
Selidik punya selidik, rupanya Man si Acheh ni punya komitmen bisnes yang besar… selain rumah saya, Man turut diupah membuat kerja di 10 tempat lain. Macam-macam kerja, dari pembinaan, kerja-kerja besi dan pemwayaran, semua Man ini boleh buat… dan semua kerja itu diperolehi dari kontraktor Melayu. Kekuatannya ialah dia bertindak sebagai Otai kepada ramai pekerja bangsa Acheh yang berhijrah ke Malaysia.
Kesimpulannya, saya sedih kerana yang untung pendatang asing ini. Kontraktor Melayu nampaknya suka alibabakan kerja kepada orang lain dan untung atas angin. Cara sebegini memanglah mudah tetapi sampai bilapun kontraktor Melayu takkan belajar dan peroleh kemahiran.
Saya terfikir… rupanya portfolio yang ditunjukkan kepada saya bukanlah portfolio Mat dalam ertikata yang sebenarnya. Memang Mat si Melayu yang dapatkan kerja tu, tetapi Man si Acheh yang mengurus dan mengendalikannya sehingga siap!
Bila kerja dah siap dan tiba masanya buat pembayaran akhir kepada Mat (kontraktor Melayu yang saya lantik)… saya bertanyakannya perkara ini. Dengan muka merah padam dia mengakuinya… “Man tu memang hebat, bang. Projek dia banyak, ratusan ribu ringgit nilai projek dia. Saya ni pun tak setanding dengan dia…”
Hai Melayu kita, bertanding dengan pendatang pun kalah?






February 22nd, 2010 at 11:18 am
Salam bro,memang dah lumrah mcm tu,ramai org melayu buat mcm tu dan terpaksa buat mcm tu,nie pendapat saya,saya pun berkecimpung dlm bidang nie,
yg buat kerja dlm bidang nie,kebykan org indon,diorang mcm pakat,kalau gaji ari,diorg tarik masa,kalau ambik sub,cpt dan lancr je keje,nak arap org kita,payah nak jumpa yg sanggup wat keje nie,kt kg ada lah.dan x di nafikan,org kita nak keje senang,mcm bro ckap,untung atas angin
February 22nd, 2010 at 4:00 pm
kisah ini menguatkan lagi cerita dalam buku Chef Li, Jutawan Senyap…
bangkitlah melayu… jangan terus layu…
February 22nd, 2010 at 8:29 pm
Bro..Saya juga kecewa dengan sikap org kita..Saya memang berminat dalam bidang ni dan ingin belajar bermula dari bawah tapi kerap tak diberi peluang.Sampai satu tahap saya tarik kawan sy coz dia ada pengalaman keje dengan org untuk wayering. Saya ajak dia pegi cari job..maka kami pergilah jumpe bos dia dan minta pada dia job yang kecil2. Tapi malangnya dia suh kitaorang carik sendiri walhal dia punyalah banyak job..apa salahnya beri peluang.Saya memang nekad sanggup turun padang bersama dengan member sy tu untuk belajar semuanya coz member saya tu kira mcm expert gak coz dia ada sijil kemahiran…Sedihnya..
February 23rd, 2010 at 2:15 am
kajian saintifik menunjukkan melayu punya otak yang kecil..sekitar 1300cm3 saja..tak heranlah..tu pasai umno kekal memerintah…
February 23rd, 2010 at 7:01 pm
ia tidak melibatkan umno… ia individu….. sendiri mau ingat r… mulakan dari yang kecil… smpi besar…
February 23rd, 2010 at 11:25 pm
Baru2 ni, jiran saya nak repair dapur rumah dia, punya la seksa nak cari orang yg sanggup buat kerja tu.. last sekali dapat 2 pekerja indon yg sanggup buat..
March 3rd, 2010 at 12:40 pm
itu cerdik namanya.
sorry bro
halalan toyiba penting
March 12th, 2010 at 3:47 am
Salam,
Ada orang cakap , kita lebih pentingkan pekerja asing dari tempatan, memang ada betulnya namun perkara yang SEBETULNYA orang kita nieh pilih kerja .
Berpanas skit x mau, berdebu berhabuk x mahu, nak kerja yang ada office aircond atau paling kurang kerja bancuh air pun jadi lah dari kerja tengah terik panas.
Kalau nak kerja, kerja ngan cina, banyak benda boleh belajar tpi nak kena ‘bijak’ skit supaya x kena pijak hehe.
Orang kita nieh gila duit tpi x mau susah, dulu semasa saya kerja kontrak buat rumah, jdi kuli jer pun RM40 sehari , tu belum upah tukang RM65-RM100 sehari , normal
. Kalau kerja lama skit insyaAllah boleh buat sebijik rumah .
March 15th, 2010 at 11:57 am
Begituler nampaknya trend masyarakat Melayu terkini. Nak kerja yang senang jer…bile org asing rebut peluang bising….tapi sekadar tu ler nampaknya.
April 29th, 2010 at 10:31 am
Saya pun bengang dengan kontraktor melayu ni. Naik serik jugak lah. Saya cari kontraktor melayu untuk pasang pagar rumah saya. Niat nak tolong dia.tapi tak siap-siap juga dan buat kerja semua nya ala kadar je. Kebanyakkan kontraktor melayu ni suka sangat sub kat kontraktor lain…Tolonglah berubah wahai kontraktor melayu…
June 20th, 2010 at 12:41 am
ada yg betul ada yg tidak,semua itu lumrah manusia.bagi yang nak buat rumah boleh klik pada khidmat