Alhamdulillah, setelah beberapa minggu hidup dalam keadaan berdebu, berhabuk dan bunyi bising, akhirnya kerja-kerja ubahsuai kediaman kami siap juga. Tapi post kali ini bukanlah berkenaan rumah saya tetapi subjeknya adalah kontraktor yang saya lantik…

Memang dilema besar juga nak lantik kontraktor pembinaan yang betul, maklumlah tak kena gaya kontraktor lari, rumah pula tak siap! Fikir punya fikir nak lantik kontraktor berbangsa Cina sahaja. Memang terbukti mereka ni cekap dan pantas buat kerja tetapi… sentimen bangsa tetap kuat seolah-olah ada bisikan menyuruh saya mengupah kontraktor Melayu. Iyalah… kalau kita Melayu tak tolong Melayu lain, siapa lagi, betul tak?

Maka ramailah kontraktor yang dipanggil dan diinterview. Habis saya mintak portfolio kerja-kerja mereka yang lepas-lepas agar mudah saya nilaikan mutu kerja mereka. Sedihnya ramai yang terpinga-pinga. Langsung takde portfolio… setakat cakap je boleh buat itu, boleh buat ini, pernah buat rumah lawyer tu, VIP ini… setidak-tidaknya sediakanlah satu album gambar projek-projek yang pernah mereka jalankan, barulah pelanggan yakin.

Pendek cerita, ada dua kontraktor ni ada bawa portfolio, kira okaylah juga dua orang Melayu nih. Tetapi saya pilih kontraktor bernama Mat ini kerana berani pelawa saya ke bengkelnya dan sudi bawa saya melawat ke rumah-rumah pelanggan yang pernah mengupahnya.

Sampai masanya, datanglah sekumpulan pekerja Indonesia berketurunan Acheh yang dikepalai oleh Man yang berstatus penduduk tetap di sini. Biasalah, saya memang suka interview orang dan tanya macam-macam… dan hasil interview itu sungguh mengejutkan! Read the rest of this entry »