Alamak!!
Jenaka & komedi, Perniagaan January 21st, 2010Baru-baru ini saya hantar kereta saya untuk diservis di bengkel seorang kawan. Kawan saya ini pakar kereta BMW dan Mercedez. Jadi banyaklah kereta jenis tersebut di bengkelnya.
Sementara menanti kereta saya siap, rakan saya ajak minum-minum dulu. Saya ambil kesempatan itu bertanya kemajuan bisnesnya. Tentu bagus, teka saya memandangkan pelanggannya terdiri daripada pemilik kenderaan mewah tentulah berduit dan takde masalah walaupun ekonomi sedang meleset ketika ini.
Nak tahu apa katanya? “Haa… kalau kau nak tahu kat bengkel aku ni ada dua jenis pelanggan. Yang pertama memang best! Mereka memang berduit, tak banyak kisah. Mereka percaya kat aku jaga kereta mereka, bahkan semua kereta yang mereka ada semuanya dihantar kat bengkel aku nih… tak kiralah kancil atau proton, semua kereta hantar bagi aku servis atau repair. Pelanggan macam ni memang aku sayang dan aku jaga baik-baik.”
Habis, pelanggan jenis lagi satu macamana pulak, tanya saya…
“Haa, yang ini aku panggil pelanggan ‘ALAMAK!’ Nak tahu kenapa? Sebabnya jenis ini bukanlah berkemampuan sangat tapi ingin bergaya dengan kereta jenis mahal ini. Bila kereta rosak dan aku bagi anggaran harga repair atau alatganti, selalunya mereka akan terkejut dan yang pertama keluar dari mulut mereka ialah… Alamak! Takde yang murah lagi ke? Takde ke yang secondhand punya?… Pelanggan macam nih yang bikin pening kepala aku!”
Hahaa… macam-macam kerenah pelanggan ni ya? Itulah akibatnya jika tak ukur baju di badan sendiri…






January 21st, 2010 at 4:09 pm
menarik untuk difikirkan bersama.
January 21st, 2010 at 4:37 pm
Salam,
Saya memang mempunyai kawan-kawan yang mempunyai perangai camtu. Tapi saya tak kisah sebab semuanye kawan2, bila masa kereta rosak atau bende yang boleh dikira murah, mesti yang terkeluar alamak! takde yang murah lagi ke…hehehehe
Biasa dengar, saya setuju dengan cerita ni, ukur baju di badan sendiri.
January 21st, 2010 at 9:44 pm
Cerita ni lebih kurang sama mcm rakan saya. Beli kereta mahal-mahal tapi makan mintak orang lain belanja.
Semenjak pakai kereta mewah dah tak nampak lagi dia hisap rokok. Baguslah kalau mcm tu. Bila ditanya aku dah berhenti. Rupa-rupanya berhenti beli jer. Tapi jumpa member pangkahlah.
Kata orang ‘Biar Papa Asalkan Boleh Bergaya’.
Menarik cerita nie…
January 22nd, 2010 at 12:05 am
pelanggan jenis kedua ni le yang buat lingkup perniagaan…
January 22nd, 2010 at 2:34 am
Alamakkk!! Ada juga rupanya pelanggan macam tu. tergelak bila baca
January 22nd, 2010 at 8:30 am
hehe.. ALAMAKK.. macam leh wat tajuk dlm rancangan TV jek..
January 22nd, 2010 at 9:31 am
Mmg susah kalau org yg papa bergaya.
January 22nd, 2010 at 10:15 am
Tahniah sdr Tazilan,ada page utk berinteraksi macam ni,saya doakan saudara dan rakan2 yang lain tu selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi…Semoga amalan bio pape ase begaye tidak jadi amalan turun temurun orang kita,kite harus jadi kawan bisnes kite yg berjaya tu yang gunakan motto ‘bio nampak pape tapi kaye raye’..terima kasih,salam hijrah
January 23rd, 2010 at 1:34 am
Tahniah saudara Tazilan…..satu renungan yang baik untuk kita muhasabah diri…setuju dengan pendapat abang uda56.
January 23rd, 2010 at 10:58 am
‘Alamak!’ kadang-kadang saje jer tu nak test market…..heheh
January 23rd, 2010 at 5:32 pm
Ha..ha
Biar Papa asal Bergaya la yeop
January 23rd, 2010 at 5:38 pm
sorang tokey bengkel kat tempat aku nih, dia pesan sesiap kat anak-anak buah dia.. kalau kereta continental nih datang… jangan bukak dulu… cek mana rosak saja…
kalau dah bukak… nanti kalau tuan tak mampu nak bayar.. naya je… terpaksa bagi hutang… dah tu ramai yang liat la nak membayar balik tu… hehehe….
kereta continental ni harga second hand murah… tapi spare part… sesak napas laa..
February 3rd, 2010 at 10:02 pm
ukur baju di badan sendiri, mungkin kerana mereka nih pecen nak berlagak …….. biasalah tuuu , ayah sy anti sangat ngan slogan “Biar Papa Asal Bergaya” hahaha
February 18th, 2010 at 11:38 am
salam.
Boleh tau dimana bengkel kawan tuan ni?
Sayapun pakai keta conti jgk. Kalau dekat dengan rumah
bolehla hantar ke sana juga.
February 19th, 2010 at 10:06 pm
keta konti kat m’sia je mahal kat us..euro tinggal bawah RM 5 K je…cukai tinggi sangat…mekanik kaki pau plak tu…
February 19th, 2010 at 10:08 pm
your conti car cheaper here…spare part also cheap…buy direct don’t use lintah darat at your country…