Alamak!!

Jenaka & komedi, Perniagaan 16 Comments »

Baru-baru ini saya hantar kereta saya untuk diservis di bengkel seorang kawan. Kawan saya ini pakar kereta BMW dan Mercedez. Jadi banyaklah kereta jenis tersebut di bengkelnya.

Sementara menanti kereta saya siap, rakan saya ajak minum-minum dulu. Saya ambil kesempatan itu bertanya kemajuan bisnesnya. Tentu bagus, teka saya memandangkan pelanggannya terdiri daripada pemilik kenderaan mewah tentulah berduit dan takde masalah walaupun ekonomi sedang meleset ketika ini.

Nak tahu apa katanya? “Haa… kalau kau nak tahu kat bengkel aku ni ada dua jenis pelanggan. Yang pertama memang best! Mereka memang berduit, tak banyak kisah. Mereka percaya kat aku jaga kereta mereka, bahkan semua kereta yang mereka ada semuanya dihantar kat bengkel aku nih… tak kiralah kancil atau proton, semua kereta hantar bagi aku servis atau repair. Pelanggan macam ni memang aku sayang dan aku jaga baik-baik.”

Habis, pelanggan jenis lagi satu macamana pulak, tanya saya…

“Haa, yang ini aku panggil pelanggan ‘ALAMAK!’ Nak tahu kenapa? Sebabnya jenis ini bukanlah berkemampuan sangat tapi ingin bergaya dengan kereta jenis mahal ini. Bila kereta rosak dan aku bagi anggaran harga repair atau alatganti, selalunya mereka akan terkejut dan yang pertama keluar dari mulut mereka ialah… Alamak! Takde yang murah lagi ke? Takde ke yang secondhand punya?… Pelanggan macam nih yang bikin pening kepala aku!”

Hahaa… macam-macam kerenah pelanggan ni ya? Itulah akibatnya jika tak ukur baju di badan sendiri…

Dasar Terbuka?

Politik, Renungan 8 Comments »

Suasana negara kita hari ini memang dah tak sama seperti dulu. Sana-sini heboh orang bercakap pasal politik, perkauman, gaduh sana-sini dan tuduh orang lain itu dan ini. Bahkan semakin ramai yang menyorok di belakang komputer berani membuat pelbagai komen yang tak peka kepada sensitiviti masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Terkini kita diuji sekali lagi dengan isu kalimah Allah. Sekali lagi keharmonian kita tergugat. Apabila ramai pemimpin bercakap ikut kepentingan politik masing-masing, rakyat lagilah semakin kelam-kabut. Adakah ini harga yang terpaksa kita bayar kononnya atas nama kebebasan dan keterbukaan?

Kalau kita baca suratkhabar Cina, banyak isu dan berita yang memburuk-burukkan kaum Melayu dan Islam. Mereka berani sekarang ini kerana dasar terbuka media. Orang kita tak bising sebab tak tahu baca mandarin atau kantonis.

Dasar kebebasan dan keterbukaan ini bermula pada era Pak Lah jadi Perdana Menteri. Cakaplah apa sahaja, bincanglah isu apa sahaja asalkan tahu batasan…. tapi apakah semua pihak berusaha secukupnya untuk menjaga batasan itu?

Bahkan wujudnya Majlis Kesefahaman Agama atau IFC (Inter Faith Council) juga wujud berikutan dasar kebebasan dan keterbukaan Pak Lah itu lah. Sejak itu macam2 tuntutan yang dilihat mengancam kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Pada zaman Dr Mahathir, beliau dikatakan zalim dan diktator kerana mengawal media. Sebarang isu atau perkara yang menyentuh sensitiviti perkauman atau keagamaan akan ditapis agar tidak menimbulkan sebarang keresahan diĀ  kalangan rakyat. Sebab itu tidak pernah timbul perkara sebegini di zaman beliau. Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login