Kita Orang Melayu…
Politik, Renungan 18 Comments »Salam, harapnya anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sebenarnya akhir-akhir ini saya berasa agak sesak dada melihatkan perkembangan politik negara terutama sekali apabila ia melibatkan Perlembagaan Negara dan kepentingan orang Melayu. Namun saya tak berminat nak membincangkan tuntutan kaum bukan Melayu terutamanya yang dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP.
Saya boleh faham dan terima tindakan mereka itu kerana ia menunjukkan mereka memiliki keazaman dan kesungguhan untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Dah namanya wakil rakyat, maka apa yang mereka suarakan itu juga adalah tugas mereka. Kalaulah kita dilahirkan sebagai bukan Melayu, nescaya kita juga mahukan kesaksamaan dari segala segi.
Soalnya mengapa hanya sekarang begitu berani dan lantang? Dah lama kita dengar slogan menuntut kesamarataan ini iaitu ‘Malaysian Malaysia’ yang dicipta oleh Lim Kit Siang tetapi impaknya tak menggegarkan. Mengapa pula desakan kali ini dirasakan begitu ampuh sekali?
Sebabnya orang Melayu berpecah dan tak mahu bersatu. Hanya disebabkan dendam, gila kuasa dan politiking yang keterlaluan, bangsa Melayu semakin lemah dan relai…. mudah sekali digoyang dan diancam.
Dahlah ketinggalan dari segi ekonomi dan akademik, kekuatan politik yang menjadi tunjang bangsa Melayu di tanah Melayu selama ini juga kian terhakis. Lepas ni apa yang tinggal?
Saya lihat bukan Melayu terutamanya orang Cina tetap teguh bersatu walaupun berlainan ideologi politik. Biarpun mereka terdiri daripada MCA, DAP, ataupun Gerakan… bahkan ramai antara mereka berlainan pegangan agama (Buddha, Hindu atau Kristian), namun perihal kepentingan bangsa mereka tidak sesekali dikompromikan. Mereka sekata dan sehati! Read the rest of this entry »






Recent Comments