Kita Ibarat Pinggan…
Renungan October 20th, 2009Saya terbaca kisah ini melalui email yang dikirimkan oleh isteri saya. Kandungannya menarik dan saya kongsikannya di sini bersama anda…
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..
Begitulah jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi Kita.. iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan Kita ke dalam syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat…






October 20th, 2009 at 1:54 pm
cerita yg menarik untuk memberi kesedaran kpd diri sendiri supaya menjadi seorg muslim yg sentiasa beriman kpd NYA.
October 20th, 2009 at 2:04 pm
bagus artikel ni untuk dikongsi bersama..
October 20th, 2009 at 3:05 pm
Salam. Terima kasih banyak atas peringatan ini. Jokiden
October 20th, 2009 at 3:06 pm
semuga kita semua mengambil iktibar dari cerita tersebut.
October 20th, 2009 at 4:12 pm
terima kasih. satu analogi yang menarik
October 20th, 2009 at 11:39 pm
Satu pengajaran untuk kita semua. Lama tak dengar berita dari saudara.
October 21st, 2009 at 1:54 am
Salam. Info dan nasihat yang berkualiti,ringkas dan tepat semuga ianya berguna untuk renungan semua.
October 21st, 2009 at 9:43 am
Salam sdr.
Cantik sekali kiasan yang digunakan itu. Ia tepat dan mudah-mudahan dapat ia dapat mengetuk pintu hati kita untuk lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan alam fana ini menuju ke alam yang kekal abadi. Amin !
October 21st, 2009 at 11:30 am
salam…terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini. sbg hamba Allah yg hina sy amatinya dgn penuh keinsafan dan kesedaran…terima kasih sekali lg..semoga kita semua tidak lalai dalam mengerjakan suruhanNya…AMIN
October 21st, 2009 at 12:37 pm
salam sejahtera utk saudara dan pembaca setia,
sesungguhnya satu kata kata dan coretan yang amat baik dijadikan panduan dalam melayari penghidupan didunia ini.
October 21st, 2009 at 6:55 pm
Paling takut kalau bumi dan langit tak terima roh kita. Nauzubillah. yang paling penting bagaimana akhirnya kita. Mudah2an dalam husnul khatima.
October 22nd, 2009 at 2:43 am
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Post di atas menarik!
Satu perbandingan yang sungguh mudah dan bijaksana!
Moga ada banyak lagi cerita-cerita begitu di masa depan.
Saya percaya pembaca di sini hebat2 belaka. Pengunjung blog ini positif belaka.
Tentu ramai yang boleh menyumbang idea-idea yang meransang jiwa untuk terus tegar memburu impian (dunia & akhirat)
Jemput singgah ke blog saya bilamana ada kelapangan dan mohon tinggalkan komen di sana.InsyaAllah akan saya sebagai kawan baru “komuniti pemburu impian” pada update akan datang.
Jemputan ini di tujukan untuk tuan rumah khususnya dan seterusnya kepada semua pembaca blog ini.
Salam perkenalan dari saya. Moga kita boleh jadi kawan, insyaAllah kawan yang saling memberi manfaat.
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
October 23rd, 2009 at 10:14 am
Post yang menarik untuk kita selami dan renungi maksud disebaliknya.Sangat baik untuk kesedaran kita semua.
October 29th, 2009 at 3:49 pm
kadang2 letakkan diri kita stiap situasi meraka di tempat kita
agak2 kita suka orang buat macam itu….
so, kalau tak suka…..jangan buat
November 15th, 2009 at 11:12 pm
Satu email yg penuh HIKMAH tuan..
November 26th, 2009 at 3:34 pm
Syukran..semoga reneungan ini mencetus rasa keinsafan
December 16th, 2009 at 1:28 am
terima kasih, manusia ni mudah lupa… kena diingatkan selalu…
January 26th, 2010 at 8:49 pm
mudah2an aku bukan pinggan yg pecah tu..Nauzubillah