Salam Aidilfitri…
Umum September 19th, 2009Pantas sungguh masa berlalu. Tup! Tup! Dah nak raya… Yang seronok tentulah anak-anak. Bagi saya yang umur dah hampir 40 ni takdelah ghairah sangat rasanya.
Seiring dengan perjalanan masa, sememangnya kemeriahan beraya itu semakin luntur jika dibandingkan ketika saya muda belia dulu. Ya lah… dulu ramai pak dan mak saudara yang masih sihat dan cergas. Kini ramai yang dah tiada. Yang masih hidup pula amat uzur keadaan mereka.
Dulu seronok balik beraya ke kampung… maklumlah rumah kampung dan suasana kampung. Terasa sungguh suasana beraya pada masa tu. Tapi kini bila ramai bapa dan ibu saudara yang telah tiada, rumah2 kampung tersebut dibiarkan kosong tak berpenghuni lagi, malah ada yang telah rebah ke bumi! Yang tinggal hanyalah kenangan…
Bak kata orang, masa kita dah berlalu… kini masa untuk anak2 kita pula enjoy beraya dengan cara dan trend masakini pula.
Saya sekeluarga akan beraya di rumah mertua di Keramat AU4 dan seterusnya pula ke Rasah, Seremban untuk beraya bersama kedua orang tua dan adik-beradik saya. Pada raya ketiga, insyaallah kami akan ke Langkawi selama 4 hari… ubah anginlah pulak pada hari raya kali ini… sambil beraya sambil menghilangkan stress yang sering menyelubungi diri ini.
Dengan ini saya ambil kesempatan ini menyusun jari memohon ampun dan maaf atas sebarang keterlanjuran dan salah-silap saya kepada anda selama saya beronline ini. Saya juga mendoakan agar anda semua tiba ke destinasi dengan selamat dan bergembira berkumpul semula dengan sanak-saudara di kampung halaman masing-masing.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin….






September 19th, 2009 at 3:08 pm
Selamat hari raya bro. Maaf zahir dan batin.
September 19th, 2009 at 3:17 pm
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Betul tu bro, masa pantas sungguh berlalu. Dulu rasa seronok melihat pak dan mak saudara ketika mereka masih ada dan yang tua pula semakin uzur..iniliah prosesnya kitaran hidup. Terkenang pada mereka yang telah pergi buat selamanya, hanya kenangan yang terpaut di hati!
Semoga raya pada tahun ini membawa banyak makna dan nikmat, kebahagiaan untuk kita..AMIN
Sekali lagi selamat hari raya maaf zahir dan batin.
September 19th, 2009 at 3:36 pm
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Semoga selamat hendaknya perjalanan bro.
September 19th, 2009 at 3:38 pm
Saya sekadar mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri..maaf zahir batin
September 19th, 2009 at 3:40 pm
Selamat menyambut Aidilfitri bro.
September 19th, 2009 at 9:59 pm
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga dari saya sekeluarga,mohon maaf zahir dan batin.
September 20th, 2009 at 9:16 am
0 0 raya datang,nak makan kuih raya,setahun cakap 0,tahun ni kita beraya
September 20th, 2009 at 10:51 pm
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin, moga berbahagia di dunia dan di akhirat
September 22nd, 2009 at 10:38 am
Asm.Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapakan selamat hari raya, maaf dzahir dan bathin kepada saudara serta keluarga dan kawan 2 yang lain.Elok kalau kita adakan berjumpaan di Kuala Lumpur kalau ada sambutan. Walau bagaimana pun saya tidak ada di Malaysia mula daripada Sept 25 hingga 29. Mungkin selepas itu.
September 23rd, 2009 at 12:37 am
neway, Selamat hari raya Aidilfitri
ketika makan rendang n ketupat di sana
ingat2lah orang di sini
September 24th, 2009 at 2:07 pm
Salam Aidilfitri juga buat bro & famili. Maaf dipinta kalau ada terkasar bahasa semasa mengomen di sini. Salam bahagia di hari raya..
September 25th, 2009 at 12:59 am
makan roti dengan kaya, selamat hari raya….maaf zahir dan batin
September 28th, 2009 at 10:43 am
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. SUASANA HARI RAYA ANDA SAMA SEPERTI SAYA. TINGGAL KENANGAN.
September 29th, 2009 at 2:30 pm
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin
October 6th, 2009 at 7:58 am
salaam….
seminggu sebelum raya, kami dikejutkan dengan berita
kematian opah yg tersayang @ teluk bakong ,parit Perak
itulah satu@2nya opah yg tinggal sebelum 2 lagi opah yg
telah pergi ke rahmatullah…
semuga Roh nya dicucuri rahmat.. amin..
al-fatihah..
October 7th, 2009 at 2:22 pm
Slm Lebaran…….ampun dan maaf di pinta di hari yg mulia ini.
October 20th, 2009 at 2:43 pm
Selamat menyambut hari raya Maaf Zahir dan batin.