Al Fatihah….
Al Fatihah 27 Comments »Akhir-akhir ini, kehidupan saya banyak dikhabarkan dengan kematian. Berita kematian rakan dan saudara yang kita kenali dan sayangi tentunya mengundang duka.
Pada tahun ini sahaja, saya telah kehilangan beberapa orang rakan. Awal Julai lalu, bapa saudara sebelah isteri yang sangat saya segani pula kembali. Terkini… bapa mertua saya pula meninggal dunia secara mengejut pada malam 28 Julai lalu di rumahnya di AU4, Taman Keramat Tengah,Ulu Kelang.
Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai hubungan yang istimewa dengan arwah ayah mertua saya ini. Saya amat rapat dengan beliau. Walaupun beliau seorang yang ‘biasa-biasa’ sahaja (penjual nasi lemak) namun keperibadian beliau sebagai seorang insan amat tinggi dan luhur! Banyak yang saya pelajari darinya mengenai kehidupan.
Walaupun anak2 semuanya sudah dewasa, sudah bekerjaya dan berjaya dalam kehidupan, beliau tetap gigih berniaga nasi lemak. Sebabnya beliau tidak boleh duduk diam dan beliau amat meminati apa yang dilakukannya. Semuanya… ke pasar, memasak dan melayan pelanggan… semuanya dilakukan dengan penuh minat dan ikhlas. Maka tak hairanlah pelanggan beliau ramai dan bisnesnya amat maju. Walau hanya berjualan nasi lemak, pendapatannya lebih daripada pegawai tinggi kerajaan!
Istimewanya arwah… walaupun sibuk dengan bisnes tapi akhirat tidak pernah dilupakannya, malah diutamakan. Seingat saya sejak menjadi menantunya, arwah tidak pernah ponteng solat tahajud. Solat 5 waktu tidak pernah lalai malah zikir serta tasbih sentiasa mesra dibibirnya. Sedekah jariah kepada orang susah pula memang menjadi kebiasaannya.
Selain itu, tidak pernah saya sebagai menantunya mendengar apa2 yang buruk keluar daripada mulutnya, apatah lagi mengata atau mencaci orang lain. Saya kagum betapa arwah sering bersangka baik dengan sesiapapun. Read the rest of this entry »






Recent Comments