Perlukah pembantu rumah?
Masyarakat June 26th, 2009Heboh dalam media melaporkan mulai hari ini, kerajaan Indonesia mengarahkan pemberhentian penghantaran rakyatnya sebagai pembantu rumah ke Malaysia. Ini ekoran kononnya ramai warga mereka yang bekerja di sini menerima layanan buruk.
Kerajaan dan rakyat Indonesia ni memang emosional. Dia fikir kesan negatif ke atas rakyatnya sahaja. Bagaimana pula dengan kesusahan dan ketidakselesaan kita rakyat Malaysia akibat perlakuan negatif rakyat mereka?
Saya tak tahulah bagaimana reaksi anda… tetapi saya menerima berita ini dengan penuh syukur! Eloklah tu…jangan hantar lagi warga kamu ke sini. Sekarang ni pun dah terlalu ramai! Angka rasmi rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia ialah sekitar 1.5 juta orang. Itu yang sah dengan permit kerjanya. Yang haram?
Rasanya rakyat Indonesia yang ada di negara kita berjumlah lebih daripada 5 juta orang. Apa tidaknya, pergilah ke merata ceruk negara kita ni… pasti berjumpa dengan mereka. Saya mengembara ke hampir seluruh semenanjung sejak beberapa minggu lepas atas urusan bisnes, tak dinafikan kelibat warga Indonesia ada sahaja melintas di depan mata saya. Warga negara lain jangan cakaplah… Bangladesh, Myanmar, Vietnam, etc. Kat Sungai Petani pun saya terjumpa mamat Afrika!
Apapun saya tak salahkan mereka 100% kerana datang ke sini untuk cari rezeki. Kalau tiada permintaan, masakan mereka datang ke sini? Silapnya orang kita juga yang terlalu bergantung kepada warga Indon ini terutamanya sebagai pembantu rumah. Soalnya,perlu sangatkah ada pembantu rumah ni?
Saya sejak dahulu menentang idea mempunyai pembantu rumah. Maksud saya… saya tidak selesa jika ada orang lain yg tiada ikatan dan tali persaudaraan tinggal sebumbung dengan keluarga saya. Rasa tak selamat, was-was dan bimbang keselamatan tak dapat dibayangkan.
Cukuplah pengalaman buruk yang pernah dihadapi oleh saudara dan jiran-jiran saya sendiri. Tak perlulah saya ceritakan di sini… anda pun tentu maklum. Macam-macam hal dan cerita berkenaan pembantu rumah warga Indonesia ini. Yang hairannya, tak serik-serik pula mereka cari pembantu rumah yang baru!
Anak saya 4 orang… lasak-lasak semuanya. Kami suami isteri juga sibuk dengan tugas. Namun alhamdulillah semua kerja-kerja dan urusan rumahtangga kami uruskan sendiri. Okey je?
Nak bermain dengan anak-anak taklah segan. Nak ‘bergurau senda’ dengan isteri tak perlu sembunyi-sembunyi sebab tiada orang’asing’ dalam rumah kami. Nak pergi bercuti, tak perlu bawa pembantu… tak perlu sewa bilik tambahan. Nak ditinggalkan di rumah, hati tak senang… ntah apalah dia buat kat rumah kita tu. Akhirnya, nak bercuti pun tak senang hati!
Ada jiran saya ni… dia MC kerana tak sihat. Doktor suruh balik rumah dan tidur. Disebabkan rasa tak selesa tinggal berdua aje dgn pembantunya… dia minta tumpang berehat di rumah saya, takut fitnah katanya. Padahal bukan saya tak tahu isterinya cemburu, haha! Kan susah tu!
Rasanya dah sampai masa kita kena berubah dengan gunakan khidmat pembantu rumah tempatan. Tapi kenalah bersedia dengan kadar upah yang bersesuaian dengan kadar upah rakyat Malaysia. Inipun peluang bisnes juga ni!
Apa pandangan anda?






June 27th, 2009 at 12:17 pm
Salam saudara Tazilan,
Lain padang lain pula belalangnya. Lain orang lain pula ragamnya. Dalam hal pembantu rumah warga asing ini pandangan serta keperluan setiap kita berbeza.
Ada orang ok tanpa pembantu rumah, ada orang tak ok, ada isteri yang perlukan sampai 5 orang pembantu rumah warga asing di kediaman mereka.
Ada tu isteri tak mahu pembantu rumah, kerana takut si suami pula menggatal dengan warga asing yang cun2 di rumah mereka.
Ada tu si suami sayang sangat pada si isteri, sampaikan tidak membenarkan langsung si isteri bekerja samada berat atau ringan.
Ada tu pulak, isteri sangat bangga dengan pembantu rumah kerana boleh di tengking2 di depan para tetamu.
Ada juga anak2 yang terlalu manja dengan pembantu rumah dan tak boleh tidur lena tanpa pembantu rumah warga asing di sisi. Itu yang kena bawa jika pergi bercuti.
Saya ada anak 5. Saya malas nak menulis banyak tentang pembantu rumah ni. Cuma saya mungkin sependapat dengan saudara lalu sejak dahulu hingga sekarang saya tidak pernah sesaatpun mempunyai pembantu rumah samada warga tempatan dan jauh sekali warga asing…dan isteri saya masih bekerja hingga ke hari ini dari jam 6 pagi hingga 6 petang.
July 1st, 2009 at 10:51 pm
dah smpai ms untuk malaysia
menggunakan tenaga buruh daripaad negara sendiri
July 2nd, 2009 at 2:21 pm
Disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Macamana kalau Indonesia mengharamkan kesemua warganya termasuk burun binaan bekerja disini? Makin banyak benggali kapet tukar karier…
July 2nd, 2009 at 7:55 pm
salam saudaraku,
sya terima juga pendapat jokiden 2 masalah pembantu rumah ne..saya juga ada pengalaman dgn pembantu rumah ne,diaorg ne kan memang pandai dr segala segi mcm2 diaorg bleh buat kalau tak percaya anda bleh cuba dgn mereka..tapi yang membuat saya kurang selesa sikit dgn bangsa ne sb diorg ne pakar menipu..keluarga saya ada kenalan org indonesia dah lebih 30thn kite kenal dia,erti kata lain dah mcm adik beradik mkn sekali tidur di rumah saya akhirnye pasal nak cr peluang buat duit je mak saya menanggung malu dan susah…dia lari bawa duit org terus ke arab saudi dan skrg menetap di sana..duit 2 plak adalah duit untuk pembantu rumah yang mak saya nak hantar ke pelanggan2 dia..yang best nye pelanggan2 2 plak sedara mara saya kan terinaiya namanye.jd pada sesiapa nak ambik pembantu rumah 2 nasihat saya tak payah nanti kite pun dia bleh buat jadi laki dia..wlaupun kite kata tak pekara ne bleh terjadi sb saya ada sejarah ne…semua dtg ke malaysia ne bukan kosong semuanye ada ilmu 2 yang dia belajar baik atau jahat je sekali dia bg kite mkn kotor ehmmmmm…abis keje tak kemana anak isteri pun tak…. kemana…kalau di kampong pandan 2 dah jadi kampong bapak diaorg dah..
July 18th, 2009 at 12:06 am
Dulu dipanggil hamba sahaya tetapi sekarang dipanggil “pembantu rumah” , bagi saya pembantu rumah dikalangan orang asing tidak berapa syok , sebab aurat dan masalah cemburu dan masalah (yerlah dah berkeluarga , mungkin tiba2 wife x da kat umah, pastu amah lak cun lak , ish3) nafs* .
bagi saya better pembantu rumah di kalangan saudara mara , lebih selesa dan selamat contoh macam mak saya dulu pernah kerja dan tinggal bersama bapa saudaranya di bt caves , bantu bisnes jahit selama beberapa tahun. x masalah pon .
July 21st, 2009 at 11:36 am
tiap orang mungkin ada pengalaman berbeza. tapi mungkin saya satu antara seribu yang bernasib baik mendapat pembantu rumah yang sgt baik.. Semenjak ada pembantu rumah, barulah saya dapat menumpukan perhatian kepada perniagaan dan dalam masa yang sama bekerja dari 8-5.30ptg. Rezeki bertambah baik, rumah dan anak-anak juga terurus..
tentang komen isteri-isteri yang takut sekiranya suami terpikat pada pembantu rumah..mungkin ini risiko yang bakal terjadi.. tetapi, bagi saya isu suami terpikat pada perempuan lain ini terlalu luas skopnya.. kalau kita tengok diluar sana ramai juga suami yang terpikat pada perempuan lain dan kebanyakkan pun bukan dgn pembantu rumah.. so, kalau nak sangkut tu.. bukan tunggu ada pembantu rumah..kat luar lagi banyak pengaruhnya.. jadi, baik buruk pengalaman hidup kita telah ditentukan olehNya.
August 3rd, 2009 at 2:28 pm
Saya cukup terpanggil dengan bicara mengenai pembantu rumah kali ini.
bagi saya, pembantu rumah sebenarnya tidak perlu. Ini kerana sebagai seorang yang bekerja seperti saya dan mempunyai ramai anak, cuba berkorban sikit untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik2nya.
Sebagai contoh, anak ramai, korban la sedikit dengan menghantar anak2 ke nusery.
Mungkin lagi banyak masalah yang boleh diselesaikan dengan tidak perlu mengambil pembantu rumah. Ni nak bagi peluang pula kat kawan2 bagi pendapat, :).
August 25th, 2009 at 1:38 pm
saya sedang mengkaji isu pembantu rumah utk pertandingan forum yg bakal tiba,walaupun saya tiada pengalaman tapi apa yg boleh dirumuskan ialah amah adalah skop yg luas,semua terpulang pada kita samada utk menggaji mereka atau sebaliknya,kadang2 yg dipercayai itulah yg menipu kita.pilihan di tgn kita,gunakan dgn bijak.
December 19th, 2009 at 7:51 pm
Salam,
senang ja isu di atas nikah diam2 dgan amah , dah bebas, bila tamat tempoh cerai , jgn buat anak , elak zinah , setiap kali senggama dpt pahala, bini tau dpt bala , pandai buat pandai simpan . yg penting tak dosa bahkan berpahala , apa macam ?