Apabila Asyik Berpolitik…
Uncategorized April 20th, 2009Salam kepada semua. Sudah sebulan saya tak berupaya update blog ini. Bagi yang tidak mengetahui, saya bukanlah IM sepenuh masa. Ada perniagaan teras yang memerlukan komitmen sepenuh masa. Sukar saya nak tumpukan kepada blog ini, lebih-lebih lagiĀ apabila salah satu divisyen perniagaan saya menghadapi kesukaran.
Krisis politik di Thailand terutamanya di kota Bangkok benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mental saya. Apa tidaknya… rusuhan, pergaduhan, kekacauan dan pengisytiharan darurat telah mengganggu kelancaran perniagaan saya. Rugi jangan cakaplah!
Bagi saya, Thailand telah hilang kredibiliti sebagai tempat pelaburan yang baik. Tindakan melampau perusuh sehingga gagalnya sidang pemimpin Asean baru-baru ini telah meletakkan Thailand dalam senarai negara yang patut dijauhi. Saya sendiri sedang berusaha memindahkan semula divisyen perniagaan saya di Bangkok kembali ke Malaysia
Inilah akibatnya apabila pemimpin dan rakyat asyik taksub berpolitik sehingga pembangunan ekonomi terabai. Parti pemerintah tidak mampu mentadbir memperbaiki kehidupan rakyat apabila asyik menangani kerenah parti lawan. Asyik berpolitik, bila masanya nak bangunkan negara? Akhirnya… semua orang susah, semua rugi.
Rakyat dan pemimpin Malaysia mesti mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Thailand. Cukup-cukuplah tu berpolitik!






April 20th, 2009 at 9:00 am
Ni yang ramai tak nampak. ini kerana jika ada satu kesilapan yg dibuat spt pergaduhan atau rusuhan, ianya memakan masa bertahun2 untuk membina balik keyakinan, suasana stabil dan membangunkan negara. 1 projek pembangunan pula memakan masa bertahun pula untuk beri manfaat pada negara. jadi, kalu macam ni, kita akan rugi banyak-banayk-banyak masa (bimbang masa depan anak2 cucu).
April 20th, 2009 at 9:40 am
Kalau kes kat thailand memang la teruk sangat keadaannya….tapi tak kurang jugak di negara kita….pilihanraya kecil je tak abis2….banyak duit rakyat telah dihabiskan…..
April 20th, 2009 at 9:51 am
Pilihan raya kat mane2 pun sama, cuma caranye saja berbeza. Apapun, yang pentingnya semua orang selamat, tanpa ada rusuhan.
April 20th, 2009 at 5:14 pm
Patut dijadikan ikhtibar apa yang berlaku di Thailand tu walaupun senario politiknya berbeza. Kita pula asyik bertelagah sesama sendiri akhirnya yang rugi kita sendiri. Orang lain terus memantapkan kedudukan mereka…
April 21st, 2009 at 3:09 pm
memang betul…tumpukanlah kepada ekonomi, kerana ekonomilah yang boleh memporak-perandakan sesebuah negara…ada negara yang kucar-kacir bermula dengan politik dan ada yang kucar -kacir bermula dengan ekonomi
April 23rd, 2009 at 5:03 pm
Thanks bro dlm sibuk sibuk sempat gak update blog. Saya doakan perniagaan bro bertambah sukses. Ada hikmahnya bro terpaksa berpindah operasi kembali ke Malaysia. Kata orang hujan batu di negeri sendiri lagu bagus drpd hujan peluru di tempat org kan?
May 31st, 2009 at 10:00 am
salam.saya setuju dengan komen ‘jawab survey duit masyukkk’ tu.semoga sukses perniagaan brader bila balik semula ke malaysia.
p/s=apa maksud tagline ‘jawab survey duit masukkk’ tu.boleh bagitau?