Kisah Peniaga Yang Licik!
Jenaka & komedi, Keusahawanan, Inspirasi April 22nd, 2009Kali ini saya ingin kongsikan satu cerita. Bacalah!
Tong seorang penyelia di sebuah kilang. Suatu hari, Tong diminta oleh taukenya supaya mencari kontraktor untuk membina pagar di sekililing kilang mereka. Esoknya, tiga kontraktor iaitu Lim, Tony dan Ronnie datang. Setelah diberi taklimat oleh Tong tentang apa yang dikehendaki oleh taukenya lantas Lim dan Tony mengukur kawasan pagar yang ingin dibina dan mengira dengan kalkulator. Tapi Ronnie cuma duduk dibawah pokok sambil menghisap rokok. Setengah jam kemudian, ketiga-tiga mereka datang menemui Tong.
Lim: Encik Tong, kosnya murah, RM900 sahaja. RM400 untuk beli barang, RM400 untuk bayar gaji pekerja dan RM100 untuk saya.
Tony: Mahal tu! Saya boleh buat dengan kos RM700 sahaja. Rm300 untuk beli barang, Rm300 untuk pekerja dan RM100 untuk saya.
Ronnie: Kalau saya, RM2,700.
Tong: Hui! Mahalnya! Saya lihat kamu tak ukur langsung kawasan kilang ni tapi senang-senang saja nak kenakan kos mahal!
Ronnie menarik Tong ke tepi dan berbisik, “RM1000 untuk saya, RM1000 untuk awak dan lepas tu kita bayar Tony untuk buat pagar. Amacam?”
Tong: Setuju!!
Apa moral cerita ini? Dalam bisnes kenalah bijak… siapa yang bijak, dialah yang akan mendahului. Ronnie mempunyai kebijaksanaan dan licik sebagai usahawan tetapi apakah ia bermoral? Bagaimana pula pakatannya dengan Tong, penyelia kilang tersebut. Adakah ianya dikira rasuah?
Apa pula pendapat anda?
p/s: Jauhilah rasuah… ia memusnahkan ummah!






April 22nd, 2009 at 9:44 am
Untuk cerita kat atas tu, saya berpendapat bahawa sesiapa yang bijak menggunakan akal, dia pasti berjaya. Jika diperhatikan secara logik, Ronnie seorang yang bijak berbanding yang lain kerana pandai menggunakan wang dengan bijak. Keuntungan yang diperolehi membayangkan dia seorang yang pandai dalam mengagihkan wang tersebut.
April 22nd, 2009 at 9:46 am
mmg sgt licik~!
April 22nd, 2009 at 7:25 pm
jika nak jadi peniaga atau usahawan yang berjaya….kena belajar untuk mengambil peluang yang tersembunyi dalam sesuatu situasi yang berlaku…..
April 23rd, 2009 at 10:14 am
Otak rasuah. Klu tong stuju maka die x berintegriti. Andai ramai pekerja mcm ni.. negara hancur.
April 23rd, 2009 at 4:50 pm
Saya pun sependapat dengan Yakub. Tp kalo Tony sayang kan tempat dia mencari rezeki untk jngka mse yg pnjng tntu dia tau siapa yg lebih layak.
April 23rd, 2009 at 5:08 pm
huhuhu… kepada usahawan yang beragama Islam, jauhilah perniagaan seperti ini. Biarlah tak kaya kat dunia pon takpe… aku dan keluarga makan ikan bilis jer tiap2 hari pon takpe asalkan ianya halal.
April 24th, 2009 at 11:06 am
pandai cari makan lebih nampak… tapi cara tak betul. nak keuntungan lebih sokmo. bagi yang muslim, ingat lah,haram cara ni. hancur la negara kalo semua macam ni… harap2 kes rasuah dalam kerajaan dapat dicegah dari awal. didik lah dari hati. iman d hati inchaAllah selamat semua…
April 25th, 2009 at 10:51 pm
sebenarnya pekara ni dah lama berlaku n dah mcm jd 1 trend kat malaysia ni mana x nya dari universiti dah wat keje mcm tu..buat kertas keje nak wat project pastu claim dengan harga yang bukan2..makan untuk sorang harga RM3.00 sj tp cliam untuk sorang RM5.00.Dah makan duit haram 2.00 dah tp selalunya projec bukan 1 sj..paling ckit 30org..cuba la kira tngk brapa untung..itu baru ikan bilis..bila dah keluar universiti dah dapat pangkat besar baru la dapat ikan besar….x ada duit buat project pastu cliam yang bukan2..nak wat project tambah stor lah..1 batu bata ambil harga yang paling mahal 90sen.tp yang guna untuk buat stor tu yang paling murah 30sen.untung 60sen.buat stor guna 1 batu bata saja ka?yang jadi kes bumbung roboh kat putra jaya mungkin sebab mcm ni jugak kot…bukan berpolitik hanya menyatakan pendapat..
poolcyber89.blogspot.com
April 25th, 2009 at 10:58 pm
klu perkara mcm ni terus berlarutan yang untung org bukan islam…sbb mereka x ada masalah untuk buat mcm tu..kluar tender, orng yang akan dapat tender org yang ada hulur. klu islam yang buat mcm ni dy untung d dunia tetapi rugi d akirat.klu cina apa peduli dia halal haram.
April 30th, 2009 at 5:18 pm
Apa guna cepat kaya kalau duit tu HARAM. Kalau nak kaya pun, biarla dengan cara yang betul. Ramai orang jadi kaya raya tanpa hulur rasuah sesen pun. Contohila mereka ni.. Nak kaya, mesti ada USAHA.