Kisah Peniaga Yang Licik!

Jenaka & komedi, Keusahawanan, Inspirasi 10 Comments »

Kali ini saya ingin kongsikan satu cerita. Bacalah!

Tong seorang penyelia di sebuah kilang. Suatu hari, Tong diminta oleh taukenya supaya mencari kontraktor untuk membina pagar di sekililing kilang mereka. Esoknya, tiga kontraktor iaitu Lim, Tony dan Ronnie datang. Setelah diberi taklimat oleh Tong tentang apa yang dikehendaki oleh taukenya lantas Lim dan Tony mengukur kawasan pagar yang ingin dibina dan mengira dengan kalkulator. Tapi Ronnie cuma duduk dibawah pokok sambil menghisap rokok. Setengah jam kemudian, ketiga-tiga mereka datang menemui Tong.

Lim: Encik Tong, kosnya murah, RM900 sahaja. RM400 untuk beli barang, RM400 untuk bayar gaji pekerja dan RM100 untuk saya.

Tony: Mahal tu! Saya boleh buat dengan kos RM700 sahaja. Rm300 untuk beli barang, Rm300 untuk pekerja dan RM100 untuk saya.

Ronnie: Kalau saya, RM2,700.

Tong: Hui! Mahalnya! Saya lihat kamu tak ukur langsung kawasan kilang ni tapi senang-senang saja nak kenakan kos mahal!

Ronnie menarik Tong ke tepi dan berbisik, “RM1000 untuk saya, RM1000 untuk awak dan lepas tu kita bayar Tony untuk buat pagar. Amacam?”

Tong: Setuju!!

Apa moral cerita ini? Dalam bisnes kenalah bijak… siapa yang bijak, dialah yang akan mendahului. Ronnie mempunyai kebijaksanaan dan licik sebagai usahawan tetapi apakah ia bermoral? Bagaimana pula pakatannya dengan Tong, penyelia kilang tersebut. Adakah ianya dikira rasuah?

Apa pula pendapat anda?

p/s: Jauhilah rasuah… ia memusnahkan ummah!

Apabila Asyik Berpolitik…

Uncategorized 7 Comments »

Salam kepada semua. Sudah sebulan saya tak berupaya update blog ini. Bagi yang tidak mengetahui, saya bukanlah IM sepenuh masa. Ada perniagaan teras yang memerlukan komitmen sepenuh masa. Sukar saya nak tumpukan kepada blog ini, lebih-lebih lagiĀ  apabila salah satu divisyen perniagaan saya menghadapi kesukaran.

Krisis politik di Thailand terutamanya di kota Bangkok benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mental saya. Apa tidaknya… rusuhan, pergaduhan, kekacauan dan pengisytiharan darurat telah mengganggu kelancaran perniagaan saya. Rugi jangan cakaplah!

Bagi saya, Thailand telah hilang kredibiliti sebagai tempat pelaburan yang baik. Tindakan melampau perusuh sehingga gagalnya sidang pemimpin Asean baru-baru ini telah meletakkan Thailand dalam senarai negara yang patut dijauhi. Saya sendiri sedang berusaha memindahkan semula divisyen perniagaan saya di Bangkok kembali ke Malaysia

Inilah akibatnya apabila pemimpin dan rakyat asyik taksub berpolitik sehingga pembangunan ekonomi terabai. Parti pemerintah tidak mampu mentadbir memperbaiki kehidupan rakyat apabila asyik menangani kerenah parti lawan. Asyik berpolitik, bila masanya nak bangunkan negara? Akhirnya… semua orang susah, semua rugi.

Rakyat dan pemimpin Malaysia mesti mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Thailand. Cukup-cukuplah tu berpolitik!

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login