Lembu Vs Katak
Renungan, Masyarakat February 3rd, 2009Perayaan Tahun Baru Cina masih lagi berlangsung dan mengikut perkiraan masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun lembu.
Haiwan lembu ini memang istimewa dalam masyarakat Cina di mana ia dilihat mempunyai sifat-sifat mulia seperti sabar menghadapi cabaran, setia kepada keluarga/majikan/tuannya, gigih menjalankan tanggungjawabnya, kuat bekerja dan sebagainya.
Kebetulan dunia ketika ini sedang mengalami krisis ekonomi yang amat membimbangkan. Maka kedatangan tahun lembu diharap memberi inspirasi kepada semua orang agar bersabar, berjimat-cermat dan meningkatkan usaha demi kesejahteraan keluarga dalam mengharungi kemelut ekonomi ini. Itulah yang diberitahu kepada saya mengenai tahun lembu oleh seorang rakan berbangsa Cina.
Namun nampaknya permulaan tahun 2009 ini ikon lembu ini lebih dibayangi oleh katak… sejenis haiwan amfibia (dua alam) yang salah satu sifat eksklusifnya ialah melompat!
Apa tidaknya… senario politik tempatan kini dicemari fenomena lompat-melompat parti.
Tidak kiralah lompat ke BN ataupun ke Pakatan Rakyat, perbuatan melompat parti ini bagi saya amat tidak bermoral dan langsung tidak beretika. Walaupun tiada undang-undang khusus mengenainya, bagi saya ia tetap salah kerana ia mengkhianati pengundi dan keputusan pilihanraya yang sah.
Tak keterlaluan kalau saya katakan politik di Malaysia hari ini tak ubah seperti jenis politik yang dapat kita lihat dalam filem-filem Tamil. Haru-biru dan caca-merba!
Demi keadilan, saya berpendapat jika seseorang ADUN atau ahli parlimen tidak lagi berkeyakinan kepada parti politik yang dianggotainya atas apa-apa sebab sekalipun, maka hendaklah beliau letak jawatan dan seterusnya diadakan pilihanraya kecil. Biar rakyat yang memilih dan menjadi hakimnya!






February 8th, 2009 at 10:55 pm
sy amat bersetuju dgn apa yg saudara perkatakan. ada sedikit yg ingin sy tambah- pada pendapat sy seorang atau berorang ia bolehlah dianggap pengkhianat kpd penundi yg telah menundi beliau. spt juga dlm peperangan siapa yg lari drp medan perang sepatutnya di………. (tinggal nama je le!) apa pun kita perlu tahu antara kafirun dan munafikun. yg PASTI ADALAH KAFIRUN DAN YG TERSELINDUNG (menginkari janji) ADALAH MUNAFIKUN. sebagai pengajaran kepada kita semua berhati hatilah. kenali kawan dan juga lawan!!!!!!!
February 12th, 2009 at 9:15 pm
ya… lompat parti ini adalah sikap YB yang tak ada harga diri. Buat apa lompat parti.
April 20th, 2009 at 10:07 am
Assalammu’alaikum, Sy kalau nak kira mcm x minat crite sal politik esp. politik dlm M’sia ni…kan ape dr berita akhbar perdana juga tabloid yang ada kat pasaran termasuklah lidah parti2 yg ada, crite lain takde kutuk org sana sini…leh kata 99% org melayu bantai melayu, melayu bodohkan melayu…munafik sana munafik sini… dah bodoh sgt kot org melayu..kekadang sy naik bosan…itu lom melayu yang tak sedar diri dah cukup umur tp tk daftar mgundi…ni lah org melayu…tu la rupanya bila hari-hari tua muda, kecik besar minda di sumbat dgn hiburan - tak habis-habis -jom hebohlah, AF lah, OIAM lah,anugerah itu lah - inilah. Yng sedih tu yg ‘gila’ tu 99% melayu - islam, tk pikir ke yg untung tu sape… Pikir punye pikir drp aku jd rugi dan gila mcm dia org tu kan lagi baik aku join ‘Tazilan Kiyosaki’ dan kekawan, tak yah lah kita pk sal parti BN ke PR ke Katak ke, wat parti perek lg bagus…at least pun dpt gak ilmu berniaga..jumpe lg
April 23rd, 2009 at 5:17 pm
Saya pun jenis yg lompat parti gak. Tp bukan parti politik. Parti Tupperware jer
May 20th, 2009 at 7:44 pm
Hal lompat parti ni amalan orang yang tak berpendirian teguh dan pentingkan diri sendiri kerana tdk fikir orang yg telah mengundi dia dan partinya. itulah sebab saya tidak mengundi mana - mana parti kerana saya tahu semua ahli politik tu sama je, cari keuntungan dan kekayaan masing - masing.