Strategi Pemasaran Peniaga Roti…
Perniagaan, Idea Bisnes February 19th, 2009Dalam bisnes, strategi pemasaran amat penting. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi persaingan, strategi pemasaran yang betul akan membawa perniagaan kita lebih terkehadapan (betul ke perkataan ni?) berbanding dengan pesaing lain. Apatah lagi dalam suasana ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, strategi pemasaran akan memberi impak samada bisnes kita itu akan kekal kukuh ataupun sebaliknya.
Saya tertarik dengan strategi pemasaran yang dilakukan oleh seorang peniaga roti ini. Saya tak tahu namanya dan nama syarikatnya tetapi beliau dikenali dengan nama timangan ‘abang roti sedap’. Kisah inipun datangnya dari isteri saya yang merupakan pelanggan tetap beliau. Yang pasti beliau menghasilkan rotinya sendiri dan memasarkannya sendiri. Inilah yang saya nak ceritakan…
Saya difahamkan, selain mempunyai kedai rotinya sendiri, abang Roti Sedap ni selalu sewa tapak gerai di ruangan lobi di bangunan-bangunan pejabat korporat dan juga kerajaan. Antara yang saya tahu ialah di Dataran Maybank, Plaza Pantai dan Menara TM. Lokasi lain saya tak pasti pula tetapi tentu ada.
Jadi di situlah beliau memasarkan roti buatannya. Adatlah, kalau dah sedap tentu orang cari lagi. Masalahnya, tapak sewa gerai itu bukannya selalu ada… mungkin 2-3 hari dalam sebulan. Jadi bagi mengatasi masalah ini, abang Roti Sedap ini ambil nombor telefon semua pelanggannya, termasuklah isteri saya yang bertugas di Menara TM!
Dengan senarai nombor telefon pelanggan yang banyak ini, mudahlah abang Roti Sedap ini hantar SMS kepada mereka agar buat tempahan roti mereka. Begini kandungan SMS yang isteri saya terima…
“Aslkm! Roti Sedap akn di hntr ke Mnr TM, P. Pntai, Dtr Mybnk, Mnr Mybnk pd KHAMIS 12.02.09 pkl 10 pg. Psns blh dibuat mllui sms slwt-lwtnya SELASA pkl 10.30pm. Nytakn nama anda, jns roti (R. biasa, R. nestum, r. cheese, r. bluberi - RM3 satu), r. kek RM3.50, r. hotdog r.kismis (3 utk RM5.00). Tksih”.
Pada hari yang ditetapkan, beliau akan tiba di lokasi berkenaan dengan van yang sarat dengan roti tempahan pelanggannya. Biasanya beliau akan bawa stok lebih kerana selalu terjadi pelanggan bawa rakan-rakan mereka bersama ketika mengambil roti tempahan mereka itu. Bertambah lagi pelanggan abang Roti Sedap ni!
Itulah habuan dan faedahnyanya jika menggunakan akal. Taktik atau strategi pemasaran abang Roti Sedap ni mudah sahaja tetapi berkesan! Manfaatkan teknologi yang ada. Selepas SMS, mungkin abang ni boleh gunakan email pula selepas ini…
Tahniahlah abang Roti Sedap!






February 20th, 2009 at 1:16 am
salam
Sangat menarik strategi yang abg roti ni buat. tidak boleh dielakkan teknik pemasaran yang tepat menjana jualan yang memberansangkan!.
Satu strategi yang baik, krn;
1.inform terlebih dulu pesanan yang dikehendaki oeh pelanggan tetap
2. Tidak keluar kos sewa premis pun…great!
3. Masa yang tepat dan tidak wujud karenah pengguna yang cerewet…(pelanggan ambik pesanan dan pergi)
4. “abg roti” jgn lupa, buat “plus selling”, spt jual minuman tin @ sebagainya.
5. “teknik referral” yang berkesan!…
6. tumpuan hanya satu-satu tempat pada satu hari, perjalanan berjadual, dpt kurang kos. dan yg penting, “klu hari-hari” jual pada tempat yg sama, org jemu bang oi!…
ok…just pendapat dan pandangan…
terima kasih
amen
http://blog.onlinebizathome.net
February 20th, 2009 at 3:16 am
Wah. Jenama sedap tu yang viral tu. Huhu. Tapi SMS dalam kes ini, kesannya lebih baik dari emel, sebab promosinya harus secara langsung. Tak ramai yang bukak emel sepanjang masa.
February 20th, 2009 at 3:07 pm
Memang bagus cara mendapatkan pelanggan ..tapi kalu yg ordernya sorang je..jenuh..produk harga Rm3 tapi kos pengangkutan..kena ada minimum order
February 20th, 2009 at 3:09 pm
lagi satu abg roti boleh pasang kaki..bagilah komisyen 20 sen sebungkus
http://sideincomeibu.blogspot.com/
February 21st, 2009 at 11:26 am
Menarik cara pemasarannya. Seperti orang rumah saya yang membuat rawatan muka. Kalau kedai rawatan muka membuat promosi mereka akan hantar SMS untuk memberi tahu pada pelanggan bila boleh datang ke kedai dan dapat diskaun.
February 22nd, 2009 at 4:03 pm
bagus pemasarannya.
tp ada yg menggunakan teknik ini menghantarkan link web lucah pula..dari mana dia dapat no fon sy pun tak tahu ler..
February 22nd, 2009 at 9:28 pm
Bijak dan pandai menggunakan ruang dan peluang..
February 23rd, 2009 at 1:12 am
Salam,
Syabas saya ucapkan kepada ‘abang roti sedap’ kerana SIFAT BERANI beliau untuk merealisasikan idea pemasaran yang kreatif tersebut.
Saya lebih kagum SIFAT BERANI beliau dari idea kreatif tersebut kerana saya percaya ramai dikalangan kita yang memiliki idea kreatif yang tersendiri yang masih bersarang didalam kepala.
Tapi sayang masih ramai lagi yang tidak memiliki sifat berani untuk menzahirkan idea tersebut seperti mana ‘abang roti sedap’ yang berani menzahirkan idea beliau.Semuanya lantaran tiadanya sifat KEYAKINAN DIRI.
Semaikanlah KEYAKINAN DIRI seperti mana kita menyemai bijian.Nescaya akan tumbuh pohon KEBERANIAN dimana pada suatu hari nanti kita pasti akan memetik buah KEJAYAAN. Beranilah bertindak!Bukan esok tapi sekarang.
“Terlalu ramai diantara kita yang membina kemahiran diri, kecuali KEMAHIRAN MENGGUNAKAN SEGALA KEMAHIRAN : Keyakinan diri!”
February 23rd, 2009 at 12:41 pm
mcm2 cara ye cara stratigi pemasaran ni..
paklang aku ada wat dodol…dah dekat 12thn dah tp sekarang bru nak berkembang…so aku pun tolong2 la apa yg ter mampu..jadi nak tumpang iklan la kat sini sikit ye:
DODOL MUSATAQIM
-PENGEDAR DIPERLUKAN DI SELURUH NEGERI
-MARGIN KEUNTUNGAN SEHINGGA 38%
-PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA
-DIJAMIN TIADA KERUGIAN KERANA SISTEM PERNIAGAAN 2 HALA
-TERDAPAT PELBAGAI BENTUK BUNGKUSAN UNTUK BESAR MAHUPUN YANG KECIL
-SESUAI UNTUK DIJADIKAN HANTARAN ATAU PENGGANTI BUNGA TELUR
-BENTUK BUNGKUSAN DARI PERMIANTAAN PELANGGAN JUGA BOLEH DIGUNA PAKAI
-UNTUK KETERANGGAN LANJUT SILA HUBUNGI
ROSLIN : 019 - 4431656
SHIDAH : 019 - 4482011
……………..
mmg sedap dodol paklang aku ni..x campur minyak langsung
guna santan…mmg mementingkan kualiti.
March 5th, 2009 at 9:44 am
Assalammualaikum dan salam ceria Tazilan,
Bila Abang Roti Sedap ni nak buat cawangan kat Negeri Sembilan pulak…
Senyum dan ceria selalu..
firadila
http://firadilamotivasi.blogspot.com
March 5th, 2009 at 9:45 am
Assalammualikum dan salam ceria Tazilan,
Bila Abang Roti Sedap ni nak buka cawangan kat Negeri Sembilan pulak..
Senyum dan ceria selalu..
firadila
March 9th, 2009 at 12:45 am
urm, mmg bgus strategi pemasaran abg roti sedap nih..walaupun simple je teknik tu, tp ramai yg x terfikir kan3..akhir kata majulah ‘abg roti sedap’ untuk negara..hehe..ish,kalaulah abg ni jual online lg bagus kan..saya musti pilihh..(eh, mcm iklan bank rakyat la pulak
March 12th, 2009 at 12:59 am
melihat gambar roti di atas, rasanya mcm pnah tgk..tp di mana ye? klu memang itulah Abg roti sedap..pergh!! memang sedap dan laris!!!byangkan sesiapa yg lunch selepas pukul satu tpaksa bkejaran tkut x dapat dan..jgn hairan klu ada yg keluar ofis jap nak bli roti awal..hehe..Syabas Abg roti sedap.hehe
March 19th, 2009 at 8:17 am
Salam semua,
Satu motivasi yang baik bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Kita kena berfikiran positif seperti abang roti sedap.
Syabas!
Nojie’s Chocolate
http://www.nojiesconcepts.com
March 19th, 2009 at 2:01 pm
Askm.Tahniah kpd Abang Roti Sedap krn berjaya menjual roti secara terus kpd pelanggan. Ini menunjukkan orang kita sudah tidak segan dan malu berniaga roti. Pengalaman saya jika kita orang Melayu beritahu kpd rakan2 atau saudara mara berniaga roti, memang menjadi bahan ketawa. Sebab berniaga tu tak glamour. Boleh saya dapatkan no. telefonnya, sbb saya adalah pembekal roti arab utama di Lembah Kelang. Bolehlah abang roti sedap menambah produk untuk dijual. Sesiapa yg ingin berniaga atau menjadi agen roti arab, bolehlah hubungi saya di 019 2467285. T.kasih.
March 26th, 2009 at 5:54 am
huyoo..
makin sibukla abang roti sedap melayan pelanggan, sibuk tapi masyuk. bagus2
May 30th, 2009 at 7:57 pm
memang pandailah “abang roti sedap” tu….
May 31st, 2009 at 5:13 pm
saya ingin menjadi pembekal roti arab …can anyone supply me ?
September 2nd, 2009 at 7:51 pm
mana nak cari pembekal roti sedap nih?nak jual kat bazar ramadhan…pm aku kat nurulain_24@yahoo.co atau 019-3961979