Saya Diberhentikan….
Umum January 21st, 2009Saya diberhentikan kerja? Taklah… syukurlah saya adalah majikan kepada diri sendiri. Selagi ada kudrat dan akal fikiran, insyaallah saya akan terus mencari rezeki atas usaha sendiri.
Cuma saya agak terpempan apabila membaca laporan akhbar melaporkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengatakan seramai 200,000 orang pekerja bakal kehilangan pekerjaan mereka berikutan merudumnya ekonomi dunia.
Turut dilaporkan, sebahagian besar daripada para pekerja terlibat adalah dari sektor yang paling teruk terjejas iaitu industri komponen elektronik dan elektrikal. Maknanya ramai rakan-rakan kita yang selama ini mencari rezeki bekerja di kilang-kilang berasaskan elektikal dan elektronik akan kehilangan sumber mata pencarian.
Saya terfikir… kalaulah kita yang berada dalam keadaan mereka, apakah yang akan kita lakukan demi meneruskan kehidupan dan menyara keluarga? Bukan senang nak cari kerja baru. Nak bisnes, modal pulak takde…
Bayangkan anda yang berada di tempat mereka… apakah agaknya tindakan anda?
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen anda. Mana tahu… komen, cadangan atau buah fikiran anda itu boleh membantu atau memberi inspirasi kepada rakan-rakan kita yang tak bernasib baik.
Terima kasih.






January 21st, 2009 at 12:55 pm
bagi pendapat saya meniaga secara kecil-kecilan…
sila ke www.usahawan.myportal.my
January 21st, 2009 at 3:53 pm
Bestnya jadi bos sendiri. Nak pacat diri sendiri pun boleh.
January 21st, 2009 at 11:30 pm
Betol la.. Apa pun semoga kita yg bekerja terus membuat biz. Dan berkongsi peluang pekerjaan kepada mereka..
January 22nd, 2009 at 11:36 am
Assalammualaikum dan salam ceria tazilan,
firadila pernah mengalami diberhentikan kerja 24 jam. pengalaman firadila tu ada firadila ceritakan di http://firadilamotivasi.blogspot.com…
Senyum dan ceria selalu
January 23rd, 2009 at 9:42 am
Abg sy salah seorang yg akan diberhentikan kerana kilang Panasonic akan menutup semua plant di Malaysia. Jadi kami mungkin akan membincangkan perkara ini secara serius bersama ahli keluarga yg lain utk membantu dia.
January 23rd, 2009 at 11:02 am
Cari kerja halal walaupun tak glamour.
Mohon permit sementara pasar malam atau warung kecil.
Cari pembekal dan jual seperti jambu batu, air jambu, jus ambra, (musim panas dah mai dah) cucur kodok, sandwich tepi jalan terutama kat jalan jem, ambil upah bayar bil dari rumah (terutama kalau komuniti besar seperti duduk di flat atau taman), jaga anak orang, servis terima order, kemudian beli dan hantar makanan kat orang sibuk di office; cuci kereta bergerak dan lap lantai supermarket secara bergerak; khidmat mengurut bergerak, khidmat gunting rambut dan kilat/repair kasut bergerak dan sebagainya
Beli plastik beg tanaman, beli benih berkualiti, semai dan jaga selama 1 bulan dan jual anak pokok.
Ceburi bidang akuakultur, pertanian dan penternakan seperti penternakan belut, ikan sepat, ikan kelah, mempelam mas madu, penternakan arnab, ayam mutiara, ayam selasih, tanaman jambu batu tanpa biji, cili, ambra. buah naga dan sebagainya.
Sebenarnya, banyak kerja yang kita boleh usahakan cuma nak dengan tak nak aja. Yang penting adalah FOKUS.
January 25th, 2009 at 9:09 am
Salam kpd en.Badruzamani.camane nak kontek?aku duk kat gombak gak bt 8.berminat nak tau psl ternak arnab leh?
January 28th, 2009 at 1:47 pm
sebolehnya kita yang masih ada kerja ni, jangan mengharap kan sumber pendapatan daripada pekerjaan makan gaji 100%. Kita memang tak boleh duga apa yang akan berlaku di masa akan datang. Jangan terlalu selesa. Sebolehnya generate la sumber pendapatan dari sumber2 yang lain. Anda masih boleh teruskan kerja dan dalam masa ada pendapatan yang lain. Sebagai contoh, penyewaan rumah, pelaburan dalam perniagaan. Berusahalah selagi kita ada kudrat. Jangan sampai terlambat..tiada guna lagi..
January 30th, 2009 at 5:22 am
Salam,
Bagi saya bagus jugak rakyat Malaysia ramai diberhentikan kerja.Apabila kita diberhentikan kerja secara automatik kita dalam keadaan tekanan.
Dan bila kita dalam tekanan, keadaan tersebut (tekanan) akan merangsang minda kita untuk lebih berusaha mencari jalan mendapatkan sumber pendapatan yang lain.Dan yang pastinya,dunia bisnes yang sebelum ini kurang diminati pasti menjadi pilihan.
Tapi apa yang penting di sini ialah tekanan yang terkawal. Maksudnya tekanan yang akan ‘menggerakkan’ kita untuk mula bertindak. Bukan tekanan yang ‘menekan’ mematikan kita.
Tekanan itu perlu dalam kehidupan. Kalau tiada tekanan pasti kita masih lena…-pandangan dari satu sisi
February 19th, 2009 at 1:06 pm
sya baru abis study…nk cari keje pon susah…tp nsb baik sya dah ada company sendiri…alhamulilah…itupun fmily biznez…disebabkan ekonomi negara jatoh merudum, sya adlah slh seorang peniaga yg trasa peritnye…hrp2 isu ini dpt diselesaikan dgn cpt..kpd smua rakyat m’sia hrp bsbar dan berjimat cermat…igtla “bukan senang nk jadi senang, dan bkn susah nk jdi susah”…
March 8th, 2009 at 11:58 am
Ya..saya sokong pendapat syiqah & badruzamani tu.. sebenarnya banyak kerja yg boleh dibuat. Yang penting ada kemahuan, rajin & tak malu…asalkan halal.Tengoklah pendatang asing yg datang kat Msia ni….apa yg dia orang buat….Msia ni tempat yg banyak peluang untuk BERJAYA….
October 7th, 2009 at 8:04 pm
boleh saya tahu dimana ada bekalan benih ambra di perak @ dimana2 ……saya orang ipoh
October 7th, 2009 at 8:06 pm
boleh saya tahu dimana ada bekalan benih ambra di perak @ dimana2 ……saya orang ipoh