Pesanan Tahun Baru!
Umum, Renungan January 1st, 2009Tahun 2008 telah sampai ke penghujungnya. Bagi saya, 2008 bukanlah tahun cemerlang saya, tetapi tidaklah boleh dikatakan gagal sama sekali. Sejak awal tahun, saya telah memulakan beberapa perniagaan baru. Namanya pun perniagaan baru, tentu ambil masa untuk stabil dan matang. Banyak halangan ditempuh terutamanya krisis politik di Thailand menjejaskan salah satu perniagaan saya, namun bau dan cahaya kejayaan bagi usaha saya yang lain sudah jelas kelihatan bagi 2009 ini, insyaallah!
Menjelang tahun baru, biasanya orang bercakap mengenai azam. Tetapi izinkan saya berkongsi pandangan mengenai bagaimana memulakan tahun baru…
1. Lupakan perkara yang lepas. Apapun kegagalan yang anda alami sepanjang 2008 itu telahpun berlalu. Tutup buku! Jadi, tumpukan kepada perancangan dan usaha untuk berjaya pada 2009.
2. Ramai orang mengharapkan lebih tuah atau keberuntungan pada 2009. Jangan berharap sangat kerana ‘mengharap’ atau azam semata-mata tidak akan menghasilkan apa-apa termasuklah kejayaan. Kuatkan tekad dan MULAKAN usaha untuk mencapai kejayaan untuk diri anda sendiri!
3. Berfikirlah secara positif! Ketepikan sentimen bahawa ekonomi dunia sedang mengalami kemelesetan, yang penting kita fikir positif. Sebenarnya, kekuatan minda kita yang akan menentukan tindakan kita. Kalau asyik fikir negatif, satu apapun tak jalan!
4. Jika anda selalu mengeluh dan merengek… itu susah, ini susah… lakukannya puas-puas sekarang! Sekarang dah tahun 2009… mulakan hidup dan usaha kita dengan fikiran dan langkah yang segar!
5. Buatlah perancangan! Apa bisnes yang ingin jalankan pada 2009 ini? Tidak kiralah anda nak bisnes internet, bisnes bukan internet mahupun bisnes jajaan di tepi jalan…buatlah perancangan rapi agar ia mencapai kejayaan. Lebih penting lagi, jangan hanya merancang… pastikan ia berjalan dan bisnes tersebut menjadi nyata! Ini kerana ramai yang hanya merancang… akhirnya rancangan tinggal rancangan sahaja. Tiada usaha menjadikannya realiti. Jangan jadi macam tu…
Apapun, saya mendoakan kejayaan kita semua pada 2009 ini. Selamat tahun baru!






January 1st, 2009 at 5:01 pm
selamat tahun baru 2009
semoga sukses suskses
January 2nd, 2009 at 7:10 am
Betul dan tepat sekali saranan saudara, semoga berjaya tahun ini uuntuk semua, insyaAllah!
January 2nd, 2009 at 9:16 am
banyak yang berlaku sepanjang tahun 2008. pahit manis asam garam dalam business. tetapi tidak sedikit pun mematahkan semangat. malah, sebagai satu ilmu praktikal yang tidak diajar dimana2 institusi pengajian. dan berbekalkan pengalaman juga, saya lebih merasa yakin untuk terus mengorak langkah di dalam perniagaan.. semoga kita semua berjaya..
January 5th, 2009 at 11:32 pm
Saya tertarik dgn perkataan POSITIF. Walau apa pun yg kita lakukan kita mesti POSITIF selalu. Always think POSITIVE, whatever we do.
January 11th, 2009 at 3:44 am
Salam bro,
Thanks for pesanan ringkas dan menarik nie… Saya akan tulis dan laksanakan setiap perancangan..
Semoga ia akan tercapai jua.. AMIN…
January 11th, 2009 at 3:00 pm
Bro…berminat nak link exchange….dengan blog bro…
January 11th, 2009 at 9:31 pm
KampungBoy, saya dah letak link saudara. Thanks!