Palestin
Renungan January 12th, 2009Saya sebenarnya mengelak nak tulis mengenai konflik serangan Israel ke atas Palestin. Perasaan emosi, benci, marah dan kesal tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sukar diterima akal bagaimana dunia boleh membiarkan Israel menganiayai rakyat Palestin yang lemah dan tidak berdaya.
Walaupun menerima banyak kecaman dari seluruh dunia, Israel tetap tak peduli. Israel yang merupakan sebuah negara kecil, terus bermaharajalela walaupun dikelilingi negara-negara Arab Islam.
Rata-rata semua pihak menyalahkan AS kerana menyokong dan melindungi tindakan Israel. Kononnya, Israel takkan berani bertindak zalim sedemikian tanpa sokongan AS. Namun saya punya pandangan tersendiri…
Saya secara peribadi amat geram, benci dan marah kepada pemimpin negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Mesir, Syria, Jordan, UAE, Qatar, Kuwait, Lubnan dan entah apa negara Islam lagi yang ada di situ. Mereka inilah yang sebenarnya ‘pengecut’ yang menjadi pak turut kepada AS.
Pemerintah negara-negara tersebut ternyata lebih mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri berbanding berjuang membela saudara Palestin mereka. Kebanyakan negara-negara yang saya sebutkan ini bergantung kepada AS untuk memastikan mereka (dan keluarga mereka) terus berkuasa dan memerintah.
Untuk makluman, kebanyakan negara Arab belum lagi mengamalkan demokrasi 100%. Pemerintahan mereka dikuasai keluarga diraja atau pemerintahan keturunan. Sebab itulah mereka tidak menyokong perjuangan Hamas kerana bimbang nanti rakyat mereka pula akan bangkit dan menuntut pemerintahan demokrasi.
Apa yang biasa pemerintah Arab lakukan hanyalah bersidang mengutuk kezaliman Israel, tak lebih daripada itu. Itupun lakonan sahaja. Cakap aje banyak, satu tindakan pun tak ada. Sebabnya… AS dah jadi tuan mereka. Atas sebab inilah Osama bin Laden menubuhkan dan membiayai gerakan Al-Qaeda. Osama yang juga merupakan jutawan dan ahli kerabat diraja Saudi memberontak kerana tak setuju negara Arab jadi pak turut kepada Amerika.
Tuhan mengurniakan negara-negara Arab ini jumlah minyak yang banyak. Maknanya orang Islamlah yang menguasai pengeluaran minyak di dunia ini. Tun Mahathir pun dah puas kata… gunakan minyak sebagai senjata bagi menundukkan Amerika. Tapi Raja Arab Saudi kata… karut! Minyak adalah bisnes mereka… bagaimana nak bangunkan negara jika tak jual minyak kepada Amerika? Saudara Palestin mereka teruk dizalimi, mereka masih nak cerita pasal bisnes?
Tun Mahathir juga kata… jangan gunakan USD dalam perdagangan, biar nilai matawang Dollar jatuh… biar Amerika miskin sehingga tak mampu lagi sponsor senjata kepada Israel. Hakikatnya, negara-negara Arab inilah yang paling banyak menyimpan wang dan membeli bon di Amerika. Kalaulah pemerintah Arab ini berani tarik balik simpanan dan bon mereka, Amerika yang memang dah bankrap pasti lingkup! Lingkup Amerika, lingkuplah Israel.
Hanya seorang pemimpin Arab yang berani menentang mereka iaitu Saddam Hussein. Sebab itulah beliau dibunuh dan Iraq dijajah sehingga kini. Saddam dah tiada, siapa lagi yang ada untuk menghalang mereka?
Lebih memalukan, negara Venezuela yang dipimpin oleh Hugo Chaves bertindak berani menghalau duta Israel dari negaranya sebagai bantahan kekejaman Israel ke atas Palestin. Anda ingat negara2 Arab ini berani buat perkara yang sama kepada kedutaan Israel di negara mereka? Jangan harap…
Saya puji semangat orang kita membela nasib rakyat Palestin. Tapi apalah ertinya sekiranya negara Arab tak bersatu dan bangsa Palestin sendiri berpecah antara Hamas dan Fatah. Begitu juga di Iraq… Sunnah dan Syiah saling bertempur sedangkan semuanya orang Islam.
Orang Arab memang sukar nak bersatu. Tak macam kita di Nusantara ini. Rasanya jika Malaysia diancam, saya yakin Indonesia akan bantu pertahankan kita. Begitu jua sebaliknya…
Semoga Allah selamatkan Palestin dan buka pintu hati pemimpin Arab agar insaf… amin.






January 12th, 2009 at 12:18 pm
Selagi negara Arab nerada di bawah telunjuk USA daripada segi kewangan dan bantuan ketenteraan, selagi itulah kita janganlah mengharapkan dunia Arab terutamanya akan bersatu…
P/S : Saya telah pun melancarkan program yang boleh sekurg2nya membntu bantuan daripd segi kewangan ke atas rakyat palestin.Boleh datang ke blog saya untk maklumat lanjut.
January 13th, 2009 at 7:52 am
Saya tak hairan dgn sikap degil dan zalim Zionis Israel. Degil, sombong, bongkak, jahat… semua sifat kaum ini dah disebut dalam Al-Quran.
Orang Arab ni… apa masalahnya mereka ni? Terlalu pentingkan kabilah dan assabiyah. Kalau mereka bersatu dan kuat… tak sape berani ganggu.
January 13th, 2009 at 5:49 pm
Mereka berpuak-puak..
Secara jujurnya disekeliling kita pun terjadi situasi berikut….
Sebab itu kita kena bersatu padu…
January 14th, 2009 at 1:33 pm
Seingat saya… sejak saya mula pandai baca suratkhabar pada 1978, dah baca tentang kekejaman rejim zionis ni. Sampai la ni tak abis-abis lagi.
January 14th, 2009 at 8:45 pm
Saya dah kehabisan kata-kata untuk menggambarkan bagaimana perasaan saya terhadap kekejaman manusia paling bangsat ini!!! Dari jauh, saya hanya boleh menangis mengenangkan keperitan yang dihadapi orang-orang yang tak bermaya di sana. Hanya doa kukirimkan agar keamanan akan kembali semula!!!
January 15th, 2009 at 3:05 pm
mengalir air mata bila baca ttg peperangan yang berlaku sekarang di stiap helaian surat khabar….yang termampu bg saya hanyalah memberi sumbangan ikhlas dan berdoa sebagai senjata umat islam…hulurkan lah sumbangan agar dapat ringankan beban…..boikot baranggan israel dan us…
January 17th, 2009 at 4:11 am
Ya Allah,selamatkan palestine dari yahud,(buuuuuuu)Hamas sepatutnya bergabung ngan Hisbullah dan minta tolong Nazi(German).Israel ni(buuuuuuu)
bagai melepaskan anjing yang tersepit sebab tuu Nazi marah.
January 17th, 2009 at 4:18 am
kami akn adakan Sniper OPS(operations).21 tahun ke atas dan sukarela,berani mati,brsdia untk tngglkn keluarga.Stkt ni kitorang bru ada lbh kurang 4 orang termasuk saya.Jangan risau akan diajar menggunakan senjata,tlnglh srtai kami,saya merayu.Kami akn mula bergerak pada bulan MARCH ini.Kem Latihan Gorkey Park,German.
January 18th, 2009 at 9:25 am
Selagi sembahyang subuh tidak seramai sembahyang jumaat, Islam sukar bangkit.
January 18th, 2009 at 12:57 pm
bile la agaknye org2 yahudi ni nk kene telan bumi.
binatang kalau boleh bckp dlm bhs manusia pn akn
kate “mereka2 ini (yahudi)adalah manusia yg hdup dlm
sia2 dan dilaknat”.nauzubillah..
January 29th, 2009 at 2:13 pm
Perlu ada tindakan yang diikuti dengan perancangan & strategi.
January 30th, 2009 at 7:14 pm
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Israel perlu menyerang Gaza kerana Dajjal al-Masih perlu memasuki fasanya yang ketiga, iaitu “satu hari seperti seminggu”.
Itulah jawapan yang sebenarnya. Namun, hanya segelintir yang benar-benar mengetahuinya.
Wallahu’alam.
http://ibnarifin.blogspot.com
February 12th, 2009 at 12:44 pm
Isu Israel-palestin jangan dilihat dari satu sudut sahaja.
March 23rd, 2009 at 9:16 pm
really teruskan peperangan kerana mereka sukan peperangan.
June 20th, 2009 at 9:33 pm
[…] Artikel-artikel menarik :- Pandangan menarik dari Acai.. Berita terkini mengenai Palestin Palestin oleh Tazilan […]
February 10th, 2010 at 12:18 am
sampai bila pemimpin dunia islam mahu berdialog dan berjabat tangan dgn zionis laknatullah?sampai bila kita harus melihat umat islam disembelih?sampai bila jihad ilmu,ekonomi,hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dgn jihad al-qital pula?disaat tentera zionis membantai umat islam,kita masih berjihad hawa nafsu.ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir.sedangkan jihad al-qital hanya pada waktu-waktu tertentu.para sahabat berjihad hawa nafsu setelah kembali dr medan perang,sedangkan kita menolak utk berjihad dgn pelbagai alasan.kenapa kita tidak berjihad dgn semua jihad yg ada,dan mengikut kesesuaian waktu dan masa?kenapa kita mengambil t/jawab lain utk mengelak t/jawab yg lain?sedangkan t/jawab itu perlu dipenuhi secara berturutan?kenapa takut dgn kalimah JIHAD?sy bkn mngejar mati,tp lihatlah apa yg berlaku di palestin dan t/jawab kita.dan jika kita masih di takuk lama.maka,saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita.katakan pd mereka,itu sudah nasib mereka,tiada apa yg mampu dibuat oleh kita