Macam-macam…
Macam-macam... December 16th, 2008
Saya tak kenal siapa kirimkan gambar ini kepada saya… tetapi ianya amat menarik perhatian. Ikutkan papantanda perniagaan yang tidak diketahui lokasinya ini biasa sahaja tetapi waktu perniagaan yang dipaparkan pasti membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya tertanya-tanya.
Apa tidaknya… seolah-olah perniagaan tersebut tiada waktu bisnes yang khusus. Jika dilihat pintunya terbuka, maka ia dibuka untuk bisnes. Jika tutup pintunya, maka tak berniagalah ia pada waktu itu.
Agaknya bisnes ini dijalankan secara sambilan… ataupun tokeynya ada bisnes lain yang dijalankan pada masa yang sama. Apa sebab sebenarnya, hanya tokeynya yang tahu… Apa pula sebabnya pada fikiran anda?
Tukar topik…
Saya agak sibuk menjelang hujung tahun ini untuk ‘end year closing’ semua bisnes saya. Di samping tu… saya juga akan bercuti dengan keluarga. Oleh itu, mungkin saya tak dapat update blog ini seketika.
p/s: Hati berdebar nak launch bisnes baru tahun depan….






December 17th, 2008 at 9:17 pm
Bro ada letak gambar ke. Tak keluar la.
December 17th, 2008 at 10:42 pm
ha3..ya la..gambar tak keluar..huh..lama betul tak masuk ke laman ni..asyik error jer..laman nuffnang pun sama..
December 18th, 2008 at 7:55 am
Eh! Memang ada gambar… server tempat letak gambar tu downlah gamaknya…
Nanti saya usahakan.
Edit: Dah upload gambar baru.
December 18th, 2008 at 4:13 pm
Dah ada dah tue..
Selamat bercuti.. Semoga success untuk pelancaran produk bro 2009..
December 21st, 2008 at 12:12 am
Salam
Saya nak tanya.Encik ni buat bisnes ape??
December 30th, 2008 at 12:57 am
Agaknya perniagaan org ni dh strong giler, mgkn ada pelanggan tetap yg dh tahu waktu operasi dia org. So, x perlu nk inform waktu perniagaan dia org lg.