Orang Cina & Bisnes : Pt. 4
Keusahawanan December 2nd, 2008Kali ini saya ingin sentuh pula tentang budaya orang Cina yang menjalankan bisnes di rumah atau homebased business.
Jika akhir-akhir ini baru sahaja kita dengar istilah bekerja atau bisnes dari rumah, terutamanya sejak meledaknya era MLM dan juga perniagaan di internet… sedarkah kita bahawa istilah tersebut sebenarnya sudah lama sebati dalam masyarakat Cina?
Kalau kita ingat, sejak zaman sebelum merdeka lagi banyak rumah kedai 2 tingkat dibina di pekan kecil atau bandar-bandar besar. Bangunan kedai ini akan didiami keluarga Cina ditingkat atas manakala bahagian bawahnya tentulah dijadikan ruang utama bisnes milik keluarga berkenaan.
Tak kira bisnes apapun… kedai kopi, kedai runcit, kedai basikal, kedai ubat, kedai empat nombor ekor dan sebagainya… disitulah kitaran kehidupan mereka sekeluarga. Maknanya disitulah mereka mencari rezeki dan disitulah juga mereka sekeluarga tinggal membesarkan anak-anak mereka. Hidup mati dan susah senang mereka… di situlah tempatnya.
Berbeza dengan orang Melayu, menjadikan rumah sebagai markas bisnes masih lagi perkara asing. Entah macam mana, entah siapa yang menentukannya… seolah-olah ada garis pemisah antara rumah dan tempat mencari rezeki.
Sebaliknya bagi orang Cina, mereka bijak menggunakan ruang kediaman mereka sebagai tempat mencari rezeki. Jika kita ke kawasan perkampungan atau perumahan Cina di Jinjang, Balakong, Kepong, Cheras dan seumpamanya, kita akan dapat lihat ramai yang menjalankan perusahaan di belakang rumah sahaja!
Bagi yang telah membaca buku Menjejak Jutawan Senyap tulisan Chef Li, pasti anda pernah membaca mengenai perusahaan orang Cina di rumah ini. Buku ini dengan jelas menerangkan perbezaan peralatan dan isi rumah antara orang Melayu dan Cina.
Memang benar seperti dakwaan Chef Li… rumah orang Cina pasti terdapat peralatan dan ruang khas yang menghasilkan pendapatan. Sebaliknya rumah orang melayu sarat dengan perabot dan peralatan elektronik berasaskan hiburan semata-mata.
Namun, kini arus perubahan semakin kelihatan dikalangan orang melayu. Dah ramai bisnes dari rumah sahaja seperti bisnes kuih, nasi lemak, katering, jahitan, khidmat jagaan bayi hinggalah kepada bisnes MLM, insurans, saham amanah dan juga bisnes di internet! Bahkan di kawasan luar bandar, orang melayu juga sudah giat menjalankan bisnes makanan ringan danĀ kraftangan.
Kita kena berubah. Tak salah kita tiru perkara yang baik daripada kaum lain asalkan ia membawa perubahan dan kemajuan positif demi masa depan anak-anak kita nanti.






December 2nd, 2008 at 5:51 pm
ya, orang melayu dah mula berubah, ramai dah rajin buat bisnes kecil-kecilan dari rumah. syabas melayu… jgn anda layu sebelum berjaya..
December 3rd, 2008 at 12:18 am
mujurlah melayu x terus terlena dengan mimpi2 indah….
sy suka dgn tokoh usahawan bumiputra kita syed mokhtar albukhary…walaupun hanya belajar sekadar tingkatan 5 tp sekarang adalah bumiputra yg terkaya di malaysia..sy ada masukkan cerita ttg syed mokhtar dalam blog sy…sy mg teruja sgt dgn kisah hidup beliau
December 3rd, 2008 at 9:34 am
orang melayu adalah masyarakat saudagar maritim satu masa dahulu. Di setiap kuala sungai adalah pelabuhan. Sila rujuk Prof.Madya Dr.Nordin Husin dr. Prog.Sejarah di FSSK, UKM, Bangi. Sepatutnya kita harus mengkaji kenapa tiba-tiba Melayu berubah sikap menjadi masyarakat pengguna.
December 3rd, 2008 at 12:48 pm
Salam. Klau tak keberatan boleh tak pool_cyber bagitau website blog yang tulis pasal Syed Mokhtar Albukhary. Saya pun teruja nak tahu kisah kehidupan beliau semoga menjadi panduan dan semangat untuk saya dan yang lain2
December 4th, 2008 at 8:47 pm
Betul-betul-betul…
Kita amik yg baik jadikan ikutan. Insyaallah kita akan berjaya..
Apa pun aku semakin nampak perubahan pada org melayu..
Tapi masih ada beberapa sikap yg perlu diubah dan dikikis..
Aku pasti & yakin benda nie akan terhakis & menjadi baik kelak..
December 6th, 2008 at 9:09 pm
itu dulu.. skrg tidak lagi… org melayu dah mula sedar akan kepentingan bisnes..
dulu mereka hanya tau 9/10 je konsepnye..
tapi skrg alhamdulillah dah mula dilaksanakan konser tu. huhu..
AYUH JIHAD EKONOMI..:-)
ikhlas dr.khalifah
http://fendicenter.blogspot.com
JUTAWAN EBAY
http://jutawanebay.blogspot.com
December 17th, 2008 at 9:43 am
kepada nomi awak bleh baca kisah syed mokhtar di
http://poolcyber89.blogspot.com/
selamat membaca…sory lambat blas…
December 19th, 2008 at 5:00 pm
salam…saya setuju…
pengalaman saya sebagai bisnes proposal writer byk membantu dalam mengumpul ilmu ttg pelbagai biz. sebenarnya, dengan modal yg banyak, tidak menjamin sesuatu perniagaan itu berjaya, tetapi bagaimana anda “expose” produk jualan anda. dan yang PALING PENTING adalah Financial management.
Oleh itu, yg bijak adalah bagaimana mengeksploitasi keadaan dlm biz anda…dan pelbagai cara yang sedang saya kaji.
pembaca tazilan.com boleh dptkan info or nak pandangan biz dari saya secara percuma melalui email sy amendvinfo@usahawan.net.my
jgn cuba-cuba nak spam email saya kerana anda telar melanggar hak privisi saya.
ini adalah CSR (corporate social Responsibilities) kpd anda sekelian
terima kasih