Macam-macam…

Macam-macam... 6 Comments »

Saya tak kenal siapa kirimkan gambar ini kepada saya… tetapi ianya amat menarik perhatian. Ikutkan papantanda perniagaan yang tidak diketahui lokasinya ini biasa sahaja tetapi waktu perniagaan yang dipaparkan pasti membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya tertanya-tanya.

 Apa tidaknya… seolah-olah perniagaan tersebut tiada waktu bisnes yang khusus. Jika dilihat pintunya terbuka, maka ia dibuka untuk bisnes. Jika tutup pintunya, maka tak berniagalah ia pada waktu itu.

Agaknya bisnes ini dijalankan secara sambilan… ataupun tokeynya ada bisnes lain yang dijalankan pada masa yang sama. Apa sebab sebenarnya, hanya tokeynya yang tahu… Apa pula sebabnya pada fikiran anda?

Tukar topik…

Saya agak sibuk menjelang hujung tahun ini untuk ‘end year closing’ semua bisnes saya. Di samping tu… saya juga akan bercuti dengan keluarga. Oleh itu, mungkin saya tak dapat update blog ini seketika.

p/s: Hati berdebar nak launch bisnes baru tahun depan….

Kaduk Naik Junjung…

Renungan 7 Comments »

Akhir-akhir ini selalu sangat kita dengar polemik hak dan kepentingan orang Melayu nak diganggu-gugat. Isu DEB, ketuanan Melayu dan entah apa lagi hak Melayu nak dipertikaikan. Walaupun yang menyalak itu sebenarnya ahli-ahli politik yang mencari populariti murahan demi mendapat sokongan bangsa mereka, sudah pasti ia sedikit-sebanyak mendatangkan risiko perpaduan kaum. Read the rest of this entry »

Bra Untuk Lelaki?

Idea Bisnes 3 Comments »

Orang Jepun memang terkenal fanatik dengan fesyen. Kegilaan terkini yang melanda Jepun ialah bra untuk lelaki!

Syarikat pengeluarnya, Wishroom menjualnya pada harga USD30 (RM109) sehelai dan 300 unit coli lelaki berkenaan telah terjual secara online dalam masa 2 minggu.

Apalah faedahnya, kan? Dunia… dunia…

Orang Cina & Bisnes : Pt. 4

Keusahawanan 8 Comments »

Kali ini saya ingin sentuh pula tentang budaya orang Cina yang menjalankan bisnes di rumah atau homebased business.

Jika akhir-akhir ini baru sahaja kita dengar istilah bekerja atau bisnes dari rumah, terutamanya sejak meledaknya era MLM dan juga perniagaan di internet… sedarkah kita bahawa istilah tersebut sebenarnya sudah lama sebati dalam masyarakat Cina? Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login