Dunia meraikan perlantikan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat. Besar harapan masyarakat dunia agar Presiden baru ini berupaya membawa perubahan, keamanan dan kedamaian kepada seluruh pelusuk dunia. Ramai berharap semua peperangan dihentikan, ekonomi dipulihkan dan alam sekitar lebih terpelihara.

Namun mampukah Obama melakukannya, apatah lagi beliau bakal mewarisi kemelesetan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Amerika sejak 1934? Yang paling penting, mampukah Obama melenyapkan pengaruh golongan ‘Hawkish’ dalam pentadbirannya yakni cenderung kepada keganasan dan penindasan demi memenuhi agenda mereka sendiri?

Saya tidak menaruh harapan tinggi terhadap Presiden Amerika yang baru ini kerana Amerika telah sekian lama dikuasai oleh yahudi yang tentunya pro Israel. Telahan saya tepat apabila diumumkan perlantikan Rahm Emanual, perwakilan dari Illinois sebagai Ketua Staf di Rumah Putih.

Emanuel ini berketurunan Yahudi dan pernah menawarkan diri menyertai tentera Israel serta pernah menjalani latihan ketenteraan selama 2 bulan di pangkalan tentera udara Israel ketika Perang Teluk pada 1991 lalu.

Bapanya pula dilahirkan di Baitulmuqaddis dan pernah menyertai gerakan bawah tanah menentang Palestin. Beliau yang bangga dengan perlantikan Emanual itu menyatakan sudah pasti Emanual akan memberi pengaruh kepada Presiden AS supaya menjadi pro Israel.

Lebih  menarik, media Israel mengalu-alukan perlantikan Emanual yang berdarah Yahudi itu dan salah satu akhbar menyifatkan beliau sebagai ‘orang kita’ di White House.

Ini sudah cukup jelas bahawa tiada perubahan ketara akan berlaku. Wal hasil balik asal. Wallhualam.