Orang Cina & Bisnes : Pt. 1
Keusahawanan, Inspirasi, Motivasi November 4th, 2008Kelmarin saya sembang-sembang dengan sekutu-sekutu perniagaan saya yang berbangsa Cina. Banyak yang kami bualkan termasuklah tentang pengagihan kekayaan ekonomi, DEB, dan suasana bisnes masa kini. Banyak yang kami bualkan dan banyak juga yang ingin saya kongsikan di sini sehingga saya memutuskan untuk menulisnya dalam beberapa siri artikel. Harapan saya mana yang baik kita ambil iktibar manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Soalan cepumas yang saya lemparkan kepada rakan-rakan saya itu ialah, “Mengapa orang Cina pandai berniaga? Apakah yang menjadi faktor pendorong mereka agar berjaya dalam bisnes?”
Jawapan yang saya terima agak mengejutkan. Mereka sepakat mengatakan, “Cheh! Mana ada? Siapa kata? Itu tak betul maaa!”
Dalam penjelasan lanjut, mereka kata memang kebanyakan orang Cina bergiat dalam bisnes kerana lebih suka berdikari dalam mencari rezeki. Namun, tidak semua orang Cina yang bergiat dalam bisnes itu berjaya. Malah sebenarnya lebih ramai yang gagal daripada berjaya. Namun disebabkan majoritinya masyarakat niaga adalah berbangsa Cina, maka kejayaan bangsa Cina ini dalam bisnes adalah lebih terserlah.
Selanjutnya mereka menafikan orang Cina cekap berniaga berbanding bangsa lain. Sebaliknya mereka lebih suka mengaitkan kejayaan kaum mereka dalam bisnes dengan kecekapan dan kemahiran mengenalpasti peluang bisnes yang ada. Jika terjumpa peluang buat duit dan keuntungan, cepat-cepat mereka akan laksanakannya tanpa melengahkan masa. Berjaya atau gagal, itu lain cerita. Yang penting… mesti cuba dulu.
Kesimpulan saya setakat ini ialah memang budaya orang Cina lebih suka berniaga. Malah kedudukan seseorang dalam masyarakat lebih dipandang tinggi sekiranya terlibat dalam bisnes. Berbeza dengan kita, perasaan skeptikal seperti boleh berjayakah atau boleh hidupkah agak tebal lagi. Inilah yang mesti kita ubah jika kita ingin membudayakan bisnes dalam masyarakat kita.
Bagi kaum Cina, mesti ada keberanian. Ianya samada berjaya atau gagal. Kalau berjaya baguslah. Kalau gagal, cuba lagi… tiada istilah putus-asa. Maknanya, kegagalan adalah sebahagian asam-garam yang mesti hadapi dalam bisnes. Jadi, jangan takut gagal!
Hmm… pada pemerhatian saya, kebanyakan orang kita amat fobia jika gagal dalam bisnes. Belum mula bisnes dah terfikir tentang kegagalan. Kita kena berubah!
Cukup setakat ini dahulu, akan bersambung dalam post berikutnya, insyaallah.






November 5th, 2008 at 1:21 am
Saya ada terbacadalam buku ‘Rahsia Bisnes Orang Cina’ karangan Ann Wan Seng. Masyarakat orang cina meletakkan peniaga dalam kedudukan tinggi dalam masyarakat. Orang yang berniaga akan dipandang tinggi berbanding orang yang makan gaji.
November 5th, 2008 at 3:20 am
.. Satu artikel yang memang saya ternanti-nanti..tak sabar nak tunggu episod seterusnya..
November 5th, 2008 at 7:38 am
Orang cina menjadikan duit penting di dalam kehidupan. Untuk mendapat kewangan yang bagus adalah berniaga.
Saya pernah pergi ke kedai membaiki motosikal, yg menghairankan saya rosak cuma kecil tetapi di kenakan kos penyelenggaraan sehingga RM300.00 . Pada masa itu tidak terfikir apa. Lama kelamaan ramai pelanggan tidak datang lagi ke kedai itu kerana terkena macam mana saya kena.
Kedai itu pun terpaksa gulung tikar. Di sini saya dapat menggambarkan kaum cina ini berani mencuba dan belajar dari kesilapannya.
Mengapa saya katakan mereka belajar dari kesilapannya. Si cina yang “gulung tikar” tadi, membuka kembali kedai motosikal di taman yang sama tapi lokasi yang berlainan. Saya pun tak pasti samada kedainya wujud lagi atau tidak.
Seperkara lagi, ingin bertanya pendapat sahaja, adakah kaum cina ini membantu sesama bangsanya sendiri untuk membangunkan sesuatu bisnes?
November 5th, 2008 at 9:06 am
Nabieel, akan saya ulas tentang perkara tu nanti. Memang kami ada bincang tentang tu kelmarin.
November 5th, 2008 at 5:33 pm
sy pun ada sembang ttg busnis dgn kwn cina jugak… kwn cina sy tu kata orang cina selalu kaitkan perniagaan org melayu dgn pepatah cina “seperti ketam di dalam bakul masing2 menarik sesama sendiri agar tidak dapat keluar dari bakul”…bila di pikir2kan balik ada kebenarannya.
November 6th, 2008 at 1:13 pm
Setahu saya orang cina bekerja keras dalam berniaga. Mereka akan tolong satu sama lain dan perniagaan diutamakan dahulu daripada membeli barang- barang untuk diri sendiri. Di kampung saya 95% orang melayu tapi semua orang kampung membeli barang keperluan di kedai bangsa cina…pelikkan.
November 7th, 2008 at 7:15 pm
“Seperti ketam di dalam bakul masing2 menarik sesama sendiri agar tidak dapat keluar dari bakul”..Bagus quote awk ni lizam.Bagus untuk kita org Melayu ni pakat-pakat dok pikir tentang mentaliti skeptikal kita pada org berniaga.Kenapa Allah jadikan manusia ini dalam berbagai-bagai bangsa?Sebabnya supaya kita dapat berfikir dan mencontohi mana yang baik pada bangsa-bangsa lain itu,supaya kita lebih berdaya maju.
November 7th, 2008 at 8:19 pm
Dimana-mana memang orang cina berjaya kerana mereka tak kenal halal/haram dalam bisnes.
November 7th, 2008 at 9:34 pm
kawan saya..seorang tauke cina bagi pendapat, dia kata: “orang melayu pemalas, sebab banyak peluang ada didepan mata tapi masih tunggu.. sampai nak kena suap masuk dalam mulut. Tauke tu kata..orang cina selalu tipu dan tak jujur. dan lagi tauke tu kata dia lebih suka orang indon, diaorang rajin dan jujur.”
November 11th, 2008 at 4:26 pm
2 pelajaran yg saya pelajari dari perkongsian bro:-
1- Tidak mudah putus asa
2- Tidak takut gagal
May 31st, 2010 at 2:36 pm
DENGAN AL QURAN ADA PENAWAR PENYAKIT !
PRODUK Perubatan islam melalui Gabungan Bacaan & Tulisan 30 Juzuk Al Quran, Doa Doa & Ayat Ayat Syifa’(Penyembuh) , Raja Herba Za’faran,Air Zam Zam diadunkan dalam semua produk keluaran NAQIA ISLAMIC HEALTH SERIES.
• AIR MUSOFFA 500ml
• AIR MUSOFFA 250ML
• MADU NAQIA
• AIR ZAM ZAM 500ML
• COCOACINO
• KOPI BARLI
• PENYEMBUR MUSOFFA
• HABBATUSAUDA’ BIJIRAN DOA
• DLL
Ikhtiar Untuk Penyakit Zahir & Batin, Mudah Menghafal Pelajaran Atau Al Quran , ikhtiar Ketenangan Hati / jiwa, Kuat Semangat,Memulihkan Keharmornian Kekeluargaan, Pemulihan Akhlak Anak Anak Dan Sebagainya dengan KEBERKATAN AL QURAN yg diakui ulama silam & terkini serta mempunyai kajian sainstifik bahkan diakui berkesan oleh para pengguna di seluruh asia.
Pemborong,stokis & pengedar diperlukan ! 20% - 40 %
MOHD HAFIZ ISNIN 016 226 7020
NAQIA CORP.CAW.MELAKA 06 3121 401 /