Terima kasih PDRM!
Umum October 8th, 2008Alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali ke kediaman kami setelah seminggu meninggalkan rumah kerana berhari raya di kampung. Memang seronok dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga dan sanak saudara. Selepas ini tiba pula giliran untuk berhari raya dengan jiran dan rakan-rakan di Kuala Lumpur pula.
Saya menghargai jasa baik jiran-jiran India dan Cina yang membantu menjenguk rumah saya sepanjang ketiadaan kami. Inilah manisnya jika berbaik-baik dengan jiran. Saya bersyukur mendapat jiran-jiran yang baik hati dan prihatin seperti keluarga Mr. Nathan dan Mr. Chia. Walaupun berlainan agama dan bangsa, kami hidup aman dan harmoni di sini.
Perhargaan yang tidak terhingga juga ingin saya sampaikan kepada pasukan kereta peronda Polis dari Balai Polis Bandar Bukit Puchong yang telah melawat dan memastikan keselamatan kediaman kami sepanjang ketiadaan kami sempena cuti Aidilfitri kali ini. Tidak sia-sia saya mendaftar melalui SMS tempohari. Peti surat saya penuh dengan slip pemeriksaan keselamatan yang dijalankan oleh anggota-anggota polis dari pasukan kereta peronda ini.
Ini membuktikan pasukan polis amat komited dan berhemah dalam menjalankan tugas memelihara keselamatan rakyat. Malah jiran-jiran saya amat terkejut dan kagum melihat anggota polis memeriksa dengan teliti sekeliling kawasan rumah saya setiap kali datang melakukan pemeriksaan.
Kepada PDRM khususnya anggota unit kereta peronda Balai Polis Bandar Bukit Puchong, terima kasih dan tahniah atas kecemerlangan tugas anda!






October 9th, 2008 at 12:39 pm
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari ARB Dagang.Com
October 10th, 2008 at 12:30 pm
selamat hari raya aidilfitri bro. maaf zahir batin.
October 11th, 2008 at 2:46 am
Selamat hari raya aidilfitri bro. maaf zahir batin. tahun nie Raya kat mana???
October 11th, 2008 at 9:40 am
Terima kasih semua. Salam aidilfitri juga daripada saya. Hari pertama beraya di rumah mertua di Keramat, Hulu Kelang. Raya kedua dan seterusnya di rumah orang tua saya di Rasah, Seremban.