Anugerah Dato’ Tak Bernilai Lagi?
Umum, Renungan October 11th, 2008Anugerah darjah kebesaran negeri atau persekutuan yang membawa gelaran Dato’ pastinya menjadi idaman ramai individu terutamanya mereka yang ghairahkan pangkat dan nama.
Kami adik-beradikpun sering bergurau tentang panggilan sebegini. Setiap kali bertemu atau berbual dalam telefon, abang-abang panggil saya “Hello Dato’!”. Sebagai balasan saya akan panggil pula mereka “Assalamualaikum Tan Sri!” Begitulah lebih kurang…
Sayang sekali akhir-akhir ini penganugerahan darjah kebesaran ini kelihatan sudah hilang keeksklusifannya apabila ianya seolah-olah diberikan kepada sesiapa sahaja sewenang-wenangnya.
Sebagai permulaan, 2 orang bekas rakan sekerja saya ketika muda-muda dulu yang kini aktif berpolitik telahpun bergelar Dato’. Itu dah rezeki mereka… tetapi bila mengenangkan latarbelakang mereka dulu, saya geleng kepala juga.
Kemudian tiba pula trend beri anugerah Dato’ ini kepada golongan artis. Ada yang sememangnya layak tetapi rasanya lebih ramai yang tak layak. Selepas itu ia berjangkit pula kepada golongan atlit atau ahli sukan. Terbaru Dato’ Lee Chong Wei. mungkin beliau layak tetapi secara peribadi saya agak terkilan. Selain pencapaian yang tidak konsisten, saya percaya gelaran tersebut hanya menambah tekanan dan beban mental kepada pemain badminton negara tersebut.
Buktinya baru-baru ini Dato Misbun Sidek selaku jurulatih telah diminta memberi sebab dan alasan mengapa pencapaian Dato Lee Chong Wei tidak seperti yang diharap-harapkan. Kan den dah kobarkan tadi… Lainlah Dato’ Nicol Ann David, bintang squasy negara. Sememangnya pencapaian beliau konsisten sejak dulu. Selepas dapat Dato, bertambah ligat!
Terkini… Istana Melaka sempena ulang tahun Yang Dipertua Negeri memberi perkenan menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ ini kepada aktor dan lagenda Bollywood, Shah Rukh Khan kerana kejayaannya mengsohorkan industri perfileman Hindustan di India dan seluruh Asia Tenggara. Kan pelik bunyinya tu… apa faedahnya kepada rakyat Malaysia?
Khabarnya pelakon, penyanyi dan pelawak Mohamad Ali Jantan atau lebih dikenali sebagai Ali Mamak turut akan menerima gelaran Dato oleh kerajaan negeri Melaka. Apapun… tahniahlah!
Harapan saya… sewajarnya sebarang anugerah darjah kebesaran kepada mana-mana individu mestilah mempunyai merit dan sumbangannya kepada masyarakat secara keseluruhannya. Jika penganugerahan ini tidak lagi mengikuti landasannya, nescaya akan terhakislah nilainya.
p/s: Haha!… saya sendiri telah bergelar datuk sebelum aidilfitri lalu… apabila hamster peliharaan saya telah beranak. Alhamdulilah 4 ekor anaknya. Dapat menyaksikan kebesaran tuhan, betapa haiwanpun begitu sayangkan anak-anaknya. Mana datangnya naluri dan pengetahuan hamster betina yang diberi nama Bubu itu menjaga dan merawat anak-anaknya? Tentulah dari Allah SWT!






October 11th, 2008 at 11:39 am
Betoi tu tazilan…act sy yg orang melaka pn tertanya-tanya ttg isu pemberian Datuk yang sekarang ini kita nampak dah ilang valuenya. Pe2hal pn tahniah kat ayah sy yg dah mendapat title ‘datuk pencen’ selepas dapat cucu yg ke-4.
October 11th, 2008 at 4:14 pm
Kalau kat UK, gelaran sir diberikan pada yang benar-benar layak dan outstanding. Kalau kita macam dato la. Salah seorangnya Sir Alex Fergusen. Memang selayaknya dia dapat gelaran sir.
October 12th, 2008 at 1:02 am
Ha..ha..ha..Gelaran dato’? skg ni gelaran dato’ atau datuk ni dah tak glamour .Polis yg buat roadblok brpangkat konstable tu dah lama orang gelar atau panggil dia org tu dato’..Tapi mmang tak patut la si Shah Rukh Khan tu d beri gelaran tu..Dia bukan ada jasa pun kpd masyarakat kita.Ini mesti kes minat artis Bollywood la ni..Tak hapa-hapa tah..bengong tol la…
October 13th, 2008 at 8:52 pm
Nak tergelak saya bila baca pasal Dato’ Shah Rukh Khan dalam akhbar Sinar Harian edisi sabtu lepas (tak pasal-pasal jadi Dato’ dia ni,ho!ho!)..Rasa terkilan sangat, bila anugerah sebesar ini sudah hilang valuenya, malah saya kira memang tak patut diberikan kepada orang yang langsung takde jasa pada negara kita (negara India ada laa)..Orang tak kisah kan bila gelaran ni dulu diberi kat Datuk Michael Yeoh, dia orang Malaysia yang sudah menempa nama di persada antarabangsa..So,dia memang layak pun..Tapi, SRK ni apa laa agaknya sumbangan dia pada negara kita ni ek..Dah 2 hari 2 malam saya fikir, tak jumpa-jumpa jugak jawapannya..hoho..
Jangan sampai kita diperkudakan orang luar kerana kemurahan hati kita yang tak tentu pasal ni..Rasanya ramai lagi rakyat Malaysia yang layak untuk gelaran ni..
October 14th, 2008 at 2:06 pm
betul juga,baiknya memang gelar dato’ dianugerahkan pada rakyat malaysia dan melayu saja dan itupun yang bener2 berjasa pada negara,klo misal pada suatu masa dia melanggar norma2 agama dan sosial baiknya dicabut saja gelar yang udah diberikan…salam kenal!
October 15th, 2008 at 11:30 am
Betul2!! Mesti ada kepentingan sendiri.. Semua tue..
Apa pun walau tak dpt dato aku tetap syoik bila bergelar Walid..
October 15th, 2008 at 6:42 pm
saya juga setuju tentang anugerah dato tu,sekarang ne nak dapat jd dato senang betul..saya kadang2 pun hairan dengan pentabiran sekarang melalut-lalut sepatutnye saya yang dapat gelaran dato 2 nak tau sebab apa..saya dah 2 kali kena gelek dgn motor tak mati..syukur allahamdulilah allah taala panjangkan umur saya amin!!!itu baru real kebal he..he..tak ada pun pihak yang nak anugerah kat saya gelaran dato.. itu pengalaman saya. KISAH BENAR
October 15th, 2008 at 9:27 pm
Jasa SRK pada Malaysia ada banyak, salah satunya ialah…entah!! cuba tanya kat orang yg bagi gelaran dato’ tu…mungkin dia boleh jawap!
February 6th, 2010 at 11:07 am
Ada sesetengah org je yg lyk digelar Dato.Pada pdpt sy, Dato Lee Chong Wei layak digelar Dato.KIta kena jelas kenapa beliau dianugrahkan Dato.P’anugrahan Dato diberikan atas KEJAYAAN MEMBAWA SATU PINGAT DI SUKAN OLIMPIK.Dato LCW tdk boleh disamakan dgn Nicol David.Memang la Nicol lbh ligat slps dpt Dato’.Tenaga Dato LCW lebih ditagih oleh BAM & rakyat Malaysia jika dibandingkan dgn Nicol.Kejohanan BWF kena masuk, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA,dan Grand Prix negeri pun kena bertanding.Sapa peduli akan kejayaan Nicol.Malaysia sendiri pun xda siarkan live kejohanan yg disertai oleh Nicol.ASTRO sekadar siarkan siaran rakaman jer.Jadi, apa peduli dia dianugerahkan Dato.Kejayaan dan kegagalan Dato LCW lbh diberi perhatian.Xbnyk impak kejayaan Nicol kepada industri sukan pun.Sukan badminton lebih berta membawa nama negara, jika dibandingkan dengan skuasy.Skuasy bertanding kt Olimpik ke?Sukan SEA?
June 7th, 2010 at 5:26 pm
mengikut senarai penerima anugerah melaka 2008,Ali Mamak @Jantan Osman hanya penerima anugerah Darjah Seri Melaka (DSM).Setahu saya anugerah ini tidak membawa apa apa gelaran.Kalau DMSM(Darjah Mulia Seri Melaka),darjah ini membawa gelaran Datuk,spt yang diterima oleh Shah Rukh Khan atau oleh Jefrideen.Kalau saya silap tolong betulkan.