Ramainya Pekerja Warga Asing!
Masyarakat October 21st, 2008Semua maklum negara kita buat sekian lama telah menjadi tumpuan dan dibanjiri kedatangan pekerja warga asing. kalau dulu kita hanya lihat kebanyakannya dari negara jiran kita, Indonesia… sekarang ni dah pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Saya sendiripun dah tak kenal yang mana satu warga Nepal, Vietnam ataupun antara Bangladesh dan India.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini mengesahkan setiap 5 orang pekerja di negara ini, seorang daripadanya adalah pekerja warga asing. Dari 11.3 juta jumlah keseluruhan tenaga kerja di Malaysia ini, 2.2 juta merupakan pekerja asing. Betul ke ni? Macam sikit je?
Ohh… saya percaya itu yang berdaftar. Jika diambilkira yang masuk secara haram, saya rasa mahu mencecah 5-6 juta orang pekerja warga asing di negara ini.
Di mana silapnya? Silapnya orang kita sendiri. Majikan di Malaysia kebanyakannya suka ambil pekerja asing kerana gaji yang murah. Bagi saya mereka ini langsung tiada semangat patriotik dan cintakan negara. Yang penting bagi dia… untung! Untung!Untung!
Orang Malaysia pula bersikap terlalu memilih kerja, kononnya takut jatuh standard. Tradisi dalam keluarga saya, lepas SPM terus kerja sambilan di tapak pembinaan. Selain cari wang poket, ia juga satu bentuk latihan fizikal dan mental yang berkesan. Sekarang ni bila saya tanya kat anak-anak buah saya kenapa tak nak timba pengalaman kerja di tapak pembinaan, mereka berkata kepada saya sambil ketawa, “Haha! Aiseh uncle Lan… ingat kitorang ni Mat Indon ke nak keje kat construction site?”
Hmm.. sikap sebeginilah yang memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga asing ini. Yang ruginya, rakyat Malaysia sendiri. Cuba kita fikir… setiap tahun pekerja asing ini menghantar pulang wang sebanyak RM3.43 bilion! Sebanyak itulah juga hak dan rezeki yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia telah dibolot oleh rakyat warga asing. Renung-renungkanlah…






October 22nd, 2008 at 7:40 am
Selain jaga standard, apa yang saya lihat sikap rakyat Malaysia sendiri malas melakukan sesuatu kerja.
Sebagai contoh rakyat indonesia, mereka mempunyai tubuh badan yang lebih kurang sama dengan kita, mengapa orang kita baru buat kerja sedikit sudah mengeluh dan mengambil rehat begitu lama dari kerja yang dilakukan tadi hanya memerlukan beberapa minit sahaja.
Dan saya juga pernah bertanya kepada pekerja indonesia sendiri mengapa mereka boleh melakukan kerja itu berterusan dalam tempoh yang lama. Mereka menjawab “semuanya bergantung pada diri sendiri bagaimana mereka memikirkannya, jika mereka fikir mereka boleh lakukan walaupun berat mereka boleh lakukan”.
Perkongsian di atas adalah untuk renungan bersama, tiada niat saya untuk menyebelahi sesiapa pun..
November 4th, 2008 at 11:57 am
kalaula kerajaan haramkan pengambilan pekerja asing. itu sajala cara supaya mereka x datang sini
November 11th, 2008 at 4:02 pm
Silapkah org kita tidak mahu bekerja mahupun mereka x mahu ambil org kita bekerja.