Semua maklum negara kita buat sekian lama telah menjadi tumpuan dan dibanjiri kedatangan pekerja warga asing. kalau dulu kita hanya lihat kebanyakannya dari negara jiran kita, Indonesia… sekarang ni dah pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Saya sendiripun dah tak kenal yang mana satu warga Nepal, Vietnam ataupun antara Bangladesh dan India.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini mengesahkan setiap 5 orang pekerja di negara ini, seorang daripadanya adalah pekerja warga asing. Dari 11.3 juta jumlah keseluruhan tenaga kerja di Malaysia ini, 2.2 juta merupakan pekerja asing. Betul ke ni? Macam sikit je?
Ohh… saya percaya itu yang berdaftar. Jika diambilkira yang masuk secara haram, saya rasa mahu mencecah 5-6 juta orang pekerja warga asing di negara ini.
Di mana silapnya? Silapnya orang kita sendiri. Majikan di Malaysia kebanyakannya suka ambil pekerja asing kerana gaji yang murah. Bagi saya mereka ini langsung tiada semangat patriotik dan cintakan negara. Yang penting bagi dia… untung! Untung!Untung!
Orang Malaysia pula bersikap terlalu memilih kerja, kononnya takut jatuh standard. Tradisi dalam keluarga saya, lepas SPM terus kerja sambilan di tapak pembinaan. Selain cari wang poket, ia juga satu bentuk latihan fizikal dan mental yang berkesan. Sekarang ni bila saya tanya kat anak-anak buah saya kenapa tak nak timba pengalaman kerja di tapak pembinaan, mereka berkata kepada saya sambil ketawa, “Haha! Aiseh uncle Lan… ingat kitorang ni Mat Indon ke nak keje kat construction site?”
Hmm.. sikap sebeginilah yang memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga asing ini. Yang ruginya, rakyat Malaysia sendiri. Cuba kita fikir… setiap tahun pekerja asing ini menghantar pulang wang sebanyak RM3.43 bilion! Sebanyak itulah juga hak dan rezeki yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia telah dibolot oleh rakyat warga asing. Renung-renungkanlah…
Recent Comments