Salam Aidilfitri…
Umum September 29th, 2008Pantas sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam mula berpuasa, kini Syawal dah tiba. Semoga semua amalan ibadah kita sepanjang Ramadhan diterima dan juga semoga kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan.
Saya mengambil kesempatan ini menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan atau keterlanjuran kata sepanjang berblogging selama ini. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak lari dari melakukan kesilapan.
Akhir kata, saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua… semoga bergembira dengan keluarga dan sahabat taulan… dan berhati-hati di jalanraya.
Saya doakan semoga semuanya selamat, insyaallah. Salam Aidilfitri….






October 1st, 2008 at 3:06 pm
Jadikan jalinan antara kita terbina ‘Persis Untaian Tasbih’. Ada awal, tiada penghujung. Dibentuk untuk mengingati-NYA. Dicantum kerana cinta-NYA. Diratib semata - mata kerana redha-NYA. Menitis air mata tika merasai kemanisan-NYA. Semoga jalinan ini kekal & dirahmati Allah. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
October 6th, 2008 at 7:43 pm
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin En. Tazilan
October 7th, 2008 at 1:53 pm
Selamat Hari Raya!