Salam Aidilfitri…

Umum 3 Comments »

Pantas sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam mula berpuasa, kini Syawal dah tiba. Semoga semua amalan ibadah kita sepanjang Ramadhan diterima dan juga semoga kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan.

Saya mengambil kesempatan ini menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan atau keterlanjuran kata sepanjang berblogging selama ini. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak lari dari melakukan kesilapan.

Akhir kata, saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua… semoga bergembira dengan keluarga dan sahabat taulan… dan berhati-hati di jalanraya.

Saya doakan semoga semuanya selamat, insyaallah. Salam Aidilfitri….

Padan Muka Amerika…

Umum 9 Comments »

Saya teringat ketika krisis ekonomi sekitar 1997 yang menyebabkan banyak syarikat dan individu ditimpa kesulitan disebabkan kerakusan spekulator matawang yang didalangi oleh George Soros. Saya salah seorang yang turut terjejas teruk ketika itu.

Saya mengikuti dengan teliti langkah-langkah pemulihan yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir ketika itu. Syukurlah dengan kebijaksanaan beliau, kita semua terselamat daripada  malapetaka ekonomi yang lebih teruk lagi.

Antara langkah yang diambil ialah memberi bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat yang berkepentingan besar kepada negara dan rakyat. Antara sebab utamanya untuk mengelakkan kerugian lebih teruk yang berpotensi menyebabkan kehilangan pekerjaan kepada beribu-ribu golongan pekerja.

Namun tindakan ini dikecam hebat oleh pakar-pakar ekonomi dan kewangan yang sebahagian besarnya adalah orang Amerika. Dengan angkuh mereka mengecam dengan mendakwa sepatutnya tindakan membantu (bail-out) syarikat-syarikat tersebut tidak dilakukan dan biarlah sistem kewangan itu sendiri yang menentukan pemulihannya. Read the rest of this entry »

Bisnes Ibarat Kuda Tunggangan…

Keusahawanan 3 Comments »

Hujung minggu lalu saya mengemas bilik pejabat saya (home office). Ketika membelek-belek koleksi buku-buku yang terdapat dalam perpustakaan mini saya itu,  saya terjumpa sebuah buku lama berjudul ‘Hidup Mesti Menang’ tulisan Razzi Armansur yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini amat istimewa dan ada nilai sentimental buat saya  kerana inilah buku pertama berkaitan motivasi dan perniagaan yang saya beli. Kerana buku inilah hidup saya berubah agar berusaha mencapai kejayaan dan bermula dengan buku inilah kini saya memiliki koleksi buku motivasi diri dan perniagaan saya sendiri.

Antara pengajaran yang saya ambil dari buku ini dan masih berpegang kuat sehingga ke hari ini ialah mesti berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam mengendalikan perniagaan kita agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan berdaya maju.

Menurut penulisnya, setiap perniagaan atau bisnes itu boleh diibaratkan sebagai seekor kuda tunggangan yang dipelihara untuk kemudahan dan kepentingan kita. Kuda tersebut kita tunggang untuk bergerak ke mana-mana dan ia juga digunakan untuk membawa beban muatan barangan atau menarik kereta kuda.

Kuda yang dipelihara dengan baik, cukup makan/minumnya dan sihat tubuh badannya pasti memberi kesenangan dan ketenangan kepada tuannya. Itulah perumpamaan ‘kuda tunggangan’ yang dimaksudkan oleh penulis tersebut di mana bisnes yang diuruskan dengan baik akan memberi pulangan dan kesenangan kepada peniaga tersebut.

Sebaliknya, fikirkan apa akan terjadi sekiranya bisnes kita tidak diuruskan dengan teliti dan mula menghadapi masalah. Bayangkan kuda kita itu tidak sihat dan tidak berdaya lagi, betapa berat dan seksanya kita nak pikul kuda itu. Nak ditinggalkan begitu sahaja tak boleh kerana itulah harta dan punca pendapatan kita. Sepatutnya kita yang tungang dia, tapi kini dia pula yang tunggang kita! Tak ke naya tu…

Kesimpulannya, jagalah bisnes kita agar berupaya memberi pulangan dan keuntungan berpanjangan kepada kita, bukannya dirundung masalah, dikelilingi hutang dan menjejaskan keharmonian hidup kita dan keluarga. Wallahu’alam.

Ramadan…

Hebahan 4 Comments »

Salam Ramadan. Syukurlah kita semua dipanjangkan usia dan masih lagi berpeluang menambahkan amal ibadat dalam bulan Ramadan yang mubarak pada tahun ini.

Seperti tahun lepas, di sini saya sertakan link untuk akses ke laman web Al-Quran online. Semoga kita semua diberkatiNya dengan setiap amalan yang kita lakukan, insyaallah. Sila Klik di sini: http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

 

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login