Bisnes Pasar Malam… Ada Sesiapa Yang Tahu?
Tips Bisnes July 23rd, 2008Sebenarnya saya sedang mencari beberapa maklumat berkenaan bisnes di pasar malam, terutamanya bagaimana hendak mendapatkan tapak di sesebuah pasar malam. Banyak persoalan dan tanda tanya telah lama bersarang di fikiran. Pernah juga saya cuba bertanya kepada beberapa peniaga pasar malam tetapi tidak memperolehi jawapan yang saya inginkan.
Bukanlah saya nak bisnes di pasar malam pula tetapi saya mendapat banyak pertanyaan dari pelanggan ebook dan subscribers tentang bagaimana nak mulakan bisnes di pasar malam. Setakat mohon lesen penjaja dari PBT dan dapatkan suntikan kesihatan tu, saya tahulah. Tapi bab prosedur nak dapatkan tapak pasar malam ni, saya memang kabur!
Jadi, jika ada di antara anda yang ada maklumat ini, sudi-sudikanlah kongsi di blog ini. Jika boleh, kongsilah pengalaman dan kerenah yang dihadapi ketika anda mula-mula bisnes di pasar malam dulu, bermula dari mohon lesen sehinggalah memohon tapak pasar malam. Pasti ia akan beri manfaat kepada ramai orang.
p/s: Ada terbaca dalam buku Chef Li tentang eksekutif mee goreng. Dia beli tapak pasar malam dengan harga RM500. Tapak pasar malam ni boleh dijualbeli, ke? Ini yang saya nak tahu ni…






July 23rd, 2008 at 8:22 pm
Saya pernah juga tolong member meniaga pasar malam tetapi di kampung. Kawan saya tu masa tu jual kaset (masa tu cd belum dipasarkan di Malaysia). Tengok dia meniaga macam mudah jer. Bukak jer meja…niaga lepas tu ada staf majlis kutip yuran…tu jer…………..ARB Dagang
July 24th, 2008 at 5:58 am
Memang ada tapak pasar malam yang dijual beli , sehingga mencecah ribuan ringgit berikutan tempat yang strategic dan traffic yang tinggi!
Pergi kat pasar malam, cakap kat peniaga tu “kat mana saya boleh jumpa pengurus tapak pasar malam? ” nanti diorang bagi tau lah.
Kat penang nih bayar secara harian .
July 24th, 2008 at 5:59 am
Tapak pasar malam tidak punya hak milik tapi paham2 jer lah kalau dah mamat tu dok sewa kat tapak yang sama, assume yang tapak tu ‘hak milik’ mamat tu lah.
July 24th, 2008 at 6:01 am
saya pernah gaks meniaga pasar malam nie.. mula2 nak meniaga kena cari kenalan kat pasar malam.. dah dapat kenalan tanya la dia mane kat mana tempat2 yang kosong.. so bila dapat dipastikan tempat2 kosong… bukak jeks meja… kena kat ujung pasar … hujung la…. mula2…
nak bukak meja pada hari pertama adalah pengalaman yang menarik bagi saya la.. menggigil satu badan… ya.. allah.. hanya tuhan yang tahu debaran hari pertama berniaga.. tetapi semangat punya pasal saya teruskan jugaks… alhamdullilah la.. makcik sebelah banyak membantu dan memberi sokongan… tetapi sebelum nie berapa kali x jadi..
lepas tu pergi majlis perbandaran .. jumpa pegawai yang menjaga lesen pasar… sekali datang memang x jumpa.. kena buat temujanji barulah boleh jumpa… mohon kepadanya lesen berniaga di pasar.. bayar rm 100.00 untuk berniaga 3 malam selama setahun.. dan setiap kali berniaga dikenakan bayaran rm 3.00…
pada saya la.. bagus pergi tanya dulu dengan majlis perbandaran.. mana tempat yang kosong… dapatkan lesen..rm 100.00 lepas tu baru la berniaga…
kalau nak dapatkan tapak tu.. memang kena tanya orang yang berniaga kat pasar tesebut..
July 24th, 2008 at 6:04 am
oh silap… rm 100 tu.. lesen untuk berniaga 3 malam seminggu… dan sah lakunya lesen tersebut selama setahun..
July 24th, 2008 at 6:53 am
Cara samseng : Pacak jer payung ngan meja kat MANA2 TAPAK YANG DISUKAI. BUAT BODO JER .
July 24th, 2008 at 6:54 am
Tu nasihat dari kawan saya
July 24th, 2008 at 10:07 am
Haha! Macam senang je bunyinya nak start bisnes di pasar malam ni. Bolehke main pacak je?
Masa tingkatan 3 dulu pernah jual rambutan di pasar malam. Tanya peniaga kat situ kat mana boleh letak meja, dia tunjuk tapak di sebelahnya. Katanya orang tu tak niaga haritu. Lepas tu datang orang majlis perbandaran, bayar sewa tapak RM3, habis cerita. Tapi itu dulu… 21 tahun lalu. Masih sama lagi ke?
Muaz & Allwan, kalau main pacak je, tak kena halau ke? Saya dengar ada persatuan peniaga pasar malam, tak ke jenuh nak menjawab? Pastu, selalu juga saya lihat pegawai PBT ronda, periksa lesen bisnes. Macam mana tu?
July 24th, 2008 at 10:15 am
Lagi satu… saya selalu dengar komplen betapa susahnya dapat lesen. Permohonan baru dibekukan… Agaknya tu yang main pacak aje, ya?
July 24th, 2008 at 4:37 pm
Persatuan ? Mungkin suasana di KL lain berbanding di Penang , kalau disini memang “old schools style” .
For me lah, tak kan tak dapat “maklumat yang betul” membatalkan hasrat untuk cari rezeki?
So for starting pacak jer lah, nanti adalah orang bagi tau “ecek tarak boleh pacak2 bla bla bla bla”
Persatuan nak marah? its not a professional things and action to do that to a new comer, come on lah , its persatuan fault , because not give right information to people .
Now the problem is , people doesn’t know the procedure how to get the tapak, why? because the persatuan is just a persatuan not more than that .
So when berlakunya pacak don’t ever try to blame others.
Anyhow,
I don’t think its too difficult to get tapak , and you know our people’s minded make its look difficult . Maybe you face a little bit “masalah” but its good to try.
July 25th, 2008 at 8:12 pm
mula2… sebelum saya berniaga di pasar. saya memikirkan sama macam bro tazilan ckp.. sama… “boleh ke main pacak jeks.. kalau kena halau dgn PBT macam mana..” tetapi selepas pengalaman pertama kali yang saya ceritakan diatas… saya terpaksa megubah persepsi tersebut,… saya telah mengubahnya kepada kalau hendak meniaga di pasar malam …. pacak jeks payung.. .. tu kalau guna payung… kalau guna meja… bukak jeks meja ….. biasanya x yah guna benda2 tu… jual jeks atas tikar.. contoh.. anak patung… ape nak takut kena halau.. kalau kena halau… balik la… ape ada hal… esok datang lagi….
Pada saya la (ni pendapat sahaja yeks..) ada setetengah2 PBT ni TIDO.. Punch Balik Tido… dibiarkan mamat2 yang menjual vcd berluasa.. sedangkan makcik2 yang menjual anak patung di halaunya.. ada ka patut.. pada hal takde dalam akta PBT tiada yang membenarkan jual cd hiburan di tempat awam… lesen menjual cd hanya di keluarkan oleh pegawai daerah… melalui prosedur2 dan syarat2 tertentu…
tu sebab saya cakap setengah-sesetengah tempat yang PBT nya tido… kat tempat2 macam nie la boleh di pacakkan sahaja payungnya….
jual ais krim la senang.. tongkat je mana2 ..
July 26th, 2008 at 4:34 am
Salam,
Kebetulannya saya ada info terbaik untuk memulakan bisnes pasar malam.
Seorang pengusaha pasar malam juga yang berjaya (income
lebat masyuk hari-hari dari bisnes pasar malamnya..) telah menghasilkan sebuah ebook.
Saya sudahpun membacanya dan memang ianya berguna untuk
dijadikan panduan jika nak berniaga pasar malam.
Klik di sini=> http://www.wangpasarmalam.com
Semoga bermanfaat.
July 26th, 2008 at 7:09 am
Kalau kerana “boleh ker tak boleh” , sampai mati pun kita masih sama, kita nak cari rezeki kenapa pula takut2 , persatuan dan pihak berkuasa hanya pengurus sahaja bukan pemilik dan pemerintah .
Dek kerana lesen, boleh ker tak boleh, kita batalkan hasrat dan akhirnya …. pihak perbandaran ker yang susah? persatuan? no! kita lah.
So kepada sesiapa yang mahu berniaga pasar malam :PACAK JERK
. Lain2 hal kemudian 
July 27th, 2008 at 8:40 pm
betul kata zaki tu…cek web tu atau kalao nak naik kan semangat cek tengok wwwrealestet.blogspot.com……ingat lepas www tu jgn taruk dot
August 7th, 2008 at 12:22 am
[…] “Oooooo…. Monakas.com tu… Ini En Najib owner dia tu rupanya. Ada iras-iras En Tazilan […]
August 28th, 2008 at 2:45 pm
Salam….saya baru jer terpandang yang web saudara ni ada link dengan blog pasar malam saya…tak susah berniaga di Pasar Malam dan tak susah nak dapatkan tapak jika kita gunakan panduan yang betul….
September 11th, 2008 at 10:31 am
saya dah banyak kali anta permohonan kat MPSJ untuk niaga pasar malam.. tapi takde respons langsung.. padahal petak byk lagi kosong.. saya pun ada ter pikir nak pacak je payung..
September 11th, 2008 at 10:36 am
nak cerita pasal pacak.. ramadhan thn lepas saya bukak je meja kat depan satu pasaraya ni..jual tudung n brooch.. saya dok termenung 10 minit kat situ sebelum bukak sbb nak beranikan diri.. org datang berduyung2.. mmg rezeki sbb rite time org tgh buat persiapan hari raya.. hilang terus rasa gementar saya tu bila byk masyuk.. tokeh pasaraya tu ada gak dtg marah.. tp saya slow talk then dia pun ok.. sampai sekarang dah setahun saya niaga masuk ramadhan ni.. memang berbaloi keberanian saya tu.. duit masyuk..kos jimat..takyah byr sewa kedai.. alhamdulillah..
October 23rd, 2008 at 10:27 am
emm… Odah ni minat nak niaga pasar malam.. keperluan dah sedia tapi tak mula2 lagi.. mcm2 perasaan ada. Dah tu apply lesen pun x der response… perlu ke nak pacak je payung tu…?????
October 23rd, 2008 at 6:03 pm
Pacak je lah….. tapi lebih elok jika jumpa ketua peniaga di situ, jika ada. Nanti takdelah gaduh-gaduh atau dakwa-dakwi.
November 13th, 2008 at 5:20 pm
emmm…pasal nak berniaga kat pasar malam ni ada susah senangnyer…biasa arr bisnes..kalau disebelah jb…setiap pasar malam ada persatuannyer….carilah org persatuan tu…tanya tapak…insyaallah ada kosong…kalau dibawah majlis daerah/perbandaran…mesti ada lesen..klu depa dtg check laa..kalau xder kena ler saman…majlis rm30…perbandaran rm100…kalau dah kena saman…pergi ler apply lesen..insyaallah dapat…persatuan biasanyer mintak duit sampah setiap hari org berniaga…ada rm3/rm5….masalah nak pacak tu xder ler hal sgt…pastikan tapak tu betol2 orgnyer xdatang….sya biasa ler pacak memacak ni…hehehehe…
November 20th, 2008 at 11:47 pm
sy ada sikit maklumat nak kongsi berkenaan pasar malam ni sebab sy pun berniaga di pasar malam. harap boleh jadi panduan kepada sesiapa baru nak berniaga pasar malam. setiap pasar malam ada penganjurnya sendiri seperti persatuan penduduk, persatuan peniaga, jkkk atau lain lain. diaorang ni menganjurkan pasar pasar malam di satu satu tempat dan bertanggungjawab mengurus pasar malam tersebut. mereka juga perlu mendapat kebenaran atau lesen dari pihak pbt tempatan. jadi diaorang nilah yang kutip duit tapak daripada peniaga peniaga untuk mengurus pasar malam termasuk membersih. diorang juga mengurus tapak tapak perniagaan untuk peniaga peniaga. dengan cara ni juga diaorang boleh menambah duit tabung persatuan. ada juga pasar malam yang diuruskan sendiri oleh pihak pbt tempatan. kalau nak mula niaga pasar malam ni banyak cabarannya. salah satu cara ialah pacak terus, tapi dengan sedikit panduan, pegi kat pasar pasar malam yang anda nak niaga, tengok kot kot ada tapak kosong, cuba tanya peniaga bersebelahan. mana tau kot kot dia tau tuan punya tapak tu datang atau tak datang. tapi biasanya peniaga peniaga ni kenal antara satu sama lain. lebih lebih lagi bersebelahan jadi kemungkinan besar diorang tau. macam tulah cara sehingga anda dapat tapak. ni tapak sementara. jadi bila dah meniaga tu kena ramah ramah lah mulut bersembang ngan peniaga peniaga tu. biasanya diorang tahu sapa sapa yang cuti berniaga untuk minggu berikutnya, atau pun tapak tapak kosong yang telah ditinggalkan, (pemilik tak niaga lagi). dengan cara ni lama kelamaan anda boleh dapat tapak tetap. atau pun anda boleh tanya kat orang yang kutip duit tapak tu, (biasanya ajk persatuan) minta tapak niaga kat dia. kalau dia cakap cari sendiri maknanya anda carilah sendiri. kalau dia bagi tapak lagi senang.tapi kebanyakan kena cari sendiri tapak niaga ni. tapi nak berniaga ni mestilah berlesen. kekadang boring juga nak apply lesen ni sebab banyak sangat syarat. syarat syarat boleh rujuk pbt tempatan tempat anda, mereka yang uruskan lesen, setiap pbt berlainan syaratnya tapi banyak yang sama. persatuan hanya mengurus pasar malam dan uruskan tapak perniagaan. harap harap dengan sedikit penerangan ni boleh dijadikan panduan. sy ada banyak lagi maklumat dan pengalaman niaga pasar malam ni untuk di kongsi, InsyaAllah ada masa sy menulis lagi.
May 18th, 2009 at 1:24 am
Salam….ramadan hanya akan datang tak berapa lama saja lagi….dengan memiliki ebook The Silent Pasar Malam Billionaire anda juga layak menerima ebook percuma, bagaimana memulakan perniagaan Bazaar Ramadan anda….dapatkan sekarang dengan jumlah stok yang terhad…
June 5th, 2009 at 2:03 pm
kepada sesiapa yang berminat membeli ikan keli untuk di pasarkan di pasar malam, boleh ambil dari tempat saya di Hulu Langat . Saya jual harga $3.00 sekilo.(minimum order 30 kilo), kemudian boleh dijual di pasar malam dengan harga dengan harga $4.00 sekilo. untung banyak. NAk tak? Ikan saya ternak sendiri. dijamin halal. Awi 019-3363 618
September 21st, 2009 at 12:20 pm
salam..selamat hari raya..
saya ada produk minyak wangi tanpa alkohol..(modal sanagt rendah)
yang boleh jual kat pasar malam lengkap dengan banner dan
segala bahan2 untuk untuk menjual..(cuma meja ngan payung sendiri punyalah)tapi sekarang saya tak dapat buat kerana bekerja..sesiapa yang tak ada produk untuk jual kat pasar malam, berminat.. hubungi saya..0193936334 (selangor sahaja)
September 24th, 2009 at 6:05 pm
aku nak berniaga kat pasar malam.tapi aku nak jual akesories pc sahaja.aku ada kompeni kedai aku xde.boleh x?
sewa pasar malam biasa kira macam mana? kedai aku tahu la.deposit 2+1 bil letrik……..
ke idea aku ni idea bodoh?
October 26th, 2009 at 7:15 pm
wei….camne nak mulakan peniagaan kat pasar malam?nak kene wat lesen dulu ker?nak apply kat ner?main pacak payung je japgi kene pacak plak kepale kan…ada apa2 info pasal how to start a business ni tlg lah gi num phone mana2 yg berkaitan untuk bantuan lanjut ye…tq tq
December 28th, 2009 at 2:32 pm
aku dulu pernah gak buat part time bisnes pasar mlm, Kalau boleh, tanyala dulu peniaga sebelah, dptkan info sikit, hormat sikit, otai lama, lps tu main pacak jer le, tapi aku dlu tak pakai meja, jual petai, hehehe, laku giler korang nak tau, xsmpai 2 jam abis petai aku.. tapi skg aku tak bisnes lg, dah lama tinggal bisness pasar mlm nie..susah cari bekalan petai, lgpun aku buat syonok2 jer nak cari pengalaman.
Tapi aku rasa nak mula bisnes balik ler, tapi xtau nak bisnes ape plk. Aku tgh baca buku ‘Buat Duit dengan Pasar Malam’. Terlanjur jmpa kat kedai buku, aku beli ler..bagusler jgk buku tu..korang nak naikkan semangat boleh ler baca2 skit.