Bisnes Pasar Malam… Ada Sesiapa Yang Tahu?
Tips Bisnes 15 Comments »Sebenarnya saya sedang mencari beberapa maklumat berkenaan bisnes di pasar malam, terutamanya bagaimana hendak mendapatkan tapak di sesebuah pasar malam. Banyak persoalan dan tanda tanya telah lama bersarang di fikiran. Pernah juga saya cuba bertanya kepada beberapa peniaga pasar malam tetapi tidak memperolehi jawapan yang saya inginkan.
Bukanlah saya nak bisnes di pasar malam pula tetapi saya mendapat banyak pertanyaan dari pelanggan ebook dan subscribers tentang bagaimana nak mulakan bisnes di pasar malam. Setakat mohon lesen penjaja dari PBT dan dapatkan suntikan kesihatan tu, saya tahulah. Tapi bab prosedur nak dapatkan tapak pasar malam ni, saya memang kabur!
Jadi, jika ada di antara anda yang ada maklumat ini, sudi-sudikanlah kongsi di blog ini. Jika boleh, kongsilah pengalaman dan kerenah yang dihadapi ketika anda mula-mula bisnes di pasar malam dulu, bermula dari mohon lesen sehinggalah memohon tapak pasar malam. Pasti ia akan beri manfaat kepada ramai orang.
p/s: Ada terbaca dalam buku Chef Li tentang eksekutif mee goreng. Dia beli tapak pasar malam dengan harga RM500. Tapak pasar malam ni boleh dijualbeli, ke? Ini yang saya nak tahu ni…






Recent Comments