Bisnes Nasi Lemak Lagi!
Keusahawanan, Inspirasi, Idea Bisnes June 12th, 2008Dalam post terdahulu, saya telah bercerita sedikit mengenai betapa ‘masyuknya’ bisnes gerai nasi lemak berdasarkan pengalaman beberapa hari bantu mertua dengan bisnesnya. Apa tidaknya, saya jadi tukang bungkus dan juruwang… lenguh tangan ini membungkus nasi lemak dan lenguh juga kira duit!
Itu cerita mertua saya yang telah berkecimpung dalam bisnes nasi lemak sejak 20 tahun yang lalu. Orang lama, banyak pengalaman! Kini, saya sambung kisah kejayaan buat duit hasil bisnes nasi lemak juga, tetapi lain sedikit cara dan kaedahnya!

Dalam sibuk-sibuk bantu mertua, saya berpeluang bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan mertua yang rata-ratanya warga emas yang datang berkumpul (melepak?) berhampiran gerai mertua saya. Biasalah… berkongsi cerita pasal agama, politik, harga minyak naik, anak cucu dan sebagainya. Dah pencen, nak cerita apa lagi… ye tak?
Salah seorangnya adalah Pak Din yang menurut mertua saya adalah tokey besar! Mertua saya sempat menunjukkan rumah Pak Din yang terletak tidak jauh dari situ. Wah! Hebat! Tak tahulah bagaimana rupa dalamannya tetapi dari luar ia kelihatan mewah!
Risik punya risik, rupa-rupanya Pak Din sekeluarga juga bisnes nasi lemak tetapi bukanlah seperti mertua saya yang membuka gerai. Sebaliknya Pak Din sekeluarga hanya mengusahakan bisnes nasi lemak bungkus sahaja. Macam mana tu?
Begini… setiap hari Pak Din dan ahli keluarganya akan memasak dan menyediakan 2000 bungkus nasi lemak. Semua kerja-kerja memasak dan membungkus ini dilakukan di ruang khas di rumahnya sendiri dengan dibantu oleh krew seramai 7 orang yang terdiri daripada anak-anak dan jirannya.
Istimewanya, mereka tak perlu keluar untuk menjual nasi lemak tersebut. Kesemua nasi lemak yang telah siap dibungkus itu akan diambil sendiri oleh para pelanggannya yang terdiri daripada pengusaha restoran cina dan mamak!
Fakta menarik: Pak Din hanya mempunyai 5 pelanggan sahaja iaitu pengusaha restoran cina dan mamak tadi. Sebelum subuh, mereka akan datang sendiri ke rumah Pak Din untuk mengambil bekalan nasi lemak bungkus dengan van masing-masing.
Khabarnya Pak Din menjual nasi lemak yang siap dibungkus itu pada harga 80 sen dan ia akan dijual semula oleh pengusaha restoran pada harga RM1.30. Jadi kiralah pendapatan kasar harian Pak Din:
2000 bungkus nasi lemak x 80 sen sebungkus = RM1600 sehari!
Katalah kos beras, bahan masakan dan upah pekerja memakan 50% daripada jumlah tersebut, ini bermakna Pak Din dapat income bersih RM800 sehari!
Hmm… macam-macam cara kita boleh cari rezeki di bumi Allah ini. Terpulanglah kepada kita cara mengusahakannya. Bak kato oghang kampung den, si Nabil tuu… “lu pikirlah sendiri… assalamualaikum!”


































June 14th, 2008 at 11:38 pm
Walaupun nasi lemak nampak berapa sen sahaja untungnya sebungkus tetapi kalau terlalu banyak bungkusnya…banyaklah untungnya.
Pernah suatu ketika dulu di Jalan Chow Kit LHDH pernah buat intipan kepada peniaga nasi lemak. Rupa-rupanaya kalau di kira-kira boleh jadi jutawan senyap. Sebelum tu terlepas dari cukai pendapatan….Siapa sangkakan
ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com
June 15th, 2008 at 11:50 pm
tu baru nasi lemak, bayangkan kalau dia buat gak nasi ayam,nasi dagang,nasi minyak, nasi apa yg biru-biru tuh, ha bayangkan..tak terkira dek kalkulator.
June 17th, 2008 at 2:21 pm
dulu aku penah jual nasi lemak masa belaja dulu utk tampong hidup..jual bilik ke bilik..mmg menguntungkn..shari aku leh jual dlm 30bungkus+air+burger
(40×1.00)+(30×0.50)+(40×1.00)=30+15+40=RM95.00
tolak modal=24+5+20=RM49
Untung=RM46..pas kena bg dua ngan membe..wlpn xbyk tp bbaloi la sbb bkn kena buat pn..upah org buat..kalu sendiri lg btmbh utg..pas2 aku jual..keje 2 jam shari je..
itu br sdikit je..kalu betol2 pandai,xmustahil leh kaya hanya dgn jual nasi lemak ni..yg penting usaha dan tawakal..erm,aku lom kaya lg..masih kayap..
June 23rd, 2008 at 8:17 pm
Perniagaan Nasi Lemak atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya adalah amat menguntungkan. Saya sanggup berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Saya telah berkecimpungan dalam perniagaan Nasi Lemak (Deli Nasi Lemak - Sunway Pyramid - 2 lot. LL2 and F1.100B Level 1) selama 11 tahun dan alhamdulliah, saya mampu menyara keluarga.
June 23rd, 2008 at 11:07 pm
Betul tu…. Pak DIn lagi untung ..
tapi sekarang ni harga beras dah naik susah juga peniaga nasi lemak..
Nak dapat beras bawah RM20 payah.. terpaksa mengurangkan nasi..
June 24th, 2008 at 10:39 am
bebe..patutla ramai orang jual nasi lemak sekarang..
July 24th, 2008 at 9:13 am
memang la ok kalu jual nasi lemak..memang blh bg untung..
tp mcm mana pula dgn tempah saya ni….dah la pulau kecil.. memang la pulau cantik…tp rakyat tak ramai.. nak jual apa pun susah nak untung..”bleh tak bg tips barang apa yg patut di jual kat tmpt yg kecik mcm kat tmpat saya ni..” hehehe
July 26th, 2008 at 11:23 am
aku baru cadang nk jual nasi lemak…yg da siap bungkus.buat permulaan aku nk bg hubby aku jual kat tmpat keja dia.bila da ok n dpt smbutan br aku nak wat meluas skit.tp aku nk minta pndapat yg pakar la…ok tak aku jual nasi lemak telur rm1.00 n nasi lemak rendang kerang rm1.50?
August 5th, 2008 at 9:08 am
Deli Nasi Lemak boleh kongsi pengalaman macamana nak mulakan perniagaan nasi lemak?
September 11th, 2008 at 2:11 pm
ermm..nasi lemak.. saya start belaja meniaga masa zaman sekolah dulu.. mak buat nasi lemak n kami adik-beradik jual kat sekolah.. makcik kantin sampai marah2 sbb kat kantin pun ada jual nasi lemak.. bila dah grad.. saya komersialkan perniagaan nasi lemak mak.. memang nasi lemak lah yang membesar n menyekolahkan kami.. kini, mak dah tua n tak larat.. nasib baik ada pewaris. Adik saya dan suaminya kini yang meneruskan perniagaan nasi lemak..