Baby Baru & Kisah Keusahawanan…
Keusahawanan, Inspirasi June 5th, 2008Assalamualaikum dan salam hormat…
Beberapa minggu kebelakangan ini saya seakan terpaksa bercuti atau berehat daripada bisnes online. Begitu banyak perkara berlaku dan menuntut penyelesaian yang di luar kebiasaan.
Selain kesibukan bisnes (offline) dan musim cuti sekolah, kami sekeluarga juga begitu sibuk dengan kehadiran orang baru. Ya, puteri keempat kami, Nur Alaina Zafirah selamat dilahirkan pada 27 May 2008 lalu di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju.

Sama seperti 3 kelahiran sebelum ini, isteri saya akan berpantang di rumah orang tuanya di Wangsa Maju. Maka di sinilah kami anak-beranak akan berkampung dan selama tempoh itu jugalah rumah kami di Puchong ditinggalkan tidak berpenghuni.
Dalam tempoh berkampung di rumah mertua ini saya juga telah berkesempatan didedahkan dengan rutin harian bisnes nasi lemak yang diusahakan oleh bapa mertua saya. Sesungguhnya pengalaman membantu mertua di gerai nasi lemaknya membuktikan kebenaran seruan Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li - penulis buku Menjejaki Jutawan Senyap) yang menggalakkan orang kita memperkasakan ekonomi keluarga dengan bisnes berasaskan masakan atau makanan.

Sememangnya banyak cara memperolehi rezeki, namun saya tidak pernah menyangka bisnes seumpama ini mampu memberi pulangan sebegitu lumayan! Bisnes nasi lemak ini bermula seawal 6.30 pagi dan biasanya berakhir sekitar 9.15 pagi dengan purata jualan harian mencecah RM400-500!
Anda sendiri boleh congak… dengan margin keuntungan lebih 100% dan bisnes 6 hari seminggu, berapakah pendapatan bersih bisnes ini. Bisnes ‘cash’ pulak tu.. takde hutang-hutang!
Jadi, jika ada di antara anda yang selama ini pandang sebelah mata pada bisnes jajaan sebegini… fikirkan semula, lebih-lebih lagi dengan keadaan inflasi dan kenaikan harga minyak mendadak sekarang ini.
Oh ya… saya juga berkesempatan bertemu seorang lagi usahawan jajaan yang lebih hebat pendapatannya. Kisahnya akan saya paparkan dalam post akan datang, insyaallah! Semoga ia memberi kita iktibar dan membuka perspektif baru dalam pemikiran kita terhadap bisnes!
Sehingga berjumpa lagi…


































June 7th, 2008 at 1:44 am
Tahniah bro Tazilan
Haha… ya.. jangan sesekali pandang rendah kepada peniaga jalanan kerana mereka adalah jutawan senyap!
June 7th, 2008 at 8:40 am
Tahniah diatas kelahiran orang baru En. Tazilan
Meraka ni yang dikenali sebagai jutawan senyap… sape yang tak baca buku tu memang tak tau tapi bagi yang dah baca tu diorang tau mereka ni jutawan senyap… sehari boleh dapat RM400-500 kalu sebulan wow.
June 9th, 2008 at 4:05 pm
Memang betul berniaga nasi lemak lumayan,
cuma org melayu kita perlu upgrade cara bisnes
dgn membuka rangkaian kedai nasi lemak. Bukan setakat satu cawangan saja, kerana self-employed masih lagi “WORK-Trade your Time into Money” bukan NETWORK ” Trade your time and other people time for Money”…Network lebih secure dan akhirnya belajar upgrade ke 4th Generation Business Model “WORK Less EARN More”
June 9th, 2008 at 4:30 pm
…firstly, tahniah atas kelahiran ‘orang baru’.
…saya kategorikan diri saya peniaga jalanan sebab ada biz pasar malam. RM400 - 500, mmg betul (bukan semua)tapi ada yang buka beberapa cawangan?? lagi banyak kan?
…Tapi ada satu hari tu saya borak dgn budak jaga pam petronas, dia tanya keje apa? saya katakan pasar malam… dgn nada terkejut dia kata, boleh pakai kereta?? Saya jawab, kawan saya yang berniaga daging, boleh bayar gaji dia dan sorang lagi kawan dia untuk kerja sales satu hari…
June 15th, 2008 at 11:53 pm
rasanya kalau jual nasi lemak kat internet ni boleh laku tak? takut basi jer sebelum sempat deliver..
June 16th, 2008 at 1:20 pm
memang betul… meniaga makanan ni memang menguntungkan… tapi… ade tapi…. cabarannya agak besar jugak…
kalau dari segi persaingan tu, of course lah. mana2 biz pun ada persaingan. tapi yg xbestnye sifat PHD yg ada pada pesaing2 dan BUKAN PESAING!
abg saya yg duk kat penang ada kisah ngeri yang diceritakan kpd saya. dia keje technichion kat kilang tapi sambil2 tu buat partime jual nasi lemak ms cuti ngan isteri & anak2nya. minggu 1st sales ok. 2nd pun ok. masuk minggu ketiga… org yang lalu lalang nk beli nasi lemak, tak nampak gerai abg saya tu. org benti kejap pastu terus pegi mcm tu je…
sbb abg saya sendiri pun alami benda yg sama. masa dia dtg ke gerai tu, dia tak nmpak gerai tu. 3kali abg saya pusing baru lah nmpak….ntah bomoh mane la dorg upah tuk mengghaibkan gerai abg saya tuh.
hm ada lagi kisah seterusnya. tapi cukup la setakat tu dulu…oleh yg demikian, bersiap sedia lah dgn ujian&dugaan yg mcm ni kalo nk meniaga makanansifat org kita ni suka bdengki2. sampai bila lah nak mcm ni…saya pun xtau
June 23rd, 2008 at 11:14 pm
Memang bisnes makanan mampu memberikan kekayaan kepada peniaga.
Saya sendiri perasan bagaimana mereka bekerja hanya dari 7pagi -1 ptg.. Dan rilek je .. tak perlu nak hadapi birokrasi dan politik kerja..
June 24th, 2008 at 10:48 am
kalau barang kita sedap. Memang laku..
September 13th, 2008 at 9:47 pm
Betul2.. Bila kena selera pelanggan maka ramai la yg singgah. Lokasi pun main peranan..
Tak terlamabt to wish tahniah ye tak?