Jual Jet Pejuang Di eBay!
Inspirasi, Idea Bisnes June 23rd, 2008Cerita ini saya petik dari akhbar Harian Metro edisi Isnin 23 Jun 2008.

Ini lagi bukti apa sahaja boleh diniagakan di laman lelong eBay asalkan kita tahu apa yang akan menarik minat bakal pembeli. Selain buku, cakera padat, peralatan komputer dan pakaian murah, pernahkah terlintas di fikiran anda ada orang berjualbeli jet pejuang tentera di laman lelongan eBay? Ehh… ada!
Baru-baru ini seorang rakyat Britain, Chris Wilson (gambar atas) telah menawarkan sebuah jet tempur jenis Sea Harrier milik Tentera Udara DiRaja Britain yang tidak digunakan lagi di eBay.com. Bidaan yang diterima telah mencecah RM68,000 dan Chris berharap ia akan mencecah sasarannya iaitu RM167,000 tidak lama lagi.
Chris yang merupakan bekas anggota tentera udara Britain memang mengumpul, memulihara dan menyimpan pesawat lama tentera sebagai mata pencariannya. Yang menariknya, pelanggan utamanya terdiri daripada para pemain bolasepak berstatus jutawan, syarikat korporat dan juga muzium!
Yang pasti, mereka ini membida untuk mendapatkan pesawat pejuang ini bukanlah untuk menerbangkannya. Sebaliknya ia hanya akan dipamerkan di halaman rumah atau perkarangan syarikat mereka sebagai hobi atau simbol kemewahan. Ini kerana pesawat tersebut kini hanya berfungsi sebagai perhiasan kerana ia tidak lagi berenjin!
Okey jugak, kan?






June 23rd, 2008 at 9:23 pm
memang itulah kuasa ebay. Tetapi produk military memang susah sket nak jual kat ebay. Melainkan penggunanya warga USA.
June 24th, 2008 at 10:29 am
waa. boleh tahan. Rasanya-ranya la kan. Ada tak orang kumpul teksi atau lori??
June 27th, 2008 at 7:41 pm
Kalau orang Malaysia beli scrap kenderaan atau pesawat milik tentera Malaysia, kemudian lelong kat eBay pun tak boleh ke?
July 2nd, 2008 at 6:56 pm
Itu namanya kreatif. Kreatif dan usaha akan membuahkan hasil yang menakjubkan. Fikir-fikirkanlah……ARB Dagang
July 3rd, 2008 at 12:56 am
Lepas ni ada tak mana2 bro otai yang akan keluarkan ebook “Rahsia buat duit dengan ebay” lak..he he
July 3rd, 2008 at 8:33 am
Oops! sorry tak perasan lak ada otai yang dah buat ebay ebook..cuma ‘curious’ sikit mengenai hukum urusniaga di eBay.. kalau satu barang yang dah ‘tak de harga’ boleh dijual pada harga yang jauh lebih tinggi dan tak masuk akal..adakah ianya dibolehkan ( halal)?