Jual Jet Pejuang Di eBay!

Inspirasi, Idea Bisnes 6 Comments »

Cerita ini saya petik dari akhbar Harian Metro edisi Isnin 23 Jun 2008.

Lelong jet di ebay!

Ini lagi bukti apa sahaja boleh diniagakan di laman lelong eBay asalkan kita tahu apa yang akan menarik minat bakal pembeli. Selain buku, cakera padat, peralatan komputer dan pakaian murah, pernahkah terlintas di fikiran anda ada orang berjualbeli jet pejuang tentera di laman lelongan eBay? Ehh… ada!

Baru-baru ini seorang rakyat Britain, Chris Wilson (gambar atas) telah menawarkan sebuah jet tempur jenis Sea Harrier milik Tentera Udara DiRaja Britain yang tidak digunakan lagi di eBay.com. Bidaan yang diterima telah mencecah RM68,000 dan Chris berharap ia akan mencecah sasarannya iaitu RM167,000 tidak lama lagi.

Chris yang merupakan bekas anggota tentera udara Britain memang mengumpul, memulihara dan menyimpan pesawat lama tentera sebagai mata pencariannya. Yang menariknya, pelanggan utamanya terdiri daripada para pemain bolasepak berstatus jutawan, syarikat korporat dan juga muzium!

Yang pasti, mereka ini membida untuk mendapatkan pesawat pejuang ini bukanlah untuk menerbangkannya. Sebaliknya ia hanya akan dipamerkan di halaman rumah atau perkarangan syarikat mereka sebagai hobi atau simbol kemewahan. Ini kerana pesawat tersebut kini hanya berfungsi sebagai perhiasan kerana ia tidak lagi berenjin!

Okey jugak, kan?

 

Bisnes Nasi Lemak Lagi!

Keusahawanan, Inspirasi, Idea Bisnes 10 Comments »

Dalam post terdahulu, saya telah bercerita sedikit mengenai betapa ‘masyuknya’ bisnes gerai nasi lemak berdasarkan pengalaman beberapa hari bantu mertua dengan bisnesnya. Apa tidaknya, saya jadi tukang bungkus dan juruwang… lenguh tangan ini membungkus nasi lemak dan lenguh juga kira duit!

Itu cerita mertua saya yang telah berkecimpung dalam bisnes nasi lemak sejak 20 tahun yang lalu. Orang lama, banyak pengalaman! Kini, saya sambung kisah kejayaan buat duit hasil bisnes nasi lemak juga, tetapi lain sedikit cara dan kaedahnya!

Nasi Lemak Bungkus

Dalam sibuk-sibuk bantu mertua, saya berpeluang bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan mertua yang rata-ratanya warga emas yang datang berkumpul (melepak?) berhampiran gerai mertua saya. Biasalah… berkongsi cerita pasal agama, politik, harga minyak naik, anak cucu dan sebagainya. Dah pencen, nak cerita apa lagi… ye tak?

Salah seorangnya adalah Pak Din yang menurut mertua saya adalah tokey besar! Mertua saya sempat menunjukkan rumah Pak Din yang terletak tidak jauh dari situ. Wah! Hebat! Tak tahulah bagaimana rupa dalamannya tetapi dari luar ia kelihatan mewah!

Risik punya risik, rupa-rupanya Pak Din sekeluarga juga bisnes nasi lemak tetapi bukanlah seperti mertua saya yang membuka gerai. Sebaliknya Pak Din sekeluarga hanya mengusahakan bisnes nasi lemak bungkus sahaja. Macam mana tu?

Begini… setiap hari Pak Din dan ahli keluarganya akan memasak dan menyediakan 2000 bungkus nasi lemak. Semua kerja-kerja memasak dan membungkus ini dilakukan di ruang khas di rumahnya sendiri dengan dibantu oleh krew seramai 7 orang yang terdiri daripada anak-anak dan jirannya.

Istimewanya, mereka tak perlu keluar untuk menjual nasi lemak tersebut. Kesemua nasi lemak yang telah siap dibungkus itu akan diambil sendiri oleh para pelanggannya yang terdiri daripada pengusaha restoran cina dan mamak!

Fakta menarik: Pak Din hanya mempunyai 5 pelanggan sahaja iaitu pengusaha restoran cina dan mamak tadi. Sebelum subuh, mereka akan datang sendiri ke rumah Pak Din untuk mengambil bekalan nasi lemak bungkus dengan van masing-masing.

Khabarnya Pak Din menjual nasi lemak yang siap dibungkus itu pada harga 80 sen dan ia akan dijual semula oleh pengusaha restoran pada harga RM1.30. Jadi kiralah pendapatan kasar harian Pak Din:

2000 bungkus nasi lemak x 80 sen sebungkus = RM1600 sehari!

Katalah kos beras, bahan masakan dan upah pekerja memakan 50% daripada jumlah tersebut, ini bermakna Pak Din dapat income bersih RM800 sehari!

Hmm… macam-macam cara kita boleh cari rezeki di bumi Allah ini. Terpulanglah kepada kita cara mengusahakannya. Bak kato oghang kampung den, si Nabil tuu… “lu pikirlah sendiri… assalamualaikum!”

Baby Baru & Kisah Keusahawanan…

Keusahawanan, Inspirasi 9 Comments »

Assalamualaikum dan salam hormat…

Beberapa minggu kebelakangan ini saya seakan terpaksa bercuti atau berehat daripada bisnes online. Begitu banyak perkara berlaku dan menuntut penyelesaian yang di luar kebiasaan.

Selain kesibukan bisnes (offline) dan musim cuti sekolah, kami sekeluarga juga begitu sibuk dengan kehadiran orang baru. Ya, puteri keempat kami, Nur Alaina Zafirah selamat dilahirkan pada 27 May 2008 lalu di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju.

Our latest edition!

Sama seperti 3 kelahiran sebelum ini, isteri saya akan berpantang di rumah orang tuanya di Wangsa Maju. Maka di sinilah kami anak-beranak akan berkampung dan selama tempoh itu jugalah rumah kami di Puchong ditinggalkan tidak berpenghuni.

Dalam tempoh berkampung di rumah mertua ini saya juga telah berkesempatan didedahkan dengan rutin harian bisnes nasi lemak yang diusahakan oleh bapa mertua saya. Sesungguhnya pengalaman membantu mertua di gerai nasi lemaknya membuktikan kebenaran seruan Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li - penulis buku Menjejaki Jutawan Senyap) yang menggalakkan orang kita memperkasakan ekonomi keluarga dengan bisnes berasaskan masakan atau makanan. Read the rest of this entry »

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login