Cerita ‘Duit Kecik’…
Tips Bisnes, Inspirasi May 6th, 2008Saya percaya perkara ini telah lama dan biasa berlaku, cuma kita anggap ia sebagai perkara remeh. Namun akhir-akhir ini sering terjadi kepada saya sehingga terdorong saya menulis mengenainya di sini.
Saya ni amat gemar pergi ke pasar malam atau pasar tani. Pantang terjumpa, pasti saya singgah! Selain seronok tengok pelbagai juadah dan jualan, saya gemar melihat telatah para peniaga kita. Macam-macam!

Namun apa yang ingin dikongsikan di sini ialah sikap sesetengah peniaga yang tidak ambil berat atau sering terlupa menyediakan duit kecil secukupnya bagi tujuan pemulangan wang baki kepada pelanggan.
Memang tak selesa bila membeli tapi menghadapi kesukaran kerana peniaga tiada wang kecil secukupnya untuk memulangkan baki. Jika peniaga ada inisiatif tukar duit dengan gerai sebelah takpelah juga… tapi ada yang berani menyuruh kita cari duit kecil dahulu dan datang semula bayar kepadanya! Padahal harga bihun sup tu harganya RM3 dan saya menghulurkan not RM5 sahaja!
Perkara ini saya alami sendiri beberapa kali 2-3 minggu kebelakangan ini. Bukan satu gerai sahaja, tetapi beberapa gerai di beberapa lokasi. Ada satu ketika, seorang pemuda Cina hanya mampu menggelengkan kepala dan meletakkan kembali satay yang dipesannya kerana peniaga tersebut tiada wang tukar bagi harga satay RM7.50 sedangkan pemuda tersebut hanya memberikan not RM10! Kan dah hilang satu pelanggan!
Rasanya sudah jadi kebiasaan orang kita akan bawa beberapa keping not RM10 ke pasar malam, paling besarpun not RM50. Jadi sewajarnyalah para peniaga buat persediaan menyediakan wang tukar yang secukupnya sebelum memulakan bisnes pada hari tersebut.Sediakan duit kecil secukupnya juga sebahagian dari khidmat pelanggan.
Kepada peniaga yang tidak pernah memberi masalah kepada pelanggan dalam hal duit tukar ini, saya ucapkan tahniah! Anda memang peniaga yang cekap!


































May 6th, 2008 at 4:26 pm
Memang betul,saya kalau pergi ke pasar malam memang suka pecahkan duit besar.Maklum ada anak kecil,kalau dah ada duit kecil senang.Tapi,meng rata-rata penjual memang tak standby duit kecil,malah suruh kita tunggu barang jualan dia sementara dia pergi menukar duit kecik.
Memang menyusahkan,harap para penjual khususnya bangsa melayu cekap sikit,contohi orang cina walaupun 0.10 sen tetap berkira.
Sedia duit kecik,habis cerita!
May 6th, 2008 at 11:38 pm
satu lagi,sesetengah peniaga terutama bangsa kita ni,kalau kita kata takde duit kecik, dengan muka masam mereka pulangkan baki duit kita tanpa ucapan terima kasih pun. Pelanggan yang tak selesa tak akan kembali lagi!!
1 lagi pengalaman, bila saya meminta plastik tambahan untuk pisang goreng yang banyak minyak..Pehh,dengan muka masam mencuka dihulurkan jugak plastik tu. Yang kurang manis lagi bila diucap terimakasih, bukan nak jawab..sebaliknya paling muka lagi niii…Hai, bukan orang lain…ORANG KITA..
May 12th, 2008 at 12:00 pm
Memang betullah cakap anda. Saya kerja di salah sebuah hotel,selalu menghadapi masalah duit kecil,sebabnya akaun tidak ambil berat tentang ini. Yang handle bahagian kewangan 2 seorang je,kalau dia cuti tak de sesiapa nak handle. Sebagai jalan alternatif, kadang2 saya guna duit saya dulu dan tukar dengan rakan siap2 sebelum mula kerja. Itu pun kalau dapat,kalau tak dapat, bila guest nak tukar duit kecil,saya nyatakan perkara sebenar,nak tahu apa yang terjadi…
Saya kena marah lah dengan guest 2….
http://rahsiamudah1.blogspot.com
May 13th, 2008 at 8:44 am
memang perangai org kita mcm tu, saya pun selalu terkena. kalau mcm tu selalunya saya tinggalkan aje, tak beli.
May 14th, 2008 at 3:40 pm
Betullah duit kecil selalu takde…
Akan menyebabkan kehilangan pelanggan nie
May 15th, 2008 at 9:11 pm
… isu yang menarik! saya memang meniaga pasar malam. saya so far memang ada prepare hari-hari at least RM200 duit kecik. Dan sambil meniaga dapat balik duit kecik2.Tapi kadang-kala memang duit RM50 / RM100 penuh dalam poket (esp time gaji / lepas makcik2 menoreh…
tapi attitude saya, takkan komplen walaupun dia bayar utk rm5. kalu takde, saya cuba tanya sebaik mungkin.
..sebabnya? saya cuba jaga imej dan reputasi saya sebagai org terpelajar!
… tapi nasihat saya kepada pelanggan- cuba bagi duit kecik sebab mcm sesetengah peniaga (kawan2 saya- sampai ada lebih 10keping duit rm50 sahaja dlm bekas duit diorang)
May 23rd, 2008 at 11:19 pm
saya selalunya pergi ke pasar malam bawak duit sikit je dalam sepuluh ringit je..kekadang cukup..kekadang tak cukup..tapi kalau leh la memang bagus bawak duit kecil senang diorang nak bayar balik..iyela pekerja pasar malam mana la ada duit pecah iye tak??cian kat diorang nak cari sana nak cari sini
May 29th, 2008 at 3:18 am
aku tak kesah. Diorang yang rugi kan kalau wat camtu. mungkin diorang dah kaya. Tak pandang sangat duit tu..
June 23rd, 2008 at 1:02 am
itu sebenarnya taktik peniaga.dalam2 ramai customer tu mesti ade yang akan cakap,takpelah,keep the change.hehe kalau 10 customer macam tu,lu pikir la sendiri
June 24th, 2008 at 10:42 am
keep the chance? Jangan harap aku cakap benda tu..
June 25th, 2008 at 11:24 am
nak katakan taktik pun bukan jugak ye, sbb dah kehilangan pelanggan tu. adeh kan peniaga ni kena bijak…apalah nak jadi. takkan duit kecik pun peniaga tak boleh sediakan, ini berani pula suruh pelanggan pegi tukar duit kecik d tempat lain..adeh poning den.