Terbukti - Parti Politik Semuanya Sama…
Politik April 9th, 2008Selepas 8 Mac 2008, saya dengan penuh minat mengikuti perkembangan politik negara. Sudah tentulah tumpuan saya lebih kepada 4 negeri yang telah bertukar pentadbiran iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.
Jangan salah sangka, saya bukannya berminat mencari kelemahan, kesalahan atau kekurangan pentadbiran parti-parti yang selama ini hanya tahu membangkang sahaja. Sebaliknya saya dengan penuh minat mengenalpasti kekuatan, kelebihan dan kebaikan ‘pemerintah baru’ ini… manalah tahu, kalau terbukti mereka bagus, prihatin dengan keperluan rakyat dan berupaya penuhi manifesto pilihanraya, saya mungkin akan memberikan sokongan moral kepada mereka pula pada PRU13.
Biasalah, banyak juga perkara dan isu yang telah dibangkitkan, mempertikaikan tindakan dan cadangan kerajaan-kerajaan baru yang belum pun setahun jagung ini. Namun sebagai insan yang rasional, waras dan terbuka, saya berasakan wajar kita beri peluang kepada mereka ini menunjukkan kebolehan mereka. Lagipun, inilah kerajaan pilihan rakyat. Let them show what they have in store for us. Let them prove to us that they are as sincere, truthful, clean, democratic and trustworthy as they claimed they are…
Namun berita kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) meluluskan RM100 juta bagi projek ladang ternakan babi di Sepang, Selangor benar-benar mengejutkan saya.
Pertamanya, kerana tak sampai 40 hari berkuasa, inilah projek mega pertama yang diumumkan oleh kerajaan PR di Selangor! Menteri Besar TS Khalid kata ia telah diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini, tetapi yang nyatanya mengapa pula kelihatannya kerajaan baru ini yang tak sempat-sempat mengumumkan kelulusan projek ini? Saya terfikir, terkena tekanan & penangan DAP kah, setelah mereka tak dapat jawatan Timbalan MB, maka TS Khalid dan 3 exco dari PAS terpaksa akur?
Jelas sekali penduduk Sepang sendiri menolak dan marah kerana tidak dibawa berunding. Kata Pakatan Rakyat, jadi kenalah berpakat dengan rakyat terlebih dahulu dalam memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan kehidupan rakyat. Jangan diulangi kesilapan sama yang banyak kerajaan BN dulu lakukan…
Keduanya, saya terkejut 3 exco PAS memberikan restu, persetujuan dan sokongan mereka ke atas projek ternakan babi ini, lebih-lebih lagi dengan Dato Dr. Hassan Mohamed Ali yang saya kenali secara peribadi ketika sering berurusan dengan syarikat beliau ketika saya berkhidmat dengan nTV7 dahulu. Rasa tak percaya beliau terlibat dalam meluluskan perkara ini. Tangan Dato terikatkah?
Lagipun ketika kempen pilihanraya lalu di Sepang, bukankah parti PAS mengedarkan risalah agar penduduk dan pengundi menentang projek ternakan babi di Sepang ini? Antara kenyataan yang terkandung dalam risalah itu… tiada tempat lainkah? Mengapa pilih Sepang yang majoritinya kawasan Melayu?
Tapi kini bila dah pegang pentadbiran negeri, lain pula rentak exco-exco PAS ini. Hmmm… betul kata salah seorang sahabat saya… kalau dah namanya ahli politik, bila dah pegang kuasa, semuanya sama!
Saya boleh bayangkan jika kerajaan BN yang buat keputusan sebegini, pasti hangat disensasikan ke seluruh negara oleh PAS! Sekarang?
Jadi kenapa pula kita sebagai rakyat mesti berpecah-belah dan bersengketa kerana spesies yang bergelar ahli politik ini? Lebih baik kita tumpukan kepada memperkasakan pendidikan dan ekonomi bangsa, bermula dengan diri dan keluarga kita sendiri. Itu lebih selamat dan menjamin masa depan, insyaallah.






April 10th, 2008 at 4:40 am
Kan tan sri khalid kata khir toya yang luluskan RM100 j untuk project ladang babi tu ………………
Saya percaya pada tan sri khalid dan ikut lojik mana sempat baru jer sebulan lebih amik pemerintahan untuk luluskan RM100 j , rilek arr yang khir toyo amik tanah rakyat selangor kemudian jual balik pada pkns lagi teruk ……
Bro tak bley cakap sama, sebab bn nih kotor ……. pastu jarang bn leader bagus , bro tak bley cakap macam tu…. lagipun media yang mengembar-gembur, menghentam kerajaan baru ……. rasional lah skit , matang lah skit .
Kenapa tak sebut malaysia pengamal islam hadhari merupakan pengeksport daging babi NOMBOR 1 DI DUNIA ????
Tindakan tu bijak sebenarnya, iaitu dengan kumpulkan semua ladang ke satu ladang dan diuruskan dengan teknologi penternakan moden.
April 10th, 2008 at 11:56 pm
Saudara tazilan sendiri seorang blogger. Anda bukanlah termasuk dari golongan mereka yg di bawah tempurung yg tak tau apa-apa ttg internet. Gunakan sepenuhnya saluran internet utk cari maklumat ttg politik. Pastu buat penilaian yg sewajarnya. Janganlah saudara jadi macam org tua2 kat kampung yg hanya bersumberkan tv dan radio yg ketinggalan zaman dan berat sebelah. Cmon brother. Ini zaman IT.
April 11th, 2008 at 8:58 am
inilah politik…. dunia pit dunia… wala pil akhirah . limaza ya ahi..
April 12th, 2008 at 10:07 am
Betul apa yang hrmis sebut,
Saudara seorang yang mahir dalam dunia internet. Saudara dipandang tinggi oleh orang lain.
Jangan jatuhkan maruah saudara dengan percaya pada propaganda murahan kerajaan BN.
Kalau dulu, UMNO sanggup meluluskan dan membina beratus-ratus ladang ternakan babi yang kotor diserata Selangor menyebabkan sisa-sisa babi ternakan UMNO tersebut mencemarkan alam sekitar.
UMNO langsung tidak ada sensiviti tentang umat Islam di Selangor.
Alhamdulillah dengan kebijaksanaan DAP, PKR dan PAS, telah dikumpulkan semua babi-babi ternakan UMNO ini disatu tempat dengan sistem ladang yang canggih supaya tidak mengganggu umat Islam dan tidak cemarkan alam sekitar.
That is the point.
April 14th, 2008 at 10:28 am
Terima kasih atas komen anda semua. Pelik juga lebih ramai yang respon kepada post ini melalui email. Apapun terima kasih atas pandangan anda itu.
Saya hanya tersenyum kerana sudah menjangka reaksi anda terutamanya yang pro PR. Saya tersenyum kerana anda tidak dapat melihat mesej yang ingin saya sampaikan.
Untuk makluman pembaca, adalah tidak benar jika anda memiliki persepsi saya hanya mendapatkan sumber berita dari media yang dikuasai kerajaan BN sahaja. Saya melanggan & membaca 6 akhbar sehari, terbaru ialah Sinar Harian (media terbaik kerana beri liputan yang adil & saksama). Sumber berita dari internet, jgn cakaplah. Semua blog parti PR saya daftar jadi subscriber sejak sekian lama.
Saya menulis tentang kebenaran dan tidak berasa maruah saya tercalar disebabkan hanya ingin mengutarakan isu yang benar.
Kisahnya projek ini diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini. Namun polemik bermula apabila kerajaan PR nak meneruskannya! Tidaklah anda lihat tarik tali antara kedua kerajaan ini? Kedua-dua BN dan PR saling tolak-menolak imej negatif berkaitan sensitiviti umat Islam. Sedangkan kedua-dua pihak sedar dan mengakui kebaikan projek ini. Jika tidak, masakan BN meluluskan projek ini dan PR pula ingin meneruskannya!!
Apakah tidak benar ada kempen dari PAS menentang projek ini semasa kempen pilihanraya lalu? Silakan periksa, anda akan dapati ianya benar. Lantas apakah yang saya mahu?
Saya mahukan ketulusan dari setiap pemimpin parti, tak kira dari parti mana pun! Sebab pemimpin wajib berkata benar kepada rakyat.
Apa salahnya mengakui… “Benar, sebelum ini kami menentang projek ini. Namun, kini setelah berjaya menjadi pemerintah dan memiliki akses kepada fail projek ini… setelah ditimbangkan dan difikirkan kebaikannya kepada penduduk dan alam sekitar bagi jangkamasa panjang, kami memutuskan untuk menyokong sepenuhnya projek ini dan dilaksanakan serta-merta!”…
Bukankah cara ini lebih berhikmah dan mudah diterima berbanding sikap menyalahkan pihak lain pula? Mengapa dulu pendirian lain, kini lain pula? Inilah isu yang saya ketengahkan.
Tidak wajar kita bersikap terlalu defensive tentang pegangan dan kepercayaan politik kita. Kita mesti ambil sikap ‘bila kita sedia menilai dan mengkritik pihak lain, kita juga mesti bersedia untuk dinilai dan dikritik pula’. PR juga tak terkecuali!
Yang penting, kita mesti mahu berfikir. Jangan sokong atau bantah tanpa berfikir. Jika betul, kita sokong. Jika salah, tegurlah pemimpin kita yang baru ini agar jgn ikut jejak dan langkah salah pemimpin sebelum ini.
Bagi saya, tiada ketentuan dalam politik. There’s no certainty in politics! Apa sahaja boleh berlaku…
Hari ini kita pembangkang, esok kita jadi pemerintah pula,
Hari ini menang, esok kita kalah,
Hari ini kita dapat sokongan, esok kita hilang sokongan,
Hari ini kita musuh, esok jadi kawan,
Hari ini kita setuju, esok tak setuju pula,
Hari ini kita sokong, esok kita bantah!
Saudara, itulah politik namanya…
p/s: peminat Dato’ Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS sejak dulu lagi. Beliau jujur, profesional, terbuka dan konsisten.
p/s/s: baca komen beliau ttg isu ini dalam Harakah terkini. (Ya, saya juga pelanggan akhbar Harakah sejak dulu lagi).
April 14th, 2008 at 1:31 pm
Whats the point?
Apa benda masalahnya? Dah bertahun-tahun ladang babi ada kat situ , tetapi kenapa sekarang nak ungkit?
Fine , kata PAS menetang ladang babi yes kalau buka baru kalau dah sedia ada nak buat macam mana ….. moden kan sahaja , bantu rakyat tempatan, tolong diorang tapi kenapa nak serang Pakatan Rakyat?
Macam biasa, PR bukan busuk hati macam pak lah, khairy, tun m , dan umno . Apa yang baik untuk rakyat diteruskan kita sokonglah, yang kita nak cakap ” semua parti politik sama” , apa masalahnya sekarang ini? Bau babi tu busuk ….. tak percaya pergilah ladang babi tau busuk tak busuk… kalau tempat saya laksanakan penternakan moden pasti saya akan sokong … . tak tahan bau babi pagi2 tertuma kat NT.
Anwar pun banyak pengikut dalam UMNO dan BN sendiri, saya pun baca mingguan, metro, utusan , bharian, harakah dan saya bukan fanatik saya adalah penyokong kepada pemerintahaan “no corruption , no commission , islamic law, adil dan saksama , no crony , no rasuah” siapa pun perintah saya terima ….. siapa pula yang gila plak nak marah orang yang laksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan sempurna? Lihat nik aziz semua orang sayang dia, cina india melayu semua sayang dia….. cam ni lah rakyat mau. ….. bukan dok perabis duit rakyat bagi boroi perut sendiri jer…
April 14th, 2008 at 7:24 pm
Macam yg Muaz tulis.
Kenapa selama ni ratusan hektar, ekor dan ladang babi yang kotor jijik dan berpenyakit semasa zaman UMNO dulu tak nak komen?
Bila kerajaan PR nak menghapuskan semua ladang babi dan kumpulkannya di satu tempat yang moden dan canggih supaya tak ganggu orang ISLAM dan alam sekitar, baru nak komen?
Takkan saudara lagi suka macam zaman UMNO dulu, ladang dan babi bersepah liar beserta najisnya diseluruh Selangor..?
Takkan nak suruh kerajaan PR bunuh semua babi tu, mengamuklah orang cina. Silap-silap UMNO pun mengamuk sebab semua ladang2 tu UMNO yang luluskan.
Lagi satu, sinar harian tu surat khabar UMNO. Konon-kononnya suara rakyat. Cuba check balik siapa pemilik Karangkraf.
April 15th, 2008 at 12:04 pm
saya setuju dengan pandangan saudara tazilan… satu pandangan yang bensandarkan ilmiah.. satu penerangan yang positif dan saya rasakan bahawa beliau pemikir yang telus.. dan pandangan beliau bukannya datang dari emosi semata2.. tahniah bro..
April 24th, 2008 at 11:41 am
Babi memang sah tak boleh (HARAM) untuk dimakan sebagai orang Islam dan kalau ada orang melayu Islam yang makan babi memang tak de otak lah orang tu…yang ramai orang Melayu Islam masih terus makan ayam yang ada ‘enzim babi’ tu…macamana nak halang…ada idea?
April 29th, 2008 at 12:53 am
saya nasihatkan saudara tazilan tidak mengelabah terlalu cepat, dan terus menghentam kerajaan yang baru dibina, adakah saudara tazilan yakin dengan fakta2 yang saudara tazilan kemukakan?
April 29th, 2008 at 3:45 pm
Saudara tazilan,
Pertama kalinya,saya memang bukan penganalisa politik.Tetapi yang saya tahu melalui pembacaan blog,media alternatif(tak masuk media tv-tv saya tak minat).Juga melalui ceramah yang saya dengar dari saudara Mat Sabu dan
YB Sekinchan tempohhari.
Projek Ternakan Baki telah diluluskan oleh Kerajaan BN di bawah MB Dr Khir Toyo pada Januari 2008.Sudah hingga peringkat 99.5%,tinggal teknikal sahaja.Malah setiausaha politik kepada bekas MB adalah individu yang terlibat iaitu Datuk Abd Karim.Beliau yang turut membuat lawatan di Jerman,meninjau sistem ternakan tertutup menggunakan kaedah biogas.(Ternakan Babi cara moden - tiada pencemaran,najis babi di ‘recycle’ semula untuk tenaga).Memang tiada bau sebab babi dulu dalam ‘aircond’.
Kerajaan PR hanya meneruskan proses yang tersekat di peringkat teknikal sahaja.Pembiayaan sebanyak RM 100juta adalah dibiayai oleh pelabur dan penternak sendiri.Kerajaan hanya menyediakan tempat sahaja.
Kerajaan hanya ada 3 pilihan sahaja:
1)Hapuskan semua ternakan babi yang ada di Selangor (ini tidak boleh kerana melanggar hak asasi)
2)Biarkan babi merata-merata macam sekarang ni,dengan najis yang mengalir ke sungai dan bau yang busuk.
3)Menempatkan SEMUA ternakan babi di satu tempat menggunakan kaedah moden ‘air cond’ yang tak berbau,malah najis di gunakan semula menjana tenaga ladang tersebut.Maknanya najis guna untuk tenaga,jadi tiada najis yang di buang di sungai.
Saya harap saudara boleh mewakili suara ramai,kerana saudara bijak IT.Bukan warga kampung di ceruk-ceruk hulu.
May 5th, 2008 at 11:16 pm
Biz is Biz…let the politician play their game.
Your vote tells when time comes.
Bravo Tazilan!
May 14th, 2008 at 1:50 am
hehehe..mcm ni la politik,tunggu masa nak hentam lawan..
tunggu dan lihat jela..bagi peluang kat PR wat keje diorang.Kalo elok,pru13 sokong lagi..kalo tak elok,tukar kerajaan plak la..
Yang pro BA,memang rasa “panas” dengan post mcm ni..
Setiap individu ada hak untuk menyatakan pendapat. betul atau salah, terpulang kepada diri sendiri untuk menilai dengan akal dan hati kita.
Jangan bandingkan pemimpin lain dengan tuan guru nik aziz,jauh panggang dari api.kebanyakan ahli politik sekarang ada agenda personal mereka sendiri. tak kira la BA atau BN.
“anti rasuah?”..kalo ada yang hulur diorang ambik,tak percaya try p approach la..alasan? ala mereka pun bukan berduit sangat,apa salahnya ambik skit skit..
yang pasti, lama lama jadi la bukit..hohoho
May 29th, 2008 at 3:29 am
Aku sokong apa sham cakap. Beri peluang pada BA. Kalau datang tempat2 yg wanted dengan babi ni dulu. Memang aku akan drive laju masa tu gara-gara nak lepas dari kawasan tu. Bau memang tak best..
August 31st, 2009 at 6:42 am
selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam.